✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Sinopsis:
putera mahkota Joseon dibenarkan pulang ke negaranya. pengkhabaran itu menggembirakan semua pihak terutamanya para tawanan perang.
namun ada manusia yang tak gembira dengan perkara itu. puteri Gak Hwa sekali lagi 'memerangkap' Jang-hyun dengan mempergunakan nasib para tawanan. ini menyebabkan Jang-hyun berbelah bagi.
berita kepulangan putera mahkota turut menggembirakan penduduk Joseon. Gil-chae pada mulanya cuba untuk tidak mencari Jang-hyun, tapi terpaksa berpura-pura demi memperlihatkan dia bahagia selepas pulang dari Samyang termasuklah mengatakan yang dia sedang hamil.
namun trick tersebut tidak mampu menggugat cinta Jang-hyun. cerita sebenar tentang Gil-chae sampai jua ke pengetahuannya. kali ini dia tidak mahu melepaskan peluang yang ada. dia mahu ikut kata hatinya kerana hanya wanita itu sahaja yang dia inginkan.
terluah segalanya... scene terpaling 'potong bawang'😭😭😭 kredit
👉review:
pihak MBC terpaksa memberi laluan kepada siaran langsung perlawanan baseball dan ini suka atau tak, My Dearest beralah untuk ke udara hanya 1 episod sahaja minggu lepas.
selain tu pengkhabaran tentang penambahan satu lagi episod drama ini mula bertebaran di media sosial. semestinya ramai mengharapkan drama ini akan ada tambahan dari 20 kepada 21 episod secara keseluruhan (part 1 & 2)
dalam epi 7 ni apa yang diinginkan penonton jadi kenyataan. hubungan Jang-hyun dan Gil-chae menunjukkan tanda positif.
tapi bila keluar sedutan episod seterusnya, ramai mulai bimbang akan pengakhirannya (sad ending).
ya, peminat-peminat K-drama pastinya tidak mahu melihat pengakhiran drama Saeguk ini seperti Moon Lovers: Scarlet Heart Ryeo dan yang sewaktu dengannya.
wei... berminggu nak move on dengan sad ending sebegitu. termasuklah yang mengulas ni🤣 harap-harapnya script writer-nim memahami kehendaki kami. we want a happy ending, jaebal🙏🙏🙏
oh ya untuk episod ni plot cerita agak laju kerana dalam masa beberapa minit sahaja Jang-hyun dah tahu nasib hidup Gil-chae selepas pulang dari Simyang. andai kata ia dibawa ke next episod tentang hal ni, bagi anies ia pasti lebih dramatik.
so untuk epi 8 & 9, ia akan kembali seperti biasa, Jumaat & Sabtu manakala di saluran Astro OneHD akan ditayangkan pada Sabtu & Ahad, 9.50PM.
dan rating untuk episod 7, ada sedikit penurunan. mungkin disebabkan penangguhan siarannya dari Jumaat ke Sabtu. apa pun ia masih tak jauh dengan pencapaian untuk episod minggu sebelum.
nationwide: 11.4%
Seoul metropolitan area: 11.3%
highest peak rating: 13.8%
TERKINI: pihak MBC dan produksi drama bersetuju untuk buat tambahan satu lagi episod! yeahhhhh!!!🫰🫰🫰 baca kat SINI.
👍barisan pelakon:
- Nam Goong-min (Lee Jang-hyun)
- Ahn Eun-jin (Yoo Gil-chae)
- Lee Hak-joo (Nam Yeon-joo)
- Lee Da-in (Kyung Eun-ae)
- Lee Chung-ah (puteri Gak Hwa)
- Park Kang-sub (Goo-jam)
- Kim Yoon-woo (Ryang-eum)
- Park Jung-yeon (Jong Jong)
ni auto publish entry. anies tak dapat nak BW ke blog korang buat masa ni. apa-apa pu. terima kasih kerana sudi singgah sini.
daaaa....
baru nak start tengok part 1, dah lama xlayan saeguk drama sebab kecewa ending mesti sedih. harapnya ending dia tak menghancurkan hatiku ini..haha
ReplyDeletesy harap happy ending dgn pertambahan epi baru mggu dpn. x sanggup oooo sad ending...
DeleteMe da muchas ganas de ver ese programa. Te mando un beso.
ReplyDelete¡No olvides ver este buen K-drama!
DeleteMaunya sih ke duanya bersatu, banyak lika likunya ya hubungan mereka berdua.
ReplyDeleteyaaa likunya sangatttttt panjang... sebab tu harap sangat happy ending
DeleteSakit hati bila tengok part bapa Gil-chae nak bunuh anak dia sendiri, nasib baik tak sempat 😣
ReplyDeletetu laa sy dah bimbang kalau gil-chae tetiba mati masa tu
DeletePokoknya saya nak tunggu sampai selesai untuk tahu sad ending atau happy ending 🤣🤣🤣🤣. Jadi Kaka tulis yaaa endingnya nanti 😄. Tak nak nonton kalo sad ending 😂
ReplyDeletesaya tak nak beritahu ending nya🤣🤣
DeleteTu dia.. semangat Anies reviewnya..
ReplyDeletecerita best tu yg bersemangat nak review🤣
DeleteGigihnya Anies untuk mereview K-drama nie..peminat pelakon yang putih melepak kan...hehehe
ReplyDeletesy minat mutu lakonan nam goong min. mmg terbaik dr dulu lg. boleh try tgk dulu drama dia bertajuk: The Veil
Delete