Pages

Tuesday, 19 December 2023

Larian Ria MADANI

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Lama juga ambil masa untuk 'rejoin’ dalam event lari lari ni. bila dah tinggal lama… haih… nak dapatkan balik momentum tu… ya Rabbi… macam-macam dugaan. penyakit M laa yang paling besar sekali.

3-4 bulan lepas anies nekad, sebelum berakhir 2023 ni... at least ada 1 event berlari yang mesti anies join. tak kisahlah skalanya macam mana. yang penting, physical run. bukan virtual run.

bila dapat tahu salah satu event dalam program Setahun Bersama Kerajaan MADANI ada fun run, anies tak fikir panjang. terus register walaupun masa tu dah last minute. 

event ni FOC, jadinya anies fikir... ada medal ke... tak ada medal ke… yang penting, join!

so, Sabtu 2 minggu lepas, usai solat Subuh anies terus bersiap. organizer tetapkan tema yang mana para peserta kena pakai baju tradisional

so anies pilih kebaya tapi still pakai tracksuit di dalam. gila ko kalau tak pakai tracksuit! nanti tersadung masa berlari... habis tersingkap semuanya 😂😂😂

dalam tentative program, flag off bermula 7.30AM. tapi sebaik anies sampai, kedengaran MC majlis dah jerit, “tiga, dua, satu! preetttt!”

ah sudah… tak dan nak warm up dah kena lari😂😂😂… adoiii memang menempah sakitlah gamaknya.

jarak larian cuma 4KM je. walaupun tak check route nya tapi anies dah maklum selok-belok route ni. sebelum ni, masa event Hari Sukan Negara, organizer follow route ni juga. bukan besar mana pun Kompleks Sukan Bukit Jalil ni... pi mai pi mai tang tu juga...

Alhamdulillah, cuaca pagi tu baik. happening sangat tengok gelagat para peserta berlari dengan pakaian tradisional. walaupun kelihatan payah nak berlari dengan kain batik, baju melayu, saree atau cheongsam, etc tapi diorang tetap sporting macam tak ada apa-apa berlaku. bila kami melewati jalan raya, ramai yang bunyikan hon tanda sokongan.

tiba kat garisan penamat, semua peserta menghala ke khemah untuk collect goodies. bila buka beg rupanya ada medal. walaupun medal plastic, anies okey je. at least dapat medal… ada juga kopi kenangan nanti…

depan perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil.

 flag off! start berlari... ayuh!

ya. macam biasa laa... ada yang pakai pakaian tradisi. ada yang ignore... sorry foto blur...

gigih betul pak cik ni berlari sambil pakai songket...


cuba teka...yang pakai baju merah tu, costume apa?

finap lap...

collect goodies...

suasana selepas tamat larian...





goodies.

short video ketika flag off.


okey tu je laa perkongsian untuk hari ni. thanks for reading.
daa

34 comments:

  1. Bestnya join larian. Lari boleh sihatkan badam. Yang best dapat kumpul medal

    ReplyDelete
  2. Pengalaman yang tak dapat dilupakan ni!

    ReplyDelete
  3. Tahniah, Anies! Kenapa tak ada gambar Anies pakai kebaya? :D
    Baju merah tu, nampak macam busana jepun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih🫰
      x snap sbb serabai🤣

      bkn. costume pengantin cina😁

      Delete
  4. it must be a great feeling to take part in such a competition:)

    ReplyDelete
  5. Wow very interesting costumes. Looks great.

    ReplyDelete
  6. Seru nih kegiatan lari nya pakai baju yg tak biasa ..gak kebayang itu pak cik yang lari pakai kain songket 😁😁😁yang penting menghibur sekaligus menyehatkan

    ReplyDelete
  7. Espero que te haya ido bien. Te mando un beso.

    ReplyDelete
  8. aktiviti yg bagus dan sihat tapi tu la.. mama malasnya nak lari2 ni.. kalau dh dpt momentum mmg best

    ReplyDelete
  9. Seronoknya, sambil berlari sambil tengok ragam org lain pakai baju tradisional masing2 kan. Yang berlari pakai songket tu, tak pitam panas ke? hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. pak cik ni jalan je sbb songket dia berat😁

      Delete
  10. a fun activity! my baba pun suka join larian ii macam ni hehehe. haritu ada buat sekali dekat penang bridge. macam-macam kostum and sangat meriah hahaha.

    ReplyDelete
  11. Seru banget acaranya Mbak...
    Disini sering juga diadakan acara seperti begitu, tapi saya tidak pernah lagi ikut untuk kategori lari, sudah tidak kuat berlari, tetap sering join untuk kategori jalan kaki saja (fun walk).

    Salam sehat selalu, Mbak

    ReplyDelete
  12. tk pernh join larian...ada kwn join juga lari dgn pakai pakaian tradisional

    ReplyDelete
  13. Yang dino kat belakang tu boleh bernafas tak berlari dalam suit tu? Haha..omey je

    ReplyDelete
    Replies
    1. jgn x caya. kemain laju tau dia lari wpn nmpk mcm x bernafas🤣

      Delete
  14. Bagus join larian ni
    Bagus utk kesihatan

    ReplyDelete
  15. Kaaaak kenapa tak ada foto pakai kebaya lari niiih 🤭😄. Temanya unik sangat yaa, pakai baju tradisional pula 😅😁. Tapi kereen sih. Yalaaah wajib pakai baju olahraga lagi dalamnya, tak terbayang lari dengan kain kebaya yg sempit tuh 🤣🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. haipppp🤣🤣🤣
      muka sememeh dek peluh. dah laa baju nipis. nampak peluh mencurah curah. segannnn nak amik gambar🤣

      Delete
  16. Ala.. Sayangnya bila ada yang tak pakai pakaian tradisi.. Kalau tak mesti lagi cun bila semua ikut tema.. Okaylah tu walaupun free dia tetap sediakan goodies..

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆