✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Sinopsis:
reputasi dan kerjaya sebagai jurufoto fesyen terkenal musnah sekelip mata apabila Eun-hye / Sam-dal didapati membuli rakan sekerjanya, Eun-joo.
insiden ini juga membuatkan kakak dan adiknya terkena tempias. saban hari mereka diburu wartawan hingga hidup mereka jadi tak tenteram.
akhirnya mereka bersepakat untuk pulang ke kampung halaman di Samdal-ri, Pulau Jeju. kepulangan mereka mengejutkan ibu bapa. walaupun mereka cuba rahsiakan hal sebenar daripada pengetahuan ibu mereka, namun ia terbongkar akhirnya akibat mulut 'mak cik bawang' kampung itu.
meski hatinya separa rela, namun Sam-dal harus menerima hakikat bahawa kepulangan itu sedikit sebanyak akan mengubah hidupnya. pada mulanya dia cuba mengelak daripada Yong-pil tapi seakan tidak berjaya kerana satu persatu insiden yang berlaku, pasti melibatkan lelaki itu.
tambah pula Yong-pil amat disenangi Go Mi-ja (ibu Sam-dal); sebaliknya, Jo Sang-Tae (ayah Yong-pil) pula membenci Sam-dal.
mampukah Sal-dal berdepan dengan Yong-pil setelah apa yang telah berlaku 8 tahun lepas? adakah 'bentuk' hati dan perasaan lelaki itu masih kekal sama terhadap anak kedua jirannya?
review:
kalau
korang cari drama yang santai dan tak perlu fikir banyak, anies rasa drama ni memang
sesuai untuk korang. jalan ceritanya straight to the point. cuma bila ada ramai
watak sampingan tu, faham faham jelah… plot cerita akan jadi pelbagai.
senang
cakap… bila watak X ada masalah, watak Y dengan konfliknya… lastly akan
berbalik / berkait juga dengan watak utama.
drama
ni ada cetuskan kontroversi bila mana hampir setiap episode, kalau Sal-dal berkumpul
dengan adik-beradiknya atau dengan kawan-kawannya, tak sah kalau tak ada
adengan minum-minum (merujuk kepada jumlah botol / tin bir or soju yang banyak).
hal ni dikritik kerana secara tak langsung ia memberi gambaran / mesej negative
kepada penonton.
since
drama ni ada kaitan dengan cinta, anies berasakan ia telah menenggelamkan peranan
(profession) Yong-pil dan Sal-dal sebagai pengkaji cuaca dan juga juru gambar
berkaliber. seandainya kerjaya kedua-duanya difokuskan dengan lebih mendalam,
pasti jalan ceritanya jadi lebih menarik. kalau setakat datang ke pejabat then
berbalah dengan rakan sekerja atau sekadar memegang kamera dan membidik foto,
ia kelihatan terlalu santai.
last
but not least, sama ‘penyakit’ dengan drama-drama Korea yang lain: rushing di
final episode. ya, kalau boleh semua benda nak ‘disumbatkan’ dalam episode akhir
hingga membuatkan cerita jadi cepat / tergesa-gesa. haihh… nasib baiklah ada
Kim Tae-hee (sorry spoiler! cameo [lawa gila laa bini si Rain dalam drama ni! tak rupa macam mak anak dua!]). masa part ni anies berasakan drama ni dah ‘kembali ke
landasan’ dan jadi teratur. tapi tu laa… dah tinggal beberapi minit je lagi
habis. feel nak menonton tu pun dah surut…
apa-apa
pun, ni sekadar pandangan peribadi anies je. sorry ya esp kepada peminat Ji
Chang-wook tu. kalau cakap bab lakonan, both Shin Hye-Sun dan Ji Chang-wook berjaya
deliver watak dengan baik dan berkesan. begitu juga dengan pelakon-pelakon pembantu.
tak ada yang cringe atau ‘kayu’. personally anies suka watak (ex) abang
ipar Sal-dal yang sengal-sengal ubi tu 😂😂😂
official trailer. credit
kalau nak tonton online, boleh klik kat SINI. guna browse Brave untuk elak iklan. so, daripada ⭐⭐⭐⭐⭐ anies beri ⭐⭐⭐.
selamat menonton!
macam best je cerita santai2 macam ni,tak ada la nanti dia ikut masuk dalam mimpi
ReplyDeletebetul tu
Deleteboleh marathon trs😁
linda pun baru habis tengok...tp Linda x boleh bg ulasan sebaik anies...kikiki...Linda mmg jenis tgok drama @ hiburan nie sambil lalu je...takde banyak fikir, kalau best..tgok..rase tak best..x tgok pun...kikiki
ReplyDeleteni pandangan peribadi je linda
Deletelain org lain taste nya
tp best kn cite ni?
3 dari 5 bintang tu kira bagus la.
ReplyDeleteya sebab pelakon2 mmg gred A
DeleteDah lama sangat saya tak layan drama korea ni. Takut terjebak.
ReplyDeletemeh laa tgk yg ni
Deletesantai je
bahaya tgk cite korea ni. addicted sgt. tetiba teringat Jeju. best betul bawak kete kat Jeju.
ReplyDeletejom kak g jeju lg😁
DeleteSelamat menonton..belum terjebak lagai dengan k-drama ni.
ReplyDeleteboleh start layan yg ni dulu😁
DeleteTengo pendiente ese dorama. Te mando un beso.
ReplyDeletebila terlihat drama korea....terimbau kisah lama sewaktu tawaran latihan bekerja di Korea sewakru bekerja dengan syarikat Samsung dulu...saya tolak tawaran kerana masih study part time di kolej
ReplyDeletelaaa awat x g?
Deletekalau x balik dah jadi oppa daa
hahaha
Hebat barisan pelakonnya 🤩
ReplyDeletetu laa
Deleteterutama teraju utamanya
Naah kalo Drakor ini dah masuk list saya juga 😄😄. Memang nak nonton Krn syutingnya di jeju . teringin sangat kesana 😄😄
ReplyDeletetengok siap2
Deletenanti boleh pergi jeju pula lepas ni
hahaha
Suka drama yang gak ribet gini... Karena hidup sudah rumit😀 memang ya kalau di beberapa film Korea ada minum" gitu, sepertinya itu memang kebiasaan orang Korea minum".
ReplyDeleteya betul
Deletetapi bila dah tengok drama ni
agak keterlaluan juga laa part minum2 tu...
yang tegur ni pun orang sana juga
hahahah
drama ini sering lewat timeline sosial media saya, jadi penasaran ingin melihat langsung
ReplyDeletedan karena lokasi syutingnya di Pulau Jeju sudah pasti baguss latar belakang tempatnya
Saya sempatlah tengok 2/3 episod lepastu stop. Sekarang tengah layan Marry My Husband. Best!
ReplyDeleteTak berjaya lagi nak menonton.. Mampu tengok klip pendek je.. huhuhu..
ReplyDeletekdrama yg baru2 ni agak mengecewakan mama. so kena fikir byk kali kalau nak tgk huhu
ReplyDelete