✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Alhamdulillah... akhirnya anak menakan anies ni selamat mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya😁
both of them ni memang setia. berkenalan masa diorang sama-sama kerja part time kat kedai kasut lepas habis SPM. bila dapat kerja tetap, diorang masih lagi berhubung. tahun lepas bertunang dan tahun ni... selamat dah bergelar suami isteri. mudah-mudahan Aniq dan Anna berbahagia hingga ke syurga. aminnn...
majlis ni diadakan kat rumah kakak anies. sehari sebelum, majlis nikah dan bersanding berlangsung kat rumah Anna. disebabkan mereka tinggal dalam negeri yang sama, jadi jarak majlis memadai berselang sehari je. tak payah tunggu setahun baru buat majlis😂
well... foto tak banyak... biasa laa kan... tuan rumah kan busy😜...
disebabkan rumah kakak jauh sikit dari jalan utama, so nak tak nak kenalah naikkan banner. walaupun ada Waze/Google map tapi bila tak ada banner, boleh sesat juga tau😂
antara lauk-pauk pada hari kenduri:
1. daging masak asam pedas
2. ayam masak kicap
3. ayam masak lemak
4. kari kambing (ni lauk extra & masak sendiri. lauk-pauk lain pihak katering yang sediakan)
5. nasi minyak
6. nasi putih
pelamin. punyalah besar pelamin ni sebab ia buat kat garage rumah kakak.
ayah Aniq: "kau buat pelamin besar-besar ni, untuk apa? kau tu lelaki. kalau kakak kau yang kahwin tak apa laa..."
Aniq: eh ayah ni... pelamin ni dah termasuk dalam pakej kateringlah. manalah Aniq tahu dia nak buat besar-besar macam ni..." 😂😂😂
section ais krim paling laku keras kat majlis ni. ais krim apa lagi kalau bukan ais krim calong? kecik besar semua suka ais krim😂
short video
ni laa pengantinnya... baru nak start makan beradab...
okey... tu jelah perkongsian untuk hari ni. thanks for reading.
daaa...
selamat pengantin baru
ReplyDeleteterima kasih👍
DeleteAlhamdulillah ikut senang
ReplyDeleteselamat ya
saya mau ah itu es krimnya
mari mari! tp ais krim dah habis laa🤭
DeleteSelamat pengantin baharu buat anak sedara Anies dan pasangannya.
ReplyDeleteWah! macam pinang dibelah dua moga berbahagia hingga ke akhir hayat
raja sehari katakannnn🤭
DeleteAlhamdulilla.. Selamat dah majlisnya..
ReplyDeletealhamdulillah lps dah 1 beban🤭
DeleteSemoga pasangan pengantin kekal hingga ke jannah. Jarang pergi kenduri ada lauk daging asam pedas. Pening pula tengok video tu, macam laju je pusing. :D
ReplyDeletekatering ni bgs. boleh request menu yg kite nak... 😁
DeleteSelamat buat kedua mempelai..namanya saja sudah mirip..Aniq. & Anna. Semoga samawa😊
ReplyDeleteterima kasih atas ucapan dan doanya... Anna tu nama panggilan sahaja. nama penuh Nur Farhana😀.
DeleteTahniah buat mempelai
ReplyDeleteterima kasih wak
DeleteSelamat menempuh hidup baru buat Aniq and Anna, awet hingga ajal memisahkan..
ReplyDeleteterima kasih aminnn
DeleteFelicidades. Te mando un beso.
ReplyDeletegracias🫰
DeleteEh pengantin ada part makan bersama ya kak? Unik nih. Di sini pengantin makan sebelum di rias, jadi setelah rias, tak ada lagi sentuh makanan kec minuman . 😁. Kecuali kalo acara nikahnya sampai 3-5 malam, untuk beberapa adat tertentu.
ReplyDeleteContohnya orang Batak (macam saya) kalo nikah acaranya bisa 3-7 hari. 😅. Tapi saya dulu tak laah. Krn mertua orang Jawa, dan mereka dah tua juga, jadi reception hanya 7 jam saja.
Anyw, happy wedding utk aniq dan Anna...semoga rukun dan diberkati selalu 🤗
ya fanny. makan beradab namanya. makan bersama-sama ahli keluarga yang datang bersama.pengantin. lauknya juga special. tidak.sama dengan lauk tetamu. kami panggil.lauk pengantin. so menunya lebih sedap dan lebih banyak jenisnya daripada lauk untuk tetamu
DeleteHahaha..lawak pulak part pelamin besau tu, btw selamat pengantin baru buat anak menakan awak
ReplyDeletemmg besar yakmat pelaminnya. byg kan garaj yg boleh muat 2 kereta. so fhm2 je laa saiz pelaminnya😁
DeleteSelamat Pengantin Baru utk mereka berdua..
ReplyDeleteanak buah semua dah besar.. mmg musim penuh kenduri kawen je laa lepas ni kan..
tu laa... kite semakin tua😁
Deleteseronok tengok orang kawin...rasa nak kawin lagi pun ada hahahaha
ReplyDeletenak tag isteri en hanafi laa kat sini🤣
Deletetahniah bt kedua pengantin.. zaman skrg nk cari yg setia tu susah.. hehe
ReplyDelete