Pages

Friday, 3 May 2024

Tokyo, Jepun: Shibuya Scramble Crossing

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Bersambung dari SINI.

tempoh perjalanan dari stesen Harajuku ke stesen Shibuya lebih kurang 2 minit je sebab ia cuma bersebelahan. 


stesen Shibuya... ni salah satu main entrance yang ada...


well... bila sebut Shibuya ni, 2 perkara akan menjengah fikiran kita. pertama, lintasan zebra. dan yang kedua, Hachiko Memorial Statue. ada sesiapa yang belum tengok filem Hachi: A Dog's Tale? filem lama tu. kalau tak tengok lagi, Google je. 

tapi... kami tak pergi pun kat area patung Hachiko tu. dengarnya, masa kami sampai situ ia ditutup kepada orang ramai. anies terlupa apa sebabnya...

manakala lintasan zebra ni, farah yang request nak ke sini. memandangkan ia cuma berada di hadapan stesen Shibuya, jadinya... anies 'selaku pembuat itinerary', dengan lapang hati 'menerima' sahaja permintaan itu😂

bila dah nampak depan mata, barulah anies faham kenapa Shibuya Scramble Crossing (SSC) ni famous. pertama, sebab ada banyak simpang. kedua, sebab orang ramai.

lampu isyarat kat sini akan berhenti serentak bagi membolehkan pejalan kaki melintas jalan bersama-sama. sebab itulah ia kelihatan 'menarik' bila mana orang ramai menyeberangi jalan dalam jumlah yang besar. 

walaupun kami sampai sini sebelum jam 9.00AM, suasananya macam dah tengah hari. kelibat manusia... tak payah cakaplah. anies percaya, kebanyakannya ialah pelancong yang 'mempunyai niat' sama macam kami iaitu bergambar kenangan kat SSC.

tanpa berlengah, kami pun plan macam mana nak bergambar dan shoot video. walaupun tampak ringkas tapi penat, ya! entah berapa kali laa kami melintas jalan ke sana ke mari semata-mata nak dapatkan hasil yang... boleh laa... puji diri sendiri😂

kenapa tak snap photo kat tempat tinggi? kami kekangan masa. jadi, mana yang ada, kami proceed je. janji ada foto, ada video. done!

foto sebenarnya banyak. tapi kami capture kat tempat sama je. so anies pilih yang okey untuk share dengan korang.


sebelum melintas...

jom melintas!

street go kart kat tengah-tengah jalan? pemandangan biasa @ Shibuya...

lampu merah sedang menyala...


"crossing paths, stripes unite, zebra crossing: a symbol of harmony amidst the hustle."

short video: suasana kat SSC...

short video... maaf laa ya... banyak lagi kena belajar...


well tu je laa perkongsian untuk hari ni.
sambung BW yang tertangguh.
daaa...

jom join GA anjuran blogger asyiqin kat SINI!

42 comments:

  1. Belum lagi sampai ke Tokyo tapi teringin nak pergi. Dulu jalan2 ke area Kyoto dgn Osaka je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya allah tak lama lagi tu repeat laa tu

      Delete
  2. Yine güzel bir paylaşım olmuş. Cadde ortasında go kart olması da gayet iyi. Hemen değişime geçmiş gibi. Beğendim. 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ama burada go kart kiralamak çok pahalı. Bunu göze alamam...

      Delete
  3. Besar zebra crossing-nya. Tiber teringat cerita Fast and Furious, Tokyo Drift. :)

    ReplyDelete
  4. Buenos Aires en otoño debe ser hermoso. En general, Sudamérica, para mí exótica, siempre me ha fascinado. Espero ir allí algún día. Les envío muchos saludos, abrazos y besos primaverales.

    ReplyDelete
  5. Buenos Aires en otoño debe ser hermoso. En general, Sudamérica, para mí exótica, siempre me ha fascinado. Espero ir allí algún día. Les envío muchos saludos, abrazos y besos primaverales.

    ReplyDelete
  6. Saya lupa sempat berfoto atau tak di crossing Shibuya ini 😄. Yg pasti lewat iya. Memang ramai sangat kan. Bagi saya yg suka disorientasi arah, bisa2 get lost kalo tak perhatikan ke mana teman melangkah 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. kalau terlena kita mungkin 'hilang kawan' masa melintas jalan. org ramaiiiiii sgt

      Delete
  7. Itu go kart nya di tengah jalan beneran ya, elok....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya. boleh sewa go kart dan drive keliling bandar...

      Delete
  8. Siempre he querido conocer Japón. Te mando un beso.

    ReplyDelete
    Replies
    1. solo ven... y aprenderás más sobre Japón...

      Delete
  9. Street go-carts are quite a fun way to get around :)

    ReplyDelete
  10. wonderful photos thanks for sharing

    ReplyDelete
  11. Saya lagilah... buta video heheheee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. x pe kak... yg penting tahu amik video ;-)

      Delete
  12. Sungguh luar biasa
    Saya takjub dibuatnya

    ReplyDelete
  13. Aah, bila semua orang jalan serentak melintas jalan tu nampak 'kecantikannya' di situ.. rupanya mmg diorang merahkan smeua trafik light ek..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul
      tambah pula orang ramai
      tu yg jadi unik

      Delete
  14. Pernah sepintas dengar kisah anjing ini yang mati, menunggu tuannya ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul tu
      dia mati lps tunggu tuannya yg x pulang2 pd hal tuannya sudah meninggal..

      Delete
  15. Yeayy! Pose dekat Shibuya Scramble Crossing - checked! ✅

    ReplyDelete
  16. Alamak, teringat Hachi… terus rasa sedih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn part sedih tu bla dia tunggu tuuu waduhhhhh

      Delete
  17. Wahh bestlah dapat jejak kat Shibuya Scramble Crossing ni kan. Buat street photography kat sini memang nice lah. Street go kart tu saya pernah tengok dalam youtube Rare TV. Bagi dorang biasa je, tapi bagi kita rare.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sapa yg suka street photography ni laa tempatnya...tp kn byk sabar sbb org ramaiiiii yakmat!

      Delete
  18. Padat, ramai yang mau melintas jalan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni baru pagi
      kalau petang or malam lagiiiii ramai manusia kat sini

      Delete
  19. antara tempat yang unik dan amazing untuk dilawati

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆