Pages

Tuesday, 26 September 2023

Nasi Kandaq Festival 2023 @ Sunway Putra, KL

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Abang WA poster ni kat anies beberapa minggu lepas. tapi masa tu memang rasa malassss je nak pergi. tiap-tiap minggu keluar, letih juga. tapi you know me...mulut je cakap malas... last last...

pergi juga Sunway Putra!😂 masa sampai sini, melilau anies cari gerai nasi kandar kat situ tapi tak ada! eh, mana pula perginya? signage ada tapi gerainya....?

laa... kat luar bangunan rupanya. patutlah tak jumpa. yang duduk kat pentas ni, penjual nasi kandar. ya... tapi dulu dulu laa. dari situ nama nasi kandar diperoleh. kalau ikut Kamus Dewan Bahasa, kandar bermaksud, kayu yang diletakkan di bahu untuk menggalas atau memikul barang (yang tergantung di kedua-dua hujung kayu). dulu, para penjual nasi ni 'mengandar' jualan mereka setiap hari. dari (perbuatan) situlah dapat nama nasi kandar. laa ni rasanya tak ada dah orang jual nasi style ni. semua pakat juai kat restoran. tinggai mai seghebu ja😁😂


ni laa suasana kat depan Sunway Putra Mall... penuh beb!



nak tahu queue panjang ke tidak... haa... layan sat short video ni!


antara foto yang sempat anies snap kat beberapa gerai yang ambil bahagian...





anies pilih nasi kandar Kudu. walaupun dah berpuluh tahun duduk KL ni, tapi sekali pun anies tak pernah singgah restoran ni. lokasinya kat Chow Kit. setiap hari esp. lunch hour, restoran ni sentiasa penuh.

maaflah ya... terguna flash laa pulak... ni laa nasi kandar Kudu. anies pilih ayam bawang + kuah campur. saiz ayamnya besar. dah tenggelam dek nasi. nak tambah bendi celur tapi dah habis. harga: RM9.00. macam mana rasanya? sedap! cuma bau rempah daripada kuah campur ni tak ketara sangat. lepas basuh tangan, hilang dah baunya. festival ni ada sediakan tempat makan di ruang legar mall. tapi penuh! so anies decide untuk makan kat rumah jelah. bak kata abang, kalau beli nasi kandar (bungkus) better 'perap' lama sikit. nanti barulah kuah tu serasi dengan nasi. katanyaaa😁


inisiatif mengadakan festival ni suatu idea yang menarik. harapnya kalau ada buat lagi tahun depan, tolonglah bawa lebih ramai peniaga nasi kandar dari negeri-negeri lain. 

macam nasi kandar Pelita, Line Clear, Hameediyah etc, semua tu dah ada cawangan kat KL. acu bawa yang restoran nasi kandar yang famous macam nasi kandar Deen ke... nasi kandar Sulaiman ke... nasi kandar Hussein ke... etc. tak pun paling koman, bawa nasi kandar Subaidah. bagi orang KL ni teruja sikit. nanti tak payahlah kami nak turun Penang/Kedah semata-mata nak pekena nasi kandaq noo...

so, korang ada join tak festival ni tempoh hari? jom share!👇👇👇

BTW, minggu ni ada banyak kerja. almaklumlah hujung bulan. so BW mungkin lambat. well... tu je perkongsian untuk hari ni. thanks for reading.
daaa

31 comments:

  1. huwaaaa teringinnya....kuantan ni tak banyak pilihan nasi kandar,nak cari yang betul surrrr lagi la tak dapat

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo ye ke? patut NK yg pemes2 ni buka caw byk sket kt kuantan. tp tu laa nnt lari identiti pula. sbb NK kan byk kt penang😀

      Delete
  2. Kalau dari tampilannya seperti nasi padang di tempat sy

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya rupanya spt nasi padang. tapi lauknya berbeza. mostly kari

      Delete
  3. I love street organization, thanks for your sharing...

    ReplyDelete
  4. Kandar = dipikul nampaknya. Di Indonesia sini, cara bawa barang begini tradisi lelaki Jawa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul.

      ooo ya ke? lelaki di tempat lain tak ada seperti ini?

      Delete
  5. Adoi, macamana boleh terlepas event nasi kandaq ni? 😭 Padahal selalu je makan kat Sunway Putra Mall ni. Sibuk sgt weekend lepas sampai terlepas pandang event nasi kandaq faveret saya ni huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaa kalau x kite bleh mkn sama-sama. x pe thn dpn kalau ada kite g ya!

      Delete
  6. wah, nasi kandar dari negeri lain apakah punya cita rasa berbeza kak?

    ReplyDelete
  7. Photos that make me hungry :))
    Thanks for sharing and have a good day Anies :)

    ReplyDelete
  8. Oalah nasi kandar tu di pikul ya...baru tau saya..tapi mirip nasi bungkus nasi Padang liatnya😀, sekedar nostalgia aja ya mengenang pedagang nasi kandar yang masih pakai pikulan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul.
      nasi ni terdiri drpd pelbagai lauk. mostly sy ayam goreng + kuah kari. nak lg sedap, request mix kuah + bendi celur atau cili hijau

      Delete
  9. Genial festival. Me dio hambre. Te mando un beso.

    ReplyDelete
  10. ada tgk juga org share psl nasi kandaq festival ni...opismate ada pegi sudahnya esok tu mc ..mayb perutnya tk tahan kot mkn nasi kandaq hehe...peminat nasi kandaq pasti tklepaskan peluang dtg ke event ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin perut tak serasi kot bla pekena kuah campuq tu...

      sbb tu ramai serbu...😁

      Delete
  11. Di Sarawak pun ada juga nasi kandaq...nasi kandar line Q...pernah makan tapi tidak ingat lagi pengalaman tersebut

    ReplyDelete
  12. Kakaaaaaaak kenapalah inj diadakan saat saya tidak di Penang yaaa 🤣🤣🤣. Saya kan suka sangaaaat nasi kandaaar 😍😍.

    Tapi kalo veratur panjang macam nih, bingung juga nak pilih yg mana 😜. Kan semua nak dicoba hahahaha. Sayangnya nasi kandar nih porsi selalu jumbo lah. Tak bisa beli dikit, biar bisa compare rasa 🤣😄

    Pas di Penang kemarin puaaas sangat saya makan nasi kandar 😁. Dapat juga makan di deen's

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak apa. nanti make sure datang KL thn dpn, dekat dengan date festival ni😁😁

      wahhh makan NK deen tu. fav abang sy tuuuu

      Delete
  13. Nasi kandar Hameediyah itu yang kita nak cuba sangat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti akk blk malaya boleh g bkt bintang. hameediyah dah buka branch kt sana

      Delete
  14. Ni la akwan akak cakap tu...bestnya masa ni kalau ada kat KL..sygnya akak kat JB...

    ReplyDelete
  15. Kalau tak singga blog Anies ini, memang tak tahulah ada festival nasi kandaq nie.. Meriah..
    Kalau Sha, memang sukalah bau rempah yang tak kuat tu.. kikiki..

    ReplyDelete
  16. meh la mai sini pekena nasi kandaq tangga.. kambing hitam sedap!

    ReplyDelete
  17. tp bkn nama kedai sebenar tau nk mkn kena ws hihihi

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆