✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Sebelum jadi 'kontroversi', anies nak beritahu yang penulisan ni hanyalah sekadar pandangan sahaja. ia ditulis pelayar FB bernama Nur Syazwani sebagai respon kepada pertanyaan admin portal info & hiburan di FB:
"Min saja lah nak tanya kan... ada tak pelakon K-Drama yang korang rasa 'kayu' dan still kena improve lagi"
panjang lebar komen yang ditaip Nur Syazwani ni dan anies suka dengan jawapan yang diberi. tapi... korang jangan salah anggap pula. anies suka komen ni bukan sebab anti dengan pelakon-pelakon Korea ni. NO!
anies suka sebab separa daripada komen ni adalah betul dan tepat from my own point of view after watching hundreds of K-dramas since 2000😁
satu lagi yang buat anies 'percaya' dan setuju dengan Nur Syazwani ni adalah disebabkan dia pemegang ijazah jurusan seni persembahan. jadi no wonder laa dia boleh 'nampak' sama ada pelakon tersebut bagus atau 'kayu' lakonannya.
BTW, kayu yang dimaksudkan kat sini adalah (persembahan) lakonan kaku, tak ada ekspresi serta tiada penghayatan watak.
oh ya! komen Nur Syazwani ni tak ada sebarang edit ya. kalau ada pun anies just betulkan short form je. so, korang bacalah komen ni. sama ada korang tak setuju atau tak, nanti korang balas je kat komen bawah tu ya!
>>::<<
Antara pelakon yang aku rasa wood sewood-woodnya dalam kdrama :
1. Hwang Jung Eum
- exaggerated acting
- always shouting her lines
- selalu bawa the same character 🙄🙄
- very conscious of the camera, wanted to look nice/beautiful all the time (tambah lepas operesen ni ekspresi dia langsung tak nampak natural)
- Nyampah gila pembawakan watak dia dalam drama kill me heal me tu, tapi gagahkan tengok juga sebab ji sung sangat awesome dalam drama tu 🥰🥰
2. Bae Suzy
- untung sebab selalu diambil oleh produksi besar dan dipartnerkan dengan pelakon lelaki yang bagus-bagus (lee seung gi, kim seon ho, lee jong suk, gong yoo) 😒😒
- lakonan still kayu tapi da ada banyak perubahan
- dikritik tidak pandai menonjolkan emosinya sehingga penonton sukar untuk menjiwai drama yang diterajuinya.
3. Lee Yeon Hee
- ekspressi muka masih lagi keras kejung
- paling frust, bila dia yang berlakon kayu, partner lakonan dia plak kena kritik sekali (macam dalam drama hwajung, reunited world dan the game)😡😡😡
4. Jin Se Yeon
- kesian juga kat jin se yeon ni sebab dia antara pelakon yang sentiasa dapat kritikan penonton drama kat korea.
- Tak pernahnya orang puji lakonan dia. Dan orang sana pun hairan pasai apa la dia selalu dapat watak berat-berat dan tak sepadan dengan kemampuan lakonan dia yang tak meyakinkan langsung. Contohnya macam dalam drama Bridal Mask, Five Fingers, Dr. Stranger, The Flower in Prison. 😩😩😩
- Mulut dia susah sungguh nak dibuka
5. Gu Hye Sun
- Rasanya Gu Hye sun sepertinya dah bawa watak Geum Jan Di dalam drama Boys Over Flower sejak dari tahun 2009 sampailah sekarang. 🤮🤮🤮
- Tiada perbezaan langsung di antara watak yang di bawa olehnya walaupun dalam drama yang berlainan.
6. Shin Se Kyung
- Walaupun dah bertahun berlakon, Shin Se Kyung tidak mampu menunjukkan riak muka yang berlainan bagi setiap emosi, bagaikan otot mukanya keras kejung 🤢🤢🤢
- Drama seperti The Girl Who Can See Smell, Bride Of The Water God, Rookie Historian Goo Haeryung nyata membuktikan bahawa mutu lakonannya kekal sama sahaja meskipun tahun terus berganti.
7. Kim Min Jung
- minta maaf la…..mungkin akan ada yang kata pompuan ni pandai berlakon. Tapi bagi aku, lakonan dia sama ja. Cuma kena akui sikit yang lakonan dia dalam drama Mr Sunshine ada sedikit perubahan
- Kalau nak banding dengan drama-drama lain aku rasa muka dia sama ja. Sepesen ja walau ko buat ekspressi apa pun. Paling aku frust sekali ialah lakonan dia dalam drama Gap Dong. Drama tu da best da… and aku punyala minat dengan lakonan Lee Joon dalam tu tapi bilai mai tang babak dia ja bebetul spoiled the tempo !! Hampeh !! 🤬🤬🤬
8. Oh Yeon Seo
- ha ni sorang lagi... disebabkan pompuan ni la banyak drama yang aku tak sanggup tengok kerana lakonan dia yang very nagging and annoying. Contohnya macam My Sassy Girl, A Korean Odyssey, Come Back Mister, Medical Top Team (padahal aku suka giler kot dekat Joo Won, Lee Seung Gi, Rain dan Joo ji hoon) 😤😤😤
- Pompuan ni pun macam jin se yeon juga, selalu sangat dapat watak utama, padahal lakonan tu tak adalah semenggah mana sangat pun. Ramai yang complaint yang filem Cheese In The Trap tak berapa best sebab watak Hong Seol yang dia bawa tu tak menjadi dan best macam Kim Go Eun bawa dalam drama. 😩😩😩
9. Nam Joo Hyuk
- bermula sebagai seorang model dan banyak jugala drama yang dia da jadi hero utama (pasai apa pun tak tau lah) 🤔🤔🤔
- drama yang dia jadi watak utama dan diingati oleh penonton hanyalah Weightlifting Fairy Kim Bok Joo (tu pun aku rasa sebab heroin dia bagus)
- Drama lain, jangan tanyalah memang kena jer maki ngan penonton, sampai orang sana bagi gelaran kat dia, The Worst Acting God (sebab lakonan dia yang teruk dalam drama Bride Of The Water God).
10. Sung Hoon
- Abang sayang memang hensem…..hensem sangat. Tak akan terkelip mata bila melihat kehenseman abang. Personaliti abang pun very charming and membuatkan banyak kakak-kakak tergoda. (Termasuk i 😍😍)
- Tapi masalahnya abang, abang berlakon kayu sangat… cedih i tau!! banyak juga da drama yang abang berlakon jadi hero utama, tapi semuanya sama ja kualiti lakonan tu.
- orang kat korea sana pun terpaksa admit yang depa cuba menonton drama lakonan abang kerana wajah abang yang kacak dan badan abang yang sasa.
- Kritikan yang sering diterima oleh abang ni ialah mukanya yang nampak seperti dipaksa untuk melakukan ekspresi tersebut terutama sekali apabila sedang marah ataupun ketika menangis.
kredit
11. Ahn Jae Hyun
- ramai pelakon yang asalnya model tidak menerima respons yang baik daripada penonton mengenai lakonan mereka.
- sorang lagi model that turned to be an actor ialah si abang kulit putih pucat ni. Bukan saja exwife dia ja yang dikritik sebab lakonan yang hambar, tetapi dia sendiri pun menerima cacian ramai menerusi lakonan ‘kayunya’ dalam drama Blood dan Reunited World 😩😩
12. Kim Jae Joong and Yunho
- antara ahli DBSK member yang di casting untuk jadi actor tapi rasanya kim jae joong n yunho elok jadi penyanyi jer lah ya. Tak yah memandai nak jadi pelakon la ek. Sebab kalau abang berlakon pun kayu juga…
- ramai penduduk di korea mengkritik lakonan depa yang disifatkan tiada aura dan lontaran dialognya yang sukar didengari (tapi kalau nyanyi suara diorang sedap)
- penonton di korea juga menyatakan yang jae joong terlalu menjaga penampilan di televisyen sehinggakan terlalu nampak yang mukanya sentiasa dimekup dan tidak nampak natural sebagai pelakon lelaki (babak nak mati pun foundation penuh kat muka lagi 😂😂😂) yunho plak ada masalah dari segi lontaran dialog)
13. Cha Eun Woo
- just visual but not talent. That'ss it. He just a wood (nampak sangat bencinya kat CEW ya😂😂😂)
Uee. kredit
Da som. kredit
eun jung. kredit
Yuri. kredit.
Seol hyun. kredit
Joy. kredit
Yoona. kredit
14. Yoona, yuri, seolhyun, dasom, Uee, joy, eunjung
- nyanyi jer la kak ek. Korang memang xleh berlakon
15. Lee Min Ho
- drama2 meletop2 tapi bagi aku watak yang dia bawa sama aja. Tangan kena seluk poket. Anak orang kaya. Kena pakai kot panjang. Rambut kena jaga. Cer bagi watak sememeh skit ka….. tengok boleh tak bawak.
16. Jo Bo Ah
- banyak drama yang aku skip sebab dia ni yang berlakon. Tale of nine tail tu aku gagahkan juga tengok sebab lee dong wook & kim bum. Part dia aku skip hahaha
17. Park Hae Jin
- lama da berlakon. Banyak genre juga dia bawa. Tapi aku tak boleh go dengan lakonan dia. Sebab rasa muka dia keras sangat nak tunjuk ekspressi.
18. Jang Ki Young
- sorang lagi mamat bekas model yang sentiasa kontrol hensem time berlakon. Tak pernah lagi tengok dia bawa watak orang kebanyakan or golek2 dalam lumpur ka. Asyik bawa watak orang kaya ja
>>::<<
so apa pendapat korang? setuju ke idok?
komen tau!👇👇👇
Saya gak terlalu hafal dengan artis"Drakor..hanya 2atau 3 orang aja yg di atas.🙈karena gak selalu nonton Drakor...jadi gak terlalu tau karakter mereka dalam film, apa kaku/kayu wajahnya lempeng atau datar ga ada ekspresi kalau di sini sebutnya sok cool hehehe
ReplyDeletemungkin sebab kita terlalu tumpukan kepada jalan cerita jadi kita terlupa untuk melihat mutu lakonan mereka
DeleteTak boleh nak komen sbb bukan peminat K-drama. Kalau rasa drama tu best baru tengok, tapi tak kenal pun pelakon2nya hehe.
ReplyDeletedrama best selalunya lakonan mantap. tp ada juga drama best tp mutu lakonan menyakitkan hati hahaha
Deletedalam ramai-ramai tu ammi pernah tgk lakonan Gu Hye sun dgn Lee Min Ho tu je.
ReplyDeleteGHS tu mmg tgk lakonan dia sekali dgn LMH ni lah..mmg tak best. Ammi pun perasan LMH tu dapat watak semua jadi anak orang have-have
kann... GHS tu laa yg spoil kan mood sy ms tgk boys over flower. lg bgs watak jahat si yuki tu...
Deleteramai jugak yg betul tu...
ReplyDeleteterutama sekali yang mana? ;-)
Deletepersembahan yg dinilai peminat tegar n pemerhati aksi artiskpop..kak lama dah xambil tahu
ReplyDeletedia peminat tegar dan pelajar jurusan seni persembahan...
DeleteSuzy, yoona and uee :) my favorite kdrama actresses
ReplyDeletesounds interesting;)
ReplyDeletethank you ;-)
DeleteKayu ni kdg2 boleh kita tak perasan bila dia guna high qualiti image dlm drama korea. Dan bila apply view yg lawa serta side pengambaran berlainan. So kita lebih focus pada jalan cerita.. pandangn kita je la hahaha
ReplyDeletekorea ni pandai tutup kelemahan... even lakonan kayu tp sbb muka hensem peminat maafkan hahahaha
Deleteitu pun masalah juga.. tgk jalan citer tapi di focus pelakon hemsem hahahaha
DeleteTernyata pelakon-pelakon artis K-drama ni, mirip wajahku juga... 😄😄
ReplyDeletehaha knal lee min ho jer..tu pun anak buah yg knal kan..haha..satu 1 sbb dia duta coway kan? lain2..haram jadah xknal..:)
ReplyDeleteyap LMH duta coway dgn tok ti
DeleteAlgunos los reconozco de los programas que veo. Y si hay doramas que no son tan buenos pero otros si. Te mando un beso.
ReplyDeleteNosotras compartimos la misma opinion!
DeleteSaya tak tahu nak komen camana, sebab tak kenal pelakon-pelakon korea ni. Saya tengok jalan cerita, bagus ke tidak. Soal pelakon kayu atau tak, tak pernah pula saya nak menilai, sebab filem atau drama korea yang saya tengok, takde pulak yang kayu-kayu. Yang lelaki, kalau nangis, sampai keluar air mata, air hidung, semua. Sampai kita pun meleleh air mata juga. Hehe...
ReplyDeleteitu biasa. kdg kita 'dikaburi' dengan muka cantik dan hensem selain sinemtografi yg bgs... tp bla pelajar jurusan seni persembahan yg komen sy agak bersetuju juga laa
DeleteSaya tengok jalan cerita tapi setuju pasal Lee Min Ho rasa wataknya lebih kurang.
ReplyDeleteya setuju! ;-)
DeleteRamai penyanyi jadi pelakon. Salah satu tarikan drama dan bagi penyanyi tu untuk kembangkan bakat. Kena ada improvement lah kan kalau ramai yang dah kritik tu.
ReplyDelete🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣. Kakaaaaaak saya tak berani nulis ini di portal drama Korea di Indonesia. Seraaaam fans fanatiknyaaaa 😅😅.
ReplyDeleteBanyak dari tokoh di atas saya tak hapal, Krn saya baru suka Drakor since 2020. Pas pandemic lah 🤣
Jadi hanya beberapa yg saya tahu actor dan actress di atas.
Tapi setujuuuu sangat dengan Bae Suzy, Yoona, Lee min ho, nam Jo Hyun, dan Cha Eun woo 😅. Bisaaa sangat akting mereka.
Yg saya heran, Suzy, Yoona dan IU di gadang2 jadi pengganti trio aktris Kim Tae hee, Jun ji Hyun dan song Hye Kyo 🤣🤣.
Saya rasa tak pantas lagi.3 yang terakhir memang legend, tak seharusnya diganti dengan Suzy dan Yoona pula. 😅Kalo IU masih okelaah, saya suka akting dia. Bermacam macam soalnya