Pages

Wednesday, 9 August 2023

King The Land

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Sinopsis:

mengisahkan tentang Chun Sa-rang (Im Yoon-ah) yang bekerja di sebuah hotel ternama di Korea iaitu King Hotel. 

disebabkan minat yang mendalam dalam industri perhotelan, Sa-rang bekerja sepenuh hati dan berdedikasi hingga berjaya dinobatkan sebagai Talent of the Year daripada pihak hotel kerana bertugas dengan penuh cemerlang selama 2 tahun berturut-turut.

pertemuan Sa-rang dan Goo Won (Lee Joon-ho) berlaku tanpa dirancang di gimnasium hotel. Sa-rang menyangka bahawa Goo Won adalah lelaki yang mahu menggodanya. pada hal yang buat hal tu, orang lain.

mereka bertemu semula selepas beberapa tahun. daripada status sebagai pekerja hotel - bos, akhirnya mereka jatuh cinta. namun perjalanan cinta mereka tak seindah yang diimpikan. pastinya ada pelbagai halangan yang perlu ditempuhi. ditambah pula dengan kedudukan Goo Won sebagai salah seorang anak 'chaebol' terkemuka.

berjayakah mereka mempertahankan cinta hingga ke jenjang pelamin?



review:

anies tak ikuti drama ni kat Netflix. just tonton kat free website macam Dailymotion tu. niat asal nak tengok lakonan Joon-ho sebab anies suka dengan lakonan dia dalam The Red Sleeve & Good Manager.

tapi... masuk episod ke 4 dah rasa macam tak boleh nak go. bukan sebab jalan ceritanya yang cliché tapi disebabkan lakonan Joon-ho tak seperti yang diharapkan. tak tahu laa kenapa. lakonan Yoon-ah pun so so je. kalau boleh pilih pelakon terbaik dalam drama ni, anies pilih lakonan Kim Young-ok, yang membawa watak sebagai nenek Sa-rang.

'cerita sampingan' pun tak berapa nak kuat. konflik keluarga Goo Won lebih kepada penyedap cerita. tak bitter sangat. 'cerita sampingan' pekerja hotel dan rakan-rakan serumah Sa-rang pun tak seberapa. kalau kisah Da-eul dengan suami dia tu ada part penderaan atau konflik rumah tangga yang meruncing, mungkin jalan cerita drama ni akan jadi lagi menarik.

drama ni mungkin sesuai untuk mereka yang nak layan rom-com sepenuhnya. tapi disebabkan niat asal anies nak tonton lakonan Joon-ho, jadi bila tak sampai expectation tu, honestly rasa hampa jugalah...

lagi satu, screen time antara Sa-rang dan Goo Won terlalu lama. ada kala lebih 10 minit, cerita diorang je. jenuh nak tunggu tukar ke part lain😂😂

overall untuk drama ni, daripada ⭐⭐⭐⭐⭐ anies bagi⭐⭐. 

that's all for today. thanks for reading.
daaa

33 comments:

  1. lagi 2 ep nak habis.. boleh la nak gelak2 layan korea kan..

    ReplyDelete
  2. LZ sedang marathon cerita Celebrity.. tu pun berhenti episode 6.. Masalah LZ bila tengok drama / filem Korea ni, susah ingat nama watak.. haishhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. asalnya saya nak tgk celebrity tp penangan joon ho terlalu kuat. sudahnya hampa hahaha

      Delete
  3. drama cinta ulang skrip baru ja kan

    ReplyDelete
  4. romantik komedi untuk #BBNU ok lah boleh layan hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg suka cintan cintun tu boleh laa layan... hahaha

      Delete
  5. Sikit betul star tu. Ingat nak bagitau anak suruh tengok sebab dia suka tengok citer Korea. Tak jadi la sebab sikit nau star tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. star tu berdasarkan pandangan sy. bg org lain mungkin berbeza esp yg suka cerita rom com hehe

      Delete
  6. Drama Korea ya?
    Sudah pasti tidak jauh dari kisah cinta. 😃

    ReplyDelete
  7. Boa tarde de quarta-feira e obrigado pela dica, minha querida amiga.

    ReplyDelete
  8. dah tengok sampai habis. hahaha part mana yang lama sangat malas nak dengar, kita skip kan aje. fokus pada part yang kite nak tengok

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betulll... screen time lama tu kalau banyak aksi tak pe juga. ni asik cakapppp je hahaha bosan jadinya

      Delete
  9. Gracias por la reseña Lo tengo pendiente te mando un beso.

    ReplyDelete
  10. Sha layan klip pendek je.. Kurang minat drama romantik.. huhuhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cerita cinta biasa je sha. org biasa dgn chaebol hehehe

      Delete
  11. Okay drama ni saya tak tengok lagi. Memang hampalah kalau ceritanya tak seperti yang kita harapkan. Kadang sebab pelakon kita tengok kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya sbb joon ho sy nak tgk drama ni. sy suka lakonan dia sblm2 ni... mmg terbaik! boleh hadap 16 episode sehari dua jg hahaha

      Delete
  12. Nangis Yoon - ah kalau dapat tahu Anies bagi 2/5 hihihiii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yoon ah menangis x pe kak tp yg penting bkn fans dia habis kena kecam nnt hahaa

      Delete
  13. ada orang tengok cerita begini sebab nak tengoik pelakon jer,..bukan jalan cerita

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa mentang2 hensem n lawa kannn hahaha

      Delete
  14. itu la sbb clitche sgt xde mood nk tgk tp boleh terlekat pula tgk sbb tempat yg diorg shoot cantik² trip pegi thailand la... sekadar nk senyum sorang² mmg layan.. hihihi... tgk korea sbb nk healing kan? haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. sinematografi dia mmg lawa...tak dinafikan. tp tu tak ckp lagi hehehe

      ya betul hehee

      Delete
  15. Hahahaha tadinya saya dah masukkan Drakor ini ke dlm list kak. Tapi Krn saya tak suka nonton on going drama, jadi nak tunggu sampai tamat.

    Ternyata teman saya yg selalu ikutin drama ini, langsung stop di eps berapaaa gitu. Alasannya, ga kuat, dramanya terlalu bikin mual 😂😂😂. Ntah apalah yg bikin dia mual 🤣. Trus saya baca banyak review, semua. Ilang drama ini tak bagus. Ga ada isinya hahahaha. Ya sudahlaah, mumpung belum saya tonton, mending saya delete dari list 😂

    ReplyDelete
  16. Saya baru habis tengok drama ni last week. Mengikut review kak anies tu, yes memang setuju. Sebab drama ni sangatlaaaaa cliche n start diorang dah bercinta tu terus jadi tk best. Sumpah tak boleh go 🤣🤣

    Saya kurang suka dgn watak hero tu yg rasa dia boleh buat apa yg dia nak smpai tak fikir kesan dripada action dia tu boleh susahkan heroin. Ee tahlah rasa geli camne saya sanggup tengok sampai habis walaupun mcm tak boleh nak teruskan

    ReplyDelete
  17. Tak nonton lagi KDrama ni. Ramai dah tengok KDrama ni ye...

    ReplyDelete
  18. tak perasan pulak dlm netflix ada ke tak

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆