✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Pertama sekali, jutaan terima kasih tak terhingga buat agent Syu yang menghadiahkan pakej percutian 4D 3N ke Hatyai & Songkhla, Thailand ni. Alhamdulillah...
sebenarnya dah lama berangan nak pergi Hatyai memandangkan anies belum pernah ke sana lagi. rupanya... perancangan Allah SWT tu lebih baik.
maka, pada 1 Mac lepas, bertolaklah anies ke Selatan Thai bersama-sama 4 buah bas rombongan yang lain di bawah kendalian syarikat pelancongan Caravanserai.
sebenarnya, anies pernah guna khidmat Caravanserai ni masa pergi Singapore dulu (boleh baca kat SINI). dari situ kenal agent Syu. ni nombor telefon agent Syu sekiranya korang berminat nak ikuti mana-mana pakej pelancongan sama ada dalam Malaysia atau luar negara: 013-9233641
berbalik kepada title, kira-kira 3 jam sebelum bertolak, dari office anies balik rumah dulu untuk mandi dan bersiap. masa solat maghrib, hujan tengah lebat.
bila nak keluar, anies tengok dah renyai-renyai. tapiii...!!! sebaik saja nak seberang jalan (ke stesen MRT), tiba-tiba hujan turun! lebat pula tu! siap dengan pakej angin kuat. habis lencun dibuatnya walaupun ada payung.
niat di hati nak singgah toilet untuk keringkan baju. tapi bila tengok jam, anies rasa macam tak sempat. takut sampai Brickfields nanti, bas dah nak gerak.
maka, anies pun naiklah MRT dalam keadaan basah kuyup. try cari tempat yang ber air cond kuat. tapi tu masih tak cukup untuk keringkan baju.
tiba kat KL Sentral, cepat-cepat buka Google Map. anies tak familiar sangat area Brickfields terutama yang sebelah belakang. kalau ikut arahan tour leader, bas akan parking depan SK (P) Methodist.
bila dah buka Google Map, anies pun ikutlah. katanya, cuma jalan kaki 5 minit. tapi bila dah jalan tak jumpa pun SK (P) Methodist tu!
ah sudahh... last last anies tanya peniaga tepi jalan. syukurlah pak cik tu sudi bantu. details betul dia bagi direction.
sepanjang jalan rasa macam nak putus nyawa dibuatnya! dah lah basah kuyup, kena pula jalan cepat! haihhh...
dannn... paling menyirap! Google Map lah!!! bila tiba kat parking, dari jauh anies nampak Stesen Monorel KL Sentral, rasa nak maki kaw kaw je Google Map tu? why?
sebabnya, (kalau tahu) anies boleh je seberang jalan sebaik keluar dari KL Sentral then straight ke Stesen Monorel. cuma jalan 2 minit, dah sampai parking bas (ada lorong pejalan kaki bawah stesen).
Google Map pula, entah ke mana laa dia tunjuk sampai hampir-hampir sesat dibuatnya! eeeee😡😡😡 bila ingat balik hal ni, mendidih darah dibuatnya!
bas kami. bas nombor 5. Alhamdulillah selesa...
dalam keadaan bengang tu, terus simpan beg bawah bas lepas daftarkan nama kat tour leader. then, anies naik bas cari seat. ingatkan pergi seorang, maka dapatlah 2 seat. rupanya tidak ya tuan puan yang budiman🤣
tak lama lepas tu datang seseorang lalu duduk sebelah anies. lepas berkenalan singkat, anies tersenyum sendiri. why? sebab nama dia Syu!🤣 bezanya dengan agent Syu, kawan baru ni seorang guru pendidikan khas dan bercuti bersama 2 kawannya yang lain. tapi mereka duduk kerusi depan.
suasana dalam bas sebelum bertolak...
tepat 9.00 malam, 4 buah bas rombongan ke Hatyai dan Songkhla pun berlepas. sepanjang jalan, anies dok tahan sejuk je laa. terpaksa. kalau tak, nanti baju tak kering.
bas berhenti kat RnR sebanyak 3 kali. anies cuma turun sekali je sebab nak solat Isyak. lepas tu tak turun dah sampailah kami tiba di Masjid Padang Besar, jam 4.30AM.
short video - perkarangan masjid Padang Besar... sorry laa ya. gegarrr...
kat sini agak sesak dengan pelancong. bukan rombongan kami je yang ada. bas rombongan lain pun singgah juga. pihak pengurusan masjid pun dah faham. jadinya, dalam keadaan ramai tu pun, segalanya terkawal.
tandas banyak, ruang solat luas, ada iron board, cermin besar etc.; antara kemudahan yang disediakan pihak masjid. jadi, walaupun ramai, kita dapat selesaikan tugasan sendiri mengikut masa yang ditetapkan.
terasa masa berlalu dengan cepat. selesai bersiap, muazzin dah azan subuh pertama. tepat 6.18AM azan kedua menyusul. usai solat, kami bersiap sebelum beredar meninggalkan masjid jam 6.40AM.
jarak antara masjid dengan ICQS Padang Besar tak jauh. tapi disebabkan ramai orang, maka proses nak cop passport tu akan ambil masa.
short video - suasana @ ICQS Padang Besar...
bas kami - bas 5. bila separa penumpang dah dapat cop passport, barulah bas akan bergerak keluar dari ICQS...
sebelum masuk bilik untuk cop / scan passport...
semua penumpang turun dan bawa passport bersama. lepas dapat cop, tunggu yang lain selesai di luar bangunan then naik bas untuk ke imigresen Thailand pula.
short video - selepas selesai cop passport...
bas pun dah lepas ICQS, so semua penumpang dah boleh naik.
kat sini, kami kena bawa turun semua barang yang dibawa selain passport dan white card yang diserahkan tour leader sebaik kami bertolak keluar dari masjid.
contoh white card yang di forward oleh tour leader. kami hanya perlu isi butiran yang bertanda merah sahaja...
@ imigresen Thailand...
proses kastam dan imigresen Thailand berjalan lancar. selesai semua, kami kembali naik bas dan terus menuju ke Hatyai yang mengambil masa kira-kira sejam.
well, ke mana destinasi pertama kami di Hatyai? bersambung...
thanks for reading.
selamat berpuasa!
daaa...
p/s happy 46th birthday to 'My Dearest' Nam Goong-min🫰🫰🫰
bestnya... saya belum pernah keluar negara.. pdhal.. singapore tidaklah jauh mana dr jb
ReplyDeletetak lama lagi tu pergi laa tu.. insya allah
Deletesronok tu dh smp hatyai....dlm list juga tp tertunda disebabkan covid 19 time tu...sudahnya tk pegi2 smp skarang
ReplyDeleteikut je tour agency. sbnr nya x laa mahal pun. dlm RM350 per head...
DeletePergi Hatuai ya, best nya. Kesian Anies basah jalan dalam hujan.
ReplyDeletetu laa... sy anggap je laa tu hujan rahmat supaya perjalanan ni selamat pegi blk..
DeleteAda juga trip ke Thailand ni. Akak dulu ke Thailand bawa kereta.
ReplyDeleteya ada. laa ni byk da trip ke selatan thai.. almaklum laa org dah avoid langkawi😁😁
DeleteGi sini lagi murah berbanding Langkawi.....
Deletetu yg menderuuuu org malaysia ke sini. tp mmg betul RM300 je dah dpt mcm2
DeleteCerita yang cukup menarik.. ada saspen pun ada
ReplyDeleteasalnya x saspen pun. bla kena tipu dgn google map tu yg jd saspen🤣
Deletethanks for sharing have a nice day :)
ReplyDeleteyou're welcome✌️
DeleteParece un genial viaje. Te mando un beso.
ReplyDeleteTanya google map itu kadang menyesatkan,padahal tempatnya ada di depan mata,tapi di bawa berputar-putar 😁 ,pakai baju basah gak masuk angin kah
ReplyDeleteya mreneyoo. kalau google map itu manusia, lumat saya kerjakan🤣
Deletealhamdulillah x msk angin tp sejuk air cond tu mmg x tahan
Duh Mbak itu sambil basah-basah, cari alamat pakai google maps...kenapa google maps kadang-kadang suka begitu ya... Ah tapi lega akhirnya sampai juga di parking bus.
ReplyDeleteAsik nih bakal ada cerita dan foto jalan-jaan ke Thailand...
Saya nantikan cerita selanjutnya Mbak.
Salam,
ya mas. sy pun tak jangka kena hujan dan ditipu google map🤣 tak dapat dibayangkan kalau sy ditinggalkan oleh bas😁
DeleteSeronok trip ke Hatyai ni . Kalau kaki-kaki makan memang ni la tempat . Makan sedap harga murah ,
ReplyDeleteya yg suka mkn ni laa syurganya... mmg heaven. smpi senak perut dibuatnya🤣
DeleteAlhamdulillah...Allah maha baik rezekikan Anies dapat jejak sana.
ReplyDeleteKadang hangin juga kalau google maps buat hal. Sabar je lah.
Biasanya masuk Thailand ni mudah dan cepat berbanding Singapore.
Alhamdulillah...
Deletetu laa. rs nak hempas je hp bla kn tipu dgn google map tu🤣
betul tu. msk singapore mcm2 dia nak check. msk thai relaks je...
Aisssh saya pun teringiiin ke hatyai kak. Nih lah galau, Juli saya ke KL kan. Tapi sebenarnya nak juga mampir hatyai. Hanya saja kalo liat rute, lebih dekat dari Penang dibanding KL. Jadi terpikir pula apa nanti mampir Penang, baru lanjut hatyai, atau ke hatyai dr KL 🤣.
ReplyDeletelaa ni KTM ada buat trip direct dr KL-Hatyai by train. tapi ada selected date untuk trip ni. RM95 one way
DeleteAlhamdulillah.. Berjalan ke Thailand pula ye Anies.. Kemanalah agaknya tu..
ReplyDeletejeng jenggg tungguuuu
Deletekami g dengan kereta shj.. org imegresen dah kenal muka kami ni stp bulan balik kampung.. :D :D :D..
ReplyDeleteg dgn kete lg sng. bleh sggh mana2 je yg suka...
Deleteboleh bayang naik bas dengan baju basah dalam aircond pulak tu..aduhhh..
ReplyDeletejgn sebut🤣gigil mak noks!🤣🤣🤣
DeleteSetakat ni belum pernah sampai sana. Paling jauh pun masuk Golok je beli barang kat situ.
ReplyDeletennt bla free bolehlah pnjg lan kaki ke sana😁
Deleteterigin nak pegi hatyaai naik bas mcm ni. senang ikut rombongan je
ReplyDelete