Pages

Friday, 3 November 2023

Istanbul, Türkiye: Topkapı Sarayı

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Bersambung dari SINI.

since kami tak masuk Ayasofya dek kerana queue yang panjang, jadinya tour guide terus bawa kami ke Istana Topkapi yang terletak di belakang Ayasofya, kira-kira 1500m jaraknya.

dari luar, nampak macam tak ramai pengunjung. tapi once dah sampai kat pintu tiket, haa... beratur ko!

ya, nak masuk istana ni kena ada tiket ya. tapi kami tak perlu bayar sebab harga tiket dah termasuk dalam pakej tourIstanbul.

baru terbaca, tak lama lagi Ayasofya akan dikenakan bayaran untuk foreign tourist. so standby je laa ya kalau datang ke sini nanti...

BTW best, kan free tour ni? dah laa dapat makan. dapat pula tiket masuk free. so memang berbaloi sangatlah kalau korang fly dengan Turkish Airlines ni. best best!

sebaik melangkah masuk, tour guide ambil peluang untuk menceritakan sedikit sejarah tentang Istana Topkapi ni.

kita sedia maklum yang istana ni adalah kediaman rasmi para khalifah Uthmaniyah suatu ketika dahulu. kini ia menjadi sebuah muzium yang sangat besar untuk dilawati.

ya, istana ni sangat laaa besar! lenguh jugalah kami merayau dari satu tempat ke satu tempat sampai terpisah dengan cousin. lastly anies jalan berdua je dengan mama. bila nak ambil gambar, mama ambil gambar anies, then anies ambil gambar mama. tu je laa kerja kami dua beranak sampailah bateri kamera kong!😂

lebih sejam kami merayau-rayau dalam istana ni sampai sesat barat. bila dah tak tahu mana nak pergi, kami terus keluar bersiar kat taman istana pula. sambil sambil tu kami tunggu kemunculan ahli kumpulan yang lain bersama tour guide dan family cousin.

nak cerita lanjut fasal istana ni, korang Google je laa ya. nak cerita kat sini memang tak pandai🙈

so, macam biasa anies sertakan foto-foto untuk tatapan korang. istana ni sangat cantik dan binaannya halus lagi berseni. 

ukiran pada tiles, dinding, kubah etc. bila kami tengok... seolah tekonologinya melangkaui zaman! hebat betul arkitek zaman Uthmaniyah ni!

and kalau datang Istanbul, memang wajib ke sini. sambil belajar sejarah kerajaan khalifah Uthmaniyaj, kita juga dapat belajar tentang senibina, budaya dan adat resam tempatan.

bahagian dalam istana

jangan sangka masjid je ada kubah. istana ni pun ada tau! cantik dan halus seni pada kubah dan sekitarnya.

maaflah ya... anies tak ingat... ni ruang untuk apa... ni bilik apa etc.










haa yang ni anies tahu. bilik mandi sultan. besar betul!


kalau tak tahu yang ni apa, tak tau nak habaqqq





ada pelbagai ukiran dan khat ayat al-Quran di dinding istana ni...






bahagian luar istana




















okey, tu je perkongsian untuk kali ni. BTW entry ni auto publish. so buat masa ni anies tak dapat nak BW🙏🙏

thanks for reading
daa

27 comments:

  1. Rasanya tidak pernah masuk bahagian ini padahal ada pergi Istana Topkapi. Mungkinlah sebab besar, jurupandu pilih tempat tertentu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. laa ya ke? ni bahagian utama dlm istana. tmpt sultan jumpa menteri2 dia...

      Delete
  2. Sangat"cantik dan menarik, bangunan bersejarah yang arsitektur nya memang betul"indah dan mewah, barangkali jika saya ada di sana tak henti"berfoto jugak😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya seni binanya sangatttttt cantik dan halus. sampai pening nak snap foto sebab semuanya cantik😁

      Delete
  3. cantiknya... ni antara negara yang saya teringin nak pergi

    ReplyDelete
  4. Oh es tan bello. Te mando un beso.

    ReplyDelete
  5. So special palace historical and magical...

    ReplyDelete
  6. masyaAllah..cantik2 ukiran dia..:)

    ReplyDelete
  7. cantik binaan kt sana, unik dan penuh seni. bila tengok org jalan2 tengok negara lain, terfikir satu menda, kopi sana sedap x? haha. org jalan tgok pemandangn, ecah sibuk makanan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg cantik ecah! lain drpd yg lain seninya...

      rs nya sy x sempat kot minum kopi türkiye. sy minum teh. mkn ptg kitorg minum coke...

      Delete
  8. so great place! And amazing photos;)

    ReplyDelete
  9. Kenapalah design bangunan² di turkiye ni lain macam seninya ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu yg istimewanya. lain drpd yg lain. sekali tgk org dah tau tu senibina turki

      Delete
  10. Besar betul.. Cantik.. Memang mengujakan kalau dapat pergi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tersangatlah besar... tu pun ada tmpt yg pelawat x leh msk. kalu x kejung kaki nak tawaf 1 istana ni

      Delete
  11. Rajin Anies meronda istana. Dapat tangkap banyak gambar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. selagi boleh kak. lg pun dtg kejap je kan. jd amik laa kesempatan ni utk snap gmbr byk2😁

      Delete
  12. Untungnya saya dah pernah kesana 2010 dulu. Tapi Krn saat itu blm buat lagi blog traveling, jadi banyaaak sangat yg saya lupa sejarahnya. Menarik memang istana ini. Besar sangat.

    Sayangnya Turkish airlines ini mahal lah, blm ada promo kak. Jadi esok pulang rasanya tak bisa pakai maskapai ini, padahal teringin juga 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. penat tak tawaf 1 kawasan istana ni?😁

      ya turkish airlines mahal. tp inflight meals nya sedappppp

      Delete
  13. Memang cantik senibina istana. Lawa-lawa gambar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. paling saya suka dengan tiles yang digunakan dalam istana ni. sangatlahhhhhh cantikkkkk

      Delete
  14. kagum dgn org2 zaman dulu.. mcm mana lah boleh cipta idea nk bt ukiran2 mcmni

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆