Pages

Monday 20 May 2024

Havoc Food Festival 2024

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Ni cerita 2 minggu lepas. tak plan pun nak pergi sini pada mulanya. tapi disebabkan dah bosan dan asyik tengok K-drama je tak buat apa-apa kat rumah, lepas Zohor anies terus tukar baju then... dalam masa 45 minit, dah sampai kat perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil😁


entrance...

sebelum masuk kena scan QR code ni. ni bukan entrance ticket. QR code ni cuma nak ajak pengunjung join group Telegram je.

boleh posing posing kat sini...

jumpa khemah ni dulu... ya laa... mana tahu kan... dah banyak berjalan, tiba-tiba kasut koyak/tercabut. haa... bolehlah ke sini beli kasut baru...



suasana di Havoc Food Festival 2024👆👇 cuaca sangat panas, yo walaupun langit gelap semacam... 



pentas utama. pelbagai program dilangsungkan kat sini termasuklah ceramah agama...

sebahagian gerai jualan yang ada...

gerai takoyaki...

gerai cheese tart buncit...

gerai kunafa dan baklava...

gerai meat ball...

gerai baby crab...

gerai tongmo...

gerai gula-gula...

gerai ayam & sotong goreng...

gerai pasembor...

gerai mac & cheese...

gerai cotton candy...

gerai air 'petrol pump'...

gerai nasi Pakistan Batu Pahat... anies dah pernah try makan nasi Pakistan ni masa bulan Ramadan hari tu. nasinya sedap. tapi lamb shank nya agak manis...

gerai pizza...



anies beli👆👇 air cha bang ang (RM7.00) dan pizza tuna (RM14.00). pizza ni beli kat gerai pizza👆 alhamdulillah, dua-dua sedap👍👍👍


sorry Italians🙏🙏 Malaysians love pizza with pineapple😬😬


selingan

semalam merupakan hari terakhir buat Jürgen Klopp (and his team as well) sebagai pengurus LiverpoolFC setelah mencurahkan bakti selama hampir 9 tahun. ia suatu perpisahan perit buat peminat LFC seluruh dunia walaupun kami dah tahu hal ni sejak Januari lepas. tapi... bak kata orang, setiap pertemuan pasti ada perpisahan. 

sebelum tu, terima kasih juga kepada Joel Matip & Thiago yang menjadi sebahagian daripada keluarga The Reds. kontrak kedua-duanya di Anfield sudah berakhir. all the best for both of them!🫰

tak lupa juga to all coaches: Pep, Vitor, Andreas, Jack, Peter & John yang sentiasa ada bersama JK sepanjang 9 tahun ni. terima kasih banyak-banyak!💪




last but not least, terima kasih Klopp kerana mengembalikan senyuman kami. terima kasih kerana mengotakan janji. terima kasih kerana menjadikan kelab ini kembali dihormati. terima kasih atas segalanya. selamat berehat, boss!

Danke Jürgen!💖
.
.
.
okey tu je laa perkongsian untuk hari ni.
daaa

daaaa

20 comments:

  1. Masa ni lah nak mencuba makanan-makanan yang pelik. Kalau kat sebelah utara ni selalu akan ada makanan dari selatan Thai. Sedap juga makanan-makanannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tp yg pelik tu laa Q dia panjanggggg yakmat! maleh sy nak beratur. daa laa cuaca panas😁

      Delete
  2. Macam2 street food ada jual kat sini ye. Agak2 kenapa nama food festival ni Havoc Food Festival ye?

    ReplyDelete
  3. BANYAK GERAI DIKUNJUNGI YA ANIES MEMBORONG SAKAN JUADAH ENAK

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya kak. rambang nk plh yg plg sesap,,😁

      Delete
  4. Pizza dengan nenas memang favorite kita jugak. Best nya macam2 makanan ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. give me 5! tp jgn bagitau italian tau!😁

      Delete
  5. langit gelapnya tu tpi aduhai panasss yg tak tahan tu hehe

    ReplyDelete
  6. meriah sangat tengok makanan yang ada.. susah lah kalau nak diet macam ni.

    ReplyDelete
  7. Saya kalau pergi food festival macam ni, selalu tak tahu nak beli apa. Tapi, cari kedai yang tak ada ramai orang beratur. Hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama laa sy pusing 3-4 kali
      tak tau nak beli apa
      yg q pnjg mmg x laa sy nak beratur hahaha

      Delete
  8. Kalau saya, saya cari gerai kunafa dan baklava ini je.. kikiki..

    ReplyDelete
  9. Lidah mereka beda dengan kita..padahal nenas pizza itu sedaaaaap. Bikin rasa pizza pun segar 😄.

    Kalo kesana puaaaas saya mencoba semua, kecualiii baklava dan kunafe.. nope 😂. Tak kuat manisnya. 🤭

    ReplyDelete
  10. meriahnya makanan ada dimana2.. pentas pun cantik. byk juga acara best

    ReplyDelete
  11. Pergi sini memang kena sedia utk rambang mata. Macam2 nak beli🤣

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆