Pages

Monday, 21 August 2023

Mix crepe by Kieda Crepe

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Alhamdulillah... akhirnya dapat juga makan crepe daripada Kieda Crepe ni.

peminat dessert kat Malaysia ni tentu dah sedia maklum siapa Kieda ni, kan? 

secara peribadi, anies suka dengan usaha Kieda ni. dia bermula dari bawah. dia bukan anak orang kaya. tapi dia berjaya buktikan yang usaha tak pernah mengkhianati hasil. 

masa pergi Penang beberapa bulan lepas, kononnya nak singgah kedai Kieda ni. tapi tu laa... plan je. jadinya tak😂

mungkin masa tu belum ada rezeki nak makan crepe Kieda ni. sampailah minggu lepas... 'tersinggah' kat salah sebuah kedai vendor Kieda. tersinggah, okey?🤣

sebaik sampai, nampak beberapa orang tengah beratur depan kedai. anies mengagak, mungkin dessert Kieda dah restock. sebenarnya anies memang tak tahu pun hari tu stok dessert Kieda ada kat situ. bila beberapa customer keluar kedai sampai menjinjit pelbagai jenis dessert, maka betullah tekaan anies tu😁

sebaik masuk kedai, anies terus ke chiller untuk ambil crepe. stok crepe Kieda yang ada cuma mix crepe dan crepe Nutella je.

stok crepe dari pembekal lain seperti Kakak Crepe juga dijual kat sini. 

selain tu, ada juga dessert mini mille Kieda. yang ni nanti anies buat review lain, okey!

well, macam mana rasa mix crepe Kieda ni?

ni mix crepe saiz S. harga: RM16 sebungkus (harga vendor) mix crepe ni terdiri daripada crepe oreo (hijau), crepe nutella (oren) dan crepe durian (kuning). getah pengikat tu memang dah ada ya. jangan tanya anies kenapa crepe ni diikat getah😁

ni laa crepe nya... kenapa jadi macam ni? sebab kulit crepe melekat kat clear food box. that's okay. crepe masih boleh dimakan. tak jadi hal laa... small matter je.

ni crepe oreo. first, non dairy whipping cream nya sedikit berlemak, ringan tapi tak gebu. oreo crumbs + whipping cream = sedap. tak manis. kuantiti crumbs sangat banyak. pastikan tadah tangan once korang gigit crepe ni. kalau tak nanti berterabur oreo crumbs tu. 

ni crepe nutella. sepatutnya filling nutella tu cair. tapi disebabkan anies simpan dulu crepe ni dalam peti ais, so ia jadi beku. that's okay. masih boleh makan. dari segi rasa faham-faham je laa... nutella ni agak manis. jenuh nak habiskan😁😁

ni crepe durian. gabungan whipping cream + filling durian... terbaik! sangat sedap! filling durian tak manis tapi kesedapan isi durian tu yang membuatkan crepe ni jadi marvellous👍👍👍


berkenaan kulit crepe, anies tak ada apa-apa nak komen. tapi anies sangat setuju mana-mana kulit lebihan crepe, mesti dibuang. kalau terlalu tebal, it will spoil your taste.

berbeza kalau korang makan crepe yang baru dimasak/dibuat dan kulit bawahnya tebal. ia sedap dimakan sebab masih lembut lagi. tapi bila kulit crepe dah sejuk (disimpan dalam chiller), ia akan jadi keras dan tak sedap. that's why i agree bila Kieda buang lebihan kulit crepe ketika membungkusnya.

so daripada ketiga-tiga crepe ni, anies pilih crepe durian - yang paling sedap so far. overall, daripada ⭐⭐⭐⭐⭐ anies beri ⭐⭐⭐1/2 untuk mix crepe Kieda ni.

macam anies cakap sebelum ni, lain orang lain seleranya. kalau korang nak try crepe ni, bolehlah singgah vendor Kieda berdekatan. setahu anies vendor Kieda yang ada sekarang terletak di Ipoh, Shah Alam, Seremban, Pulau Melaka, Johor Bahru dan Kota Bharu. kalau korang duduk utara, pergi je laa ke Kieda Crepe HQ kat Kepala Batas tu😁

korang boleh dapatkan info tentang crepe Kieda dan dessert lain kat SINI ya!

that's all for today. thanks for reading. 
daaa

17 comments:

  1. suka jugak tgk reel/vtt owner kieda crepe ni.. mcm² crepe dia jual kan... sy peminat milo crepe je

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa dgn slang utagha dia tu😁 sy suka jg crepe milo tp brand org lain😀

      Delete
  2. Usaha memang tak menghianati hasil yaa...crepenya cantik warnanya menggoda mata dan perut, saya biasanya suka yg Nutella, tapi kalau ada pilihan durian pun pastinya pilih ke duanya😁

    ReplyDelete
  3. Tiba2 teringin nak makan durian crepe tu.

    ReplyDelete
  4. kieda ni tk kenal tp aritu viral yg dia buang crepe dh rosak tk silap tu yg tau ....biasa mkn crepe yg filling durian je sblum2 ni..jenis filling mcm2 ni tk pernh cuba sbb dlu2 masa yg viral mmg crepe durian..skarang rmi dh pelbagaikan fillingnya kan...kulit crepe tu nipis br best..kalo tebal mmg tk best

    ReplyDelete
  5. Parece muy ricos esos pastelitos. Te mando un beso.

    ReplyDelete
  6. Hebatnya buat bisnes dessert sampai boleh berjaya ada ejen vendor bagai 👏🏻👏🏻

    ReplyDelete
  7. Bentuk crape nya beda dari sangkaan saya. Awalnya terpikir seperti Miley crapes, yang tupiiiis dan berlapis2

    Atau kayak crape yg 1 lapis, tapi tipis, dan crunchy lalu dikasih toping.

    Ternyata bagian dalamnya tebaaal ya kak 😮. Penyuka durian dan Nutella bisa puas makannya 😄👍

    Tapi saya rasa memang crapes ini LBH enak di saat hangat, biar tetep lembuut

    ReplyDelete
  8. Iya saya kira juga kayak crepes yang tipis renyah itu 😀

    ReplyDelete
  9. sedap krepe makan sejuk kan..LM suka durian je.hehe..ada tengok kieda kata kena tepuk dulu bekas tu baru buka .barulah tak terkoyak sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak dan nak tepuk sbb igt nk ngap jeee🤣

      Delete
  10. whoaaa duriaaannn, crepe ini seperti mochi atau apa ya kak?

    ReplyDelete
  11. Dah lama tak makan crepe sebab tak berapa minat filling cream banyak sangat, jadi rasa crepe pun dah tak ingat caner :D

    ReplyDelete
  12. alhamdulillah dpt merasa.. nina tak pernah sampai lg tp nasib baik ada adik2 ipaq yg sanggup beratoq. kirim duit jelah

    ReplyDelete
  13. nk bawa harraz beratoq panjang kt kieda crepe ni tak sanggup.. hahaha memang kena dtg awal kalau tak habis stok yg nk dibeli

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆