✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Jeritan tu bergema dalam bangunan 2 tingkat sebaik sahaja anies tolak pintu untuk melangkah masuk. berselang 2 - 3 saat kemudian, berkumandang nyanyian lemak merdu lagu "happy birthday to you"...
anies yang masih lagi terpinga-pinga + terkezut chimpanzee tu, hanya mampu tutup muka dengan kertas. nasib baik laa ada kertas kat tangan masa tu. bolehlah cover malu malu meow. kalau tengah pegang beg plastik sampah, mungkin anies dah menyorok dalam plastik hitam tu agaknya😂😂😂
BTW, korang ni memang betul betul laa... speechless dibuatnya! pandai ek korang plan bagai? sebelum tu anies ada dengar juga kawan-kawan ni nak buat makan-makan masa lunch hour. tapi memang tak sangka langsung yang diorang nak celebrate birthday.
sebabnya birthday anies berlangsung Jumaat lepas. semalam dah pun masuk Ogos. rasa janggal laa pula sambut birthday lewat macam ni. tapi... apa-apa pun... terima kasih banyak banyak kat kawan-kawan yang buat suprise ni. korang memang the best. ni bukan bodek tau! sebab tak buat apa-apa pun korang memang terbaik.
diorang sediakan menu simple tapi sedap sangat. spagetti Bolognese, chicken nugget, mini pavlova dan kek batik indulgence. terima kasih tau korang!😘
doa anies semoga rezeki korang selalu melimpah ruah, kesihatan terpelihara dengan baik dan hidup diberkati dunia akhirat. aminnn...
so tu jelah cerita untuk hari ni. thanks for reading. anies sambung semula BW yang tertangguh dari minggu lepas. sibuk nau nau laa ni. kalah calon PRN dia punya busy tu...😂😂😂
daaa...
Happy belated birthday Anies. Seronoknya kawan-kawan buat surprise birthday. Memang janggal kalau lewat tapi birthday kan dia macam raya, boleh sambut sebulan gitu. hihi...
ReplyDeleteterima kasih fiza. kalau wish lbat x terasa sgt ni suprise bkn pd harinya... mmg janggal😁
DeleteUntung ada kawan-kawan yang meraikan harijadi kita. Sedap tengok pavlova dan kek batik. :)
ReplyDeleteAlhamdulillah...sesuatu yg mmg sy x sangka akan berlaku ;-)
DeleteTahniah
ReplyDeleteHbb
terima kasih, wak ;-)
Deletewah..bestnya..happy belated buzzday...!! moga sentiasa di rahmati Allah...aamiin...
ReplyDeletetadi baru je nampak mini pavlova choc mcm dlm pic tu..jenuh kuatkan iman x beli...
cedapnya nampaks
terima kasih MA
Deleteaminnnn.. beli jgn x beli nnt teringat2😁
Sampai terkejut chimpanzee tu! eheks
ReplyDeletehaha idea spontan tu
DeleteFeliz cumpleaños . Te mando un beso y todo mi cariño. .
ReplyDeletegracias mi amiga🫰
Deletealhamdulillah rezeki..hepi bestday anies walaupun dah lambat wish..moga sihat sokmo..:)
ReplyDeleteterima kasih cik nor. aminnnn ;-)
DeleteAlhamdulillah.. ada yang mengingati dan meraikan.. Happy belated birthday Anies..
ReplyDeletealhamdulillah terima kasih sha🫰
Deletealhamdulillah...ada orang nak Celebrate Birthday...saya pula jenis mahu diam-diam pasal hari jadi ini...
ReplyDeletealhamdulillah... bab ni wpn sy x buka mulut tp ada org lain yg kecoh tu yg smpi ada keraian ni😁
DeleteWah bestnya kawan2 celebrate birthday buat surprise makan2. Alhamdulillah, semoga persahabatan korang kekal sampai bila2. Happy belated birthday anies!
ReplyDeletealhamdulillah... terima.kasih sis.. 🫰
Deleteaminnnn
Ini baru terkejut. Ringkas tapi ingatan penting.
ReplyDeletetu laa pasal😁
DeleteSimple tapi sedaaaap masakannya. 👍 Dan saya jadi kangen kek batik 😄. Dulu pernah coba bikin sendiri, saya suka. Tapi pasti lebih sedap kek batik punya Kaka di atas. 👍❤️
ReplyDeletenanti ada rezeki sy ke sana sy bawa kek batik tau😁
Deletehappy belated birthday...syok dpt surprise...menu sedap2 plak
ReplyDeleteterima kasih sis🫰... tu laa alhamdulillah
DeleteHappy belated birthday Anies.
ReplyDeleteMoga sentiasa sihat dan awet muda. Juga dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat.
Memang surprise betul sambutannya ni.
terima kasih k amie
Deleteaminnnnnnn
yap mmg betul2 suprise. pandai diorg plan bagai😁
Surprise.....untung la ada kawan2 macam ni kan?.
ReplyDelete