Pages

Monday, 25 March 2024

Terima kasih daun keladi blogger Amie's Little Kitchen (kak amie)

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Alhamdulillah... rezeki Ramadan...

parcel ni selamat tiba ke tangan anies minggu lepas... laju betul servis GDex walaupun sekarang orang tengah sibuk membeli (online) untuk persiapan Aidilfitri.

bila parcel dibuka... tadaaaa... ada beg woven oren. terasa macam dapat goodies dari kenduri kahwin... hehe... tapi majlis anak kak amie lambat lagi...

dannn... inilah hadiahnya. banyak betul! semuaaaa anies suka! yang purple putih tu, kaftan. masa buka beg menusuk-nusuk bau wangi. ni mesti perfume favourite kak amie, kan? yang lain-lain tu, souvenir dari negara-negara yang kak amie lawati baru-baru ni. kalau korang follow blog kak amie, tentu korang tahu kan negara mana kak amie pergi tu?


well... tiada kata seindah bahasa. ceeeh wah!😁 terima kasih tak terhingga kepada kak amie atas pemberian 'wangi' ni. happy yakmat! 

oh ya... anies dapat hadiah ni kerana terpilih sebagai salah seorang top commentator kat blog kak amie.

sebenarnya, bila BW ni tak terfikir pun nak habuan ke apa. kita ziarah, sama-sama enjoy dan sebar vibe positif selain menyokong minat menulis dalam kalangan kita.

bukan tu je. kita juga dapat inspirasi daripada perkongsian yang ditulis. macam lawatan kak amie ke negara-negara Balkan ni. mana tau kan... 1 hari nanti kalau ada rezeki ke sana, kita boleh refer info daripada blog kak amie.

Alhamdulillah... ilmu tersebut secara tak langsung memberi jariah buat kak amie dan kepada kita, ilmu pengetahuan yang bermanfaat. insya allah.

so kepada yang belum follow blog kak amie, boleh klik kat SINI ya. selain cerita fasal negara-negara yang  dijejaki, kak amie juga kerap berkongsi resepi unik lagi sedap!

haa yang tak ada idea nak berbuka masak apa, boleh terjah blog ibu kepada 4 putera ni ya!

last but not least, terima kasih sekali.lagi kepada kak amie. semoga Allah SWT sentiasa melimpahkan rezeki dan rahmat-Nya buat kak amie & keluarga.

oh ya... juga salam takziah kepada keluarga kak amie atas pemergian yang memilukan... Allahyarham Muhammad Nazmie Aizat. alfatihah (dibaca). kisah allahyarham boleh dibaca di SINI. semoga keadilan memihak kepada allahyarham. aminnn...

that's all for today
thanks for reading
daaa

p/s lambat BW... ada kerja sikit...

31 comments:

  1. wahhhhh meriah hadiah drpd kak Amie! Al-Fatihah buat adik Aizat.. baru juga baca di blog kak Amie.. sedihnya ya allah T___T

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann... sbb duit je kot? smpi hati diorg buat mcm tu...

      Delete
  2. wah sana sini hadiah kak amie bertebaran ye..macam sampai serentak je semua...
    bestnya anies dapat kaftan kalau saya itu la yang paling suka

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya. kak amie ada britahu aritu. dia pos semua skali. so no wonder masing2 dpt parcel serentak😁

      Delete
  3. Tahniah. Untung dapat hadiah cantik-cantik belaka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah... rezeki ramadan barangkali

      Delete
  4. thanks for sharing, have a nice new week

    ReplyDelete
  5. Boa tarde de segunda-feira minha querida amiga.

    ReplyDelete
  6. Es un bello regalo. Te mando un beso.

    ReplyDelete
  7. Ramazan ayı her zaman güzeldir. 😊

    ReplyDelete
  8. Tahniah! Bestnya dapat hadiah!

    ReplyDelete
  9. Tahniah Anies.. Meriah hadiahnya..

    ReplyDelete
  10. tahniah top komentar..mcm2 adiah dpt

    ReplyDelete
  11. Waaa bukan kaleng-kaleng hadiah dia dpt ..tahniahh :D

    ReplyDelete
  12. Aku baru tau kak amie gi Balkan la. jom jom..teringin nak melawat kampung Lovren

    ReplyDelete
  13. alhamdulillahhh. menarik yee hadiah wangi-wangiii

    ReplyDelete
  14. ye kita BW sebab nak BW je. takda niat nak menang dsb.

    ReplyDelete
  15. Masya Allah berkah sekali. Bermula BW jadi silaturahmi, menemukan keluarga. Memang BW bukan hanya mendukung minat dan aktivitas menulis. Tapi mendatangkan banyak inspirasi. Aku pun merasa punya banyak teman berkat BW.

    Alfatihah untuk Aizat. Nanti aku berkunjung ke blog Kak Amie. Parcel kiriman Kak Ami juga semoga rezekinya terus bertambah

    ReplyDelete
  16. Alhamdulillah, sampai juga kiriman kecil dari LD.
    Gembira hati kita sebab awak gembira terima hehehee.

    ReplyDelete
  17. Bagus2 memang hadiahnyaaa... 😍😍. Pastilah saya mengikuti cerita kak Amie juga. Teringin pula nanti bisa eksplor negara Balkan. Tp pengennya pergi mandiri, tak pakai travel. Biar puaaas 😄

    ReplyDelete
  18. Alhamdulilah...rezeki yang tiada habis2nya <3

    ReplyDelete
  19. Alhamdulillah anies.. murah rezeki anies.. semoga murah juga rezeki kak emie yang memberi.. ameeennnnn

    ReplyDelete
  20. Alhamdulillah...Tahniah Anies. Best betul dapat hadiah macam-macam dari oversea. Semoga kak Amie dilimpahi rezeki berpanjangan sebab suka kongsi rezeki. Saya pun suka dengan wangian tu. Kak Amie kata wangian white rose. Tak surelah bau yang sama ke tidak. hihi...

    ReplyDelete
  21. tahniah anies.. u deserve it. anies rajin bw dan kak amie mmg pemurah sgt. semoga murah rezeki korang

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆