✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Satu daripada azam anies untuk tahun 2024 ni adalah, nak buat bekam (tanpa mengira bahagian tubuh) sekurang-kurangnya 2 or 3 bulan sekali. sebelum ni memang ada buat bekam. tapi tu laa... setahun sekali. kalau mood rajin, ada laa 2 kali setahun.
why nak (rajin) bekam? sebenarnya anies dalam usaha nak kurangkan kebergantungan kepada ubat-ubatan moden. tapi bukan bermaksud anies dah anti pada ubat-ubat moden. no!
ia sekadar nak kurangkan kebergantungan je. tak lebih daripada tu. sebagai contoh, setiap kali rasa macam nak selesema, kena makan Panadol. kalau dalam sebulan 2 3 kali kena selesema, haa... berapa banyak kena telan Panadol? well... ni contoh je tau! janganlah ambil serius pula, ya!
dari satu sudut anies percaya bekam adalah satu daripada alternatif perubatan, penyembuhan dan pemulihan. selain ia merupakan sunnah nabi, bekam turut dipercayai seluruh dunia kerana dapat membantu meningkatkan tahap kesihatan manusia.
then... why bekam kepala? first and foremost sebab anies ada resdung. sebenarnya boleh je buat bekam muka. tapi kesan parut kat muka tu akan ambil masa untuk hilang.
kita pula saban hari keluar bekerja dan jumpa orang ramai. so rasa kurang selesa pula dengan muka bertanda berbirat walaupun dah pakai mask. then, parut kat dahi akibat bekam tak boleh nak cover dengan mask!🤣
kedua, once dah ada resdung ni, masalah rambut gugur memang tak dapat nak elak. bila dah buat bekam ni, Alhamdulillah masalah tu dapat dikurangkan.
ketiga, bila buat bekam kepala ni, our upper body yang sengal-sengal or sakit-sakit tu dapat dikurangkan. bila kerja banyak duduk daripada bergerak secara tak langsung bahu, tengkuk, belikat etc juga terasa sakit. so insya allah melalui bekam kepala ni, kita dapat kurangkan rasa tak selesa tu.
keempat, sebab bekam kepala ni anies boleh buat secara kerap. lepas 40 dah boleh repeat. berbanding dengan bekam full body, ia perlukan sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum repeat.
apa yang anies share kan ni adalah berdasarkan apa yang disampaikan oleh staf. kalau ada kesilapan info, mohon perbetulkan, ya!
klik di SINI untuk info lanjut.
fasal prosedur bekam kepala ni, nanti laa anies cerita lagi kalau ke sini bulan depan... insya Allah.
jangan risau. kepala korang takkan dicukur kalau buat bekam ni. ya, betul. harga buat bekam kepala ni RM13.
korang macam mana? selalu ke buat bekam? which one you prefer? bekam darah or bekam angin? ke... tak pernah buat bekam langsung sebab takut sakit / darah?
share 👇 ya!
that's all for today.
daa...
Tak pernah buat bekam lagi anies. Sakit tak? Saya nak cucuk jari check gula dalam darah pun dok ambik nafas panjang2 3-4x baru cucuk haha. Seriauuuu
ReplyDeletex rasa apa2 pun
Deletesebab kulit kepala kan
rs mcm gatal yg amat sgt tu..
Benda yang teringin hendak buat tapi tidak terbuat lagi.
ReplyDeleteoooo no wonderlah tak cukur sbb bekam angin.
ReplyDeleteammi pernah buat 2-2 bekam angin dan darah.
Aku pernah bekam tp ckup sekali krna aku takut darah hihi.
ReplyDeleteSemoga niatan kak anis tidak bergantung dengan obat bisa terealisasikan ya hehe
Btw keza baru tau ada bekam di kepala
tak pernah pulak buat bekam...tgok org berbekam je ad lah..bekam darah kot, sebab bekas bekam tu terisi darah
ReplyDeleteboleh try dulu dgn bekam angin. lps tu kalu rs ok boleh try bekam darah pula
Deletemy abah pun suka juga buat bekam and dia pun tak suka dengan perubatan moden. dia suka amalkan minum madu and habbatussauda. he said that pengambilan perubatan moden yang berlebihan boleh memudaratkan kita balik. zaty tak pernah buat bekam sebab takut XD but maybe one day zaty boleh try! semoga cepat sembuh dari resdung ye sis anies! <3
ReplyDeleteya bagus ni👍👍👍mmg betul2 jaga kesihatan!
Deletex sakit pn sebenarnya bekam ni. rs nya kena gigit semut api lg sakit drpd buat bekam ni
Thanks for your your Anie
ReplyDeleteURW👍
DeleteJarang dengar azam macam ni... Uncle sapot!
ReplyDeleteterima kasih uncle👍👍
DeleteBelum pernah buat bekam...mudahan terbuka hati untuk bekam nanti
ReplyDeleteboleh try dgn bekam angin dulu. ni murah sikit berbanding bekam darah...
DeletePernah bekam sekali seumur hidup itupun sudah berapa th yg lalu pada bagian punggung dan kaki, bundar "bekasnya yaa hehehe
ReplyDeletebekas bekam tu tanda badan kita banyak angin or kerap sakit/sengal.
Deleteboleh ulang lagi tu mreneyoo😀
Enak kerokan 😁
Deleteya😁
Deletesakit tak?
ReplyDeletex rasa apa2 pun
DeleteUy te mando un beso.
ReplyDeleteBekam kepala Sha tak pernah buat lagi..
ReplyDeleteSha selalu buat bekam darah.. Dua bulan sekali..
good good👍👍👍 keep it up!
DeleteMrs. A pernah buat bekam juga di Spa Bekam Ar-rayan Senawang.
ReplyDeleteTapi dah lama tak buat. Mrs. A buat separuh badan dan kepala juga sebab ada migrain.
Rasa macam nak pergi bekam pulak bila baca post Anies ni heheheee..
Percaya tak, saya tak pernah berbekam seumur hidup.
ReplyDeletetry laa... buat bekam angin.
Deletekaki kite yg selalu berlari tu lps bekam akn terasa ringan
trust me!
bekam saya mencoba hanya dibagian punggung dan pundak saja, kalau sampai ke kepala sedikit ngeri-ngeri sedaap hehhee takut saya.
ReplyDeletetak pernah buat tapi teringin. aku pun ada resdung teruk. jenuh menyapu rambut gugur hari-hari
ReplyDeletemeh laaa kita buat nnt sblm puasa!
DeleteBekam kepala is very popular here as well but it uses only to back and shoulders sides not head and face side. Also Cupping is very popular here too.
ReplyDeleteSaya tak pernah berbekam seumur hidup. Tapi selalu galakkan suami dan anak-anak berbekam. Entah bila nak bekalkan diri sendiri hihihiii.
ReplyDeleteSaya takut lah berbekam
ReplyDeleteKalau bekam di muka memang ambil masa juga tu nak hilang .
ReplyDeleteTini tak pernah berbekam. Rasa nyeri, terbayang macam masa C-Sect dulu. Tapi tu lah, bila baca ni rasa macam nak buat yang bekam angin tu. Bekam kepala tu okay tak untuk orang migrain? Seriyes, rasa nak cuba. Tak tahan dok selalu migrain.
ReplyDeletePenasaraaan tapi tak berani coba 🤣🤣🤣. Nanti Kaka cerita detil yaaa apa rasanya. Di sini ada Bbrp tmpat bekam yg terkenal. Tapi tuhlaah, saya banyak pikir, seram liat bekasnya 😅
ReplyDeletebagus bekam ni keluarkan darah kotor, salah satu perubatan alternatif yg digalakkan
ReplyDelete