✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Rasanya nama Kieda Crepe ni tak perlu diperkenalkan kot? seorang peniaga dessert yang sememangnya tak asing lagi di media sosial kat Malaysia ni.
well, selain crepe... salah satu produk keluaran Kieda Crepe adalah mini mille.
ada pelbagai jenis mini mille yang dijual dan harga berbeza mengikut rasa yang ditawarkan.
anies pilih mini mille cheese oreo. so... apa isi di dalamnya?
ni laa dia mini mille cheese oreo... RM22 tu harga kt vendor ya. kalau datang ke HQ Kieda, barulah dapat RM17 tu.
yang warna hijau tu laa seketul crepe oreo (whip cream + oreo crumbs). di dasar bekas ada oreo crumbs.
kat bahagian atas mini mille ni ditaburi cheddar cheese, oreo crumbs dan cream cheese.
dannn... macam mana rasanya? sangat sedap bila mana cheddar cheese yang sedikit masin tu 'bergabung' dengan cream cheese. oreo crumbs pula memberi rasa manis tapi tak keterlaluan. seeloknya makan ketika masih sejuk. kalau tak, korang akan rasa muak disebabkan cheese yang banyak.
kalau nak dapatkan rasa yang sekata, korang boleh gaul dulu mini mille ni then baru makan. untuk satu bekas ni, kalau share berdua, memang cukup sangat.
so daripada ⭐⭐⭐⭐⭐ anies beri ⭐⭐⭐ untuk mini mille ni.
so tu jelah review untuk 'makan Monday' hari ni. oh ya... korang dah pernah try ke mini mille ni? apa pendapat korang? mind to share?
daaa...
Cantik warna hijaunya, krim dan kejunya too much kalau buat saya
ReplyDeletedah macam signature dessert kat sini. warna hijau = oreo crepe😀
DeleteGambar makanan pulak... komfom uncle tak jadi jaga makan! huhuhu
ReplyDeletejgn serbu kedai dessert🤭
DeleteKetinggalan keretapi saya. Saya baru tahu tentang Kieda Crepe. Mini mille cheese tu pun tak tahu apa ke bendanya, kalau Anies tak tunjuk. Tak pernah beli makanan manis begini. Kalau ke kedai vendor, cari makanan macam ramen ke, atau korean chicken ke, yang dessert, jarang buka bekas atau peti ais. Bolehlah jenguk-jenguk lepas ni.
ReplyDeletenampak mcm manis tp x pun...
Deleteramai jg laa skrg dah buat mini mille ni...cari je mesti ada
mmm i am hungry now;)
ReplyDeletelets have a piece of mini mille🤭
Deleterasanya nikmat dan manis sepertinya
ReplyDeletemanis biasa biasa je
DeleteEnak mbak es mini mil cheese, sedap lihatlah, harganya juga terjangkau RM 22.
ReplyDeleteIni banyak dijual di mana2 Malaysia kak? Atau hanya KL saja? Nak coba nanti. Saya pun sukaaa cream cheese. Jadi kalo ada dessert berbahan itu, mesti nak coba 😄
ReplyDeleteSemua yang kieda jual kita tak pernah rasa lagi. Jauh no nak pi beli oii
ReplyDeletehari tu dia mai KT kan?.kena tggu thn dpn laa nampaknya kalau nk rasa. tp sy rs laa ni kedai2 dessert pun dah jual mini mille ni. rasa sama kot dgn kieda punya MM ni
DeleteTak pernah lagi try sbb bukan peminat mini mille 😅
ReplyDeleters mcm mkn kek krim. tp kalau penggemar cheese mmg sah cari MM ni
Deletemakanan rare zaman moden...saya belum rasa lagi sebab berada di zaman kebelakang hehehehe
ReplyDeletemeh trn kl sy belanja mini mille ni
Deleteperghhh berlemak.. sampai skrg nk ke kieda crepe ni tak kesampaian sbb jauh dan ramai org
ReplyDeleteTak pernah cuba.. dekat sini tak ada lagi nampak orang jual..
ReplyDelete