✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
So, macam mana dengan Aidiladha korang tahun ni? meriah tak? ada balik kampung?
hah? kena kerja? tak apalah... kali ni turn korang berkorban cuti raya. mana tahu tahun depan korang pula dapat cuti raya lama kannn...
then... macam mana pula dengan ibadah korban? ada buat ke? berapa banyak lembu dan kambing yang disembelih tahun ni?
BTW tak kira berapa banyak haiwan yang dikorbankan, mudah-mudahan ibadah kita ini diterima di sini Allah SWT.
well, bagi anies pula tahun ni kemeriahan Aidiladha sederhana je. bezanya tahun ni mama dan adik-beradik (+ opah = emak depa) ada buat korban lembu seekor.
macam biasa... bercerita dengan fotolah ya...
Alhamdulillah tahun ni dapat solat raya kat masjid dengan family. tahun ni tak tahu kenapa. jemaah perempuan yang hadir tak ramai. selalunya 'melimpah' sampai ke parking masjid...
lepas solat kami ziarah kubur ahli keluarga. kubur arwah atuk, abah, ayah dan mak cik antara yang wajib kami 'singgahi'... Al-Fatihah buat semua arwah... cuaca pagi tu amat terik sebab sebelum tu hujan lebat. so masing-masing tak betah nak 'singgah' lama.
lepas ziarah kubur anies ke sini. ni antara 'taman permainan' anies masa kecil dulu... belakang pokok nipah tu ada laut... sekarang dah berubah. dah ada beberapa buah rumah didirikan... bila tengok foto ni dan foto kat atas, dalam hati: "cantik juga ya kampung den ni!"😂😂
ketupat - antara menu 'wajib ada' untuk Aidiladha kami. lepas balik merayau, anies terus ambil pinggan dan makan. pekena dengan rendang daging. selain rendang daging, ada juga sup daging, sayur lodeh dan sambal fucuk.
tak lama lepas makan, anies keluar untuk hantar ketupat reben. sepatutnya hantar sehari sebelum raya. tapi tak sempat. ya, semua ketupat reben ni anies anyam untuk deko raya.
member belanja sepotong devil chocolate cake dan teh tarik. perghh heaven betul! dah laa masa ni tengah hujan lebat. punya laa tak malu... anies siap minta tambah secawan teh tarik lagi😂
bila sampai rumah, family tengah melapah dan membungkus daging untuk diedarkan kepada saudara mara. oleh kerana anies tak bantu melapah dan membungkus, so anies ambil tugas untuk hantar semua 45 bungkus daging ni kepada saudara mara & jiran tetangga.
short video
ni bukti tau anies buat kerja hari tu😂 lencun baju raya aku nyah!😂
so tu je laa cerita Aidiladha kami tahun ni. simple je. yang penting apa yang dirancang dapat dilaksanakan. Alhamdulillah...
apa ceritera Aidiladha korang? jom share👇
Agak sepi kalau idul Adha di bandingkan idul Fitri, apalagi setelah ibu sudah pergi setahun yg lalu,otomatis hanya anak beranak saja itupun tak banyak,tapi ga memudarkan semangat hari rayanya,masak sedikit ketupat ,opor ayam dan sambal kentang hati pete😁 tapi gak banyak..sekedar mengobati kangen masakan hari raya
ReplyDeleteAl-Fatihah buat allahyarhamah...
Deletewahhh banyak juga masaknya tu... buat bergotong royong ya?
Pasti dooonk😁
Delete#terbaik 👍
DeleteBila baca entri ni, terasa feeling raya tu ada. Walaupun tak semeriah raya puasa tapi nikmat berkumpul bersama keluarga tu paling best.
ReplyDeletetu laa... bla dapat berkumpul tu lain sgt kemeriahannya...
DeleteKali ni beraya kt Selangor, x balik kampung pun. Tp syukur mak dgn adik2 dtg KL beraya dgn kami. Dapat la bawa anak2 gi masjid tengok org buat korban. Meriah rumah walaupun jiran sunyi sepi. hehe. Pengalaman baru, x balik kampung pun pengorbanan.
ReplyDeletewah seronok tu. meriah laa rumah ecah ms raya tu yaa
Deletekami sangkut dalam jem,sebab tu balik lambat hahahaha
ReplyDeleteooo ya ke? lama ke tersangkutnya tu?
DeleteAlhamdulillah senangnya berkumpul dengan family di hari raya
ReplyDeletealhamdulillah ;-)
Deletesenang kak bila mendengar atau melihat teman-teman masih bisa berkumpul dengan ibu, saya rindu ibu saya, hehehhehe. Hari raya terasa sepi dan tak lengkap tanpa ibu
Deleteya samalah macam kami. 2x ayah dah tak ada. tapi tu laa... kita yang hidup ni harus teruskan 'perjalanan'
Deletealhamdulillah...meriah la tu..
ReplyDeletealhamdulillah...
DeleteSelamat menyambut hari raya qurban
ReplyDeletesalam aidil adha buat wak sekeluarga
Deletenampak tenang & damai je suasana kampung anies 😊 nak healing tak yah pergi jauh2 balik kampung dah cukup kan.
ReplyDeletedulu syok kalau nak healing... sbb masih ada sawah pagi... laa ni dah tak ada lg dah sawah
DeleteAlhamdulillah...syukur kepada Allah kerana mengurniakan rezeki untuk berkorban seekor lembu...
ReplyDeleteAlhamdulillah...
DeleteDi Indonesia, kami mendapatkan libur cuti bersama 3 hari (tuesday-friday)
ReplyDeleteWith 2 additional holidays on the weekend, we got 5 days for holiday of Aidl adha Alhamdulillah
wahhh best nyaaa dapat cuti panjangggg... kami dah rasa cuti panjang masa aidil fitri lepas
DeleteBoa tarde de terça-feira. Obrigado pela visita e comentário. Excelente matéria, minha querida amiga.
ReplyDeleteLuiz Gomes.
viagenspelobrasilerio.blogspot.com
obrigado luiz!
DeleteTernyata Idul Adha buat ketupat juga ya, Anis. Saya cukup bikin lontong dan kueh saja.
ReplyDeleteya. sebab dari dulu lagi memang buat ketupat. so bila tiada ketupat ketika aidil adha rasa janggal pula ;-)
DeleteBudaya tau tradisi tak jau beda dengan indonesia ya
ReplyDeleteabis salat id, ziarah ke makam
ya...budaya kita sama sahaja. nama pun serumpun nusantara ;-)
DeleteTe mando un beso y me dio ganas del pastel.
ReplyDelete¡Vamos a venir aquí y te compraré un trozo de pastel!
Deleteseronok tu anies dpt korban sefamily 1 ekor lembu...meriah
ReplyDeletealhamdulillah😀
DeleteMeriah juga hari raya Anies. Raya saya serba sederhana je. Tak meriah sangat. Masjid kurang meriah mungkin ramai yang tak balik raya kot. Best betul dapat makan ketupat daun tu.
ReplyDeletetak balik kg ke fiza? mungkin kot. sbb ramai tak balik thn ni...
Deleteraya kat rumah sy ni tiap2 tahun ketupat daun... tak daun kelapa, guna daun nipah...
alhamdulillah... penuh aktiviti di aidil adha... semoga ibadah kita diterimaNya
ReplyDeletemudah mudahan aminnn
Deletehmmmm lezat nya devil chocolate cake dan teh tarik... saya suka teh tarik...
ReplyDeletejom datang sini sy belanja teh tarik
DeleteSayapun tidak tolong melapah cuma siapkan bahan-bahan masak asam pedas tetel. Kerja ringan sahaja buat tapi panas juga hari itu.
ReplyDeleteLepas itu tergesa-gesa ke hospitsl.
kannn... area rumah NA hujan ke sebelah pagi raya tu?
DeleteWah best meriah jgk. Kami xbalik raya tahun ni. Suami kena keje. So dua2 raya tercongok ja kat Rumah.
ReplyDeleteooo ya ke? tak apa. thn dpn pasti dpt cuti tu... boleh blk raya
Delete