Pages

Tuesday, 20 June 2023

Selamat pengantin baru Chia + Syafiq

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Lokasi asal majlis adalah kat Dewan Serbaguna Bandar Baru Salak Tinggi. tup tup mak cik dapat panggilan telefon yang mengatakan pihak berkuasa terpaksa tutup dewan untuk semua majlis disebabkan PRN (pilihan raya negeri)!

what?!! tarikh PRN tak keluar lagi. DUN pun belum bubar lagi. kalau ya pun nak pilihan raya, lamberrttt lagi. bulan depan kot? hishhh...

so kelam-kabutlah mak cik dibuatnya. dah laa majlis tinggal sebulan je lagi. perkara pertama yang mesti diselesaikan adalah cari dewan majlis. kalau tak dapat juga, solusi terakhir adalah sewa dewan sekolah.

cari punya cari akhirnya dapat dewan MIAT (Malaysian Institute of Aviation Technology, UniKL) Dengkil. Alhamdulillah...

bila dah dapat dewan, perkara kedua adalah menghebahkan kepada semua jemputan tentang pertukaran lokasi. dalam hal ni bukan mak cik je yang sibuk, mama anies pun sibuk sama kerana separuh daripada jemputan terdiri daripada saudara-mara kami yang duduk kat kampung. so mamalah yang tolong on behalf dan inform kat diorang fasal pertukaran lokasi ni.

then... hari yang ditunggu-tunggu pun tiba. majlis nikah Chia berlangsung lepas solat Jumaat. anies tak dapat hadir sebab ada tugasan. so sempat tengok gambar je laa...

keesokan hari barulah majlis resepsi. kami sekeluarga duduk kat homestay tak jauh dari rumah mak cik. malam sebelum majlis, kami berjemaah siapkan goodies. 

dalam 10.30 pagi, kami dah sampai kat dewan MIAT. kami set up apa-apa yang patut seperti susun bunga pahar, goodies dan lain-lain. sementara tu pihak catering siapkan hidangan.

Alhamdulillah cuaca amat baik hari tu. tetamu pun ramai. dan paling penting, majlis berjalan lancar dari mula sampailah akhir.

dan sebahagian foto yang sempat anies snap...

section kuih-muih. semuanya sedap-sedap belaka. antara kuih yamg ada: kole kacang, talam cendol, kuih lopes, kuih sarang semut, tapai pulut, kuih bakar pandan, kuih bakar cempedak dan kek buah. 👍👍

deretan goodies untuk tetamu. yang dalam bekas warna ungu tu air Ribena untuk kanak-kanak. tapi ada je kanak-kanak jadian sibuk nak Rivena😂

ingat lagi entry fasal anyam ketupat reben yang anies kongsi sebelum ni? ya betul... sarung ketupat reben tu digunakan untuk bungkus telur dan dijadikan goodies... bunga telur di sebelahnya juga untuk tetamu...

sebahagian juadah untuk tetamu. menu hari tu adalah: nasi putih, nasi jagung, daging masak hitam, ayam masak merah, dalca dan ulam-ulaman.

untuk minuman, tetamu dihidangkan dengan air: oren, teh tarik panas, coklat panas dan cappucino!👍👍

lain-lain juadah yang ada: cucur udang dan di sebelahnya cendol. dua-dua sedapppp...👍👍 ada satu lagi, laksa Penang. tak sempat nak snap foto. tu pun sedap juga.

kalau ada pengantin tentulah ada pelamin, kan? ringkas je pelamin pilihan Chia...

short video - dalam dewan, sebelum 'kena serbu' dengan tetamu...

ni je laa gambar pengantin yang anies ada. tengah bersantap masa ni... pssttt... pengantin pakai songket dark blue sebenarnya. tapi bila snap jadi warna hitam laa pulaa... BTW selamat pengantin baru untuk Chia dan Syafiq. semoga berbahagia hingga ke syurga hendaknya. aminnn...


anies agak busy minggu ni dengan urusan pindah. jadi, BW pun singgah yang mana dan je dulu...🙏🙏

okey... tu je laa perkongsian untuk hari ni. thanks for reading. daaa...

28 comments:

  1. Selamat Pengantin Baru buat Chia dan Syafiq. Sepupu anies ke tu? Wah nak pindah ke mana tu anies? Semoga semua urusan berjalan lancar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya sepupu.. pindah jauh😁

      terima kasih🫰

      Delete
  2. Untunglah semua lancar ya kak, bisa cepat dapat tempat baru juga. Tak terbayang mengabarkan semua tamu kalo lokasi pindah 😅.

    Sedap nampak makanannya. Saya belum pernah datang ke pernikahan di Malaysia. Padahal dulu janji dengan teman campuss, kalo dia nikah wajib undang saya. Tapi ntahlaah, kami putus kontak. Semua no HP nya tak bisa dihubungi.

    Selamat utk pengantin, semoga makin banyak rezekinya setelah menikah 🎉🎉

    ReplyDelete
  3. So nice post, thanks for your sharing...

    ReplyDelete
  4. Sampai kan Selamat penganti baru buat Chia & pasangan ya 🤗

    ReplyDelete
  5. Genial ceremonia . Te mando un beso.

    ReplyDelete
  6. selamat pengantin baru..:)

    ReplyDelete
  7. tahniah buat pengantin.. nampak baju mcm hitam pulak. sibuk pindah mana pulak tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. sbnr nya dark blue tu. hp cap ayam mcm tu laa... pindah over the sea😁

      Delete
  8. Eh eh jauh ke mana agaknya pindah tu (nk menyibuk jugak) hehehe

    ReplyDelete
  9. Banyaknya makanan. Kalau bersama tusn rumah banyak kali ulang makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yap mmg banyak... tp paling laku laksa dgn cucur udang😀

      Delete
  10. Part air tu nampak premium sekali. Boleh main tekan2 dan pilih mana yang berkenan di hati. Ni asyik2 sirap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa.. sy laa yg plg teruja sekali hahaha

      Delete
  11. Ada lagunya loh.🎵🎶.duhai senangnya pengantin baru ..duduk bersanding bersendau gurau...la la la la la 😁..selamat pada kedua mempelai

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh siap ada lagu👍👍👍nnt sy forward ke Chia😀

      Delete
  12. banyaknya makanan... manalah ayam gorengnya? jadi ingat mail, upin dan ipin dengan ayam gorengnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. ayam goreng jarang dihidangkan di majlis kahwin di sini. selalunya lauk berkuah

      Delete
  13. selamat pengantin baru..semoga kekal bahagia selamanya..aamiin
    wah..pindah mana la tu? semoga semua urusan dipermudahkan & berjalan dgn lancar...aamiin

    ReplyDelete
  14. Semoga Pengantin Kekal Berbahagia selamanyaa... Simple tapi cantik pelaminnya ❤️

    Wow..Selamat berpindah yeee...Take care!

    ReplyDelete
  15. Wah.. menu semua sedap-sedap.. suka dengan bahagian kuih muih..
    Tahniah buat pengantin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yap kuih muih semuanya sedap.

      ni adik Rafidah sha. sy ada tanya dia. ada jemput kak sha tak? dia ckp terlupa😂adehhh kalau x kita boleh jumpa

      Delete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆