✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Last weekend pak cik ada buat majlis kecil-kecilan. lepas arwah isterinya meninggal pada Ramadan tempoh hari (baca kat SINI) belum ada sebarang majlis tahlil dibuat. kalau ada pun keluarga mertua dia je yang buat.
majlis bermula jam 12.00 tengah hari. disebabkan pak cik dah tempah makanan a.k.a guna katering, jadi kami hanya bantu sikit-sikit je.
kami buatkan kuih, nasi impit, pacelis mangga dan rendang ayam untuk tambah lauk. selain tu, kami tolong mengemas mana-mana yang patut.
tetamu pula terdiri daripada jiran sekeliling, orang masjid & surau serta kenalan pak cik.
macam biasa... anies sertakan beberapa keping foto sempena majlis tu...
dua buah khemah untuk tetamu...
simple goodies yang terdiri daripada sepeket bihun dan sebotol kecil air mineral.
ada 2 jenis minuman. oren sejuk & teh tarik...
tahlil sedang berlangsung...
di mana ada majlis di situlah ada makan makan, kan? so lauk yang dihidangkan adalah daging masak asam, nangka masak lemak, ayam goreng berempah, ikan masin, sambal belacan, ulam-ulaman termasuk tomato ceri, timun.... cont👇
buah oren, kuih koci, nasi impit,kuih seri muka durian & pandan, pacelis mangga, sambal fucuk dan rendang ayam. semua lauk dimakan bersama nasi putih.
makan time! self service😁
masing-masing khusyuk layan makanan...
durian! kebetulan ada banyak durian kat kebun pak cik yang gugur. so tetamu dapat 'pakej' makan durian sekali...
masing-masing bila dapat durian....
okey... tu jelah perkongsian untuk hari ni. thanks for reading.
daaa
Wow..kenduri tahlil meriahnya...best la siap ada durian...
ReplyDeleterezeki tetamu dpt mkn durian😀
DeleteKalo di sana tahlil itu dilakukan kapan aja kak? Kalo di sini beda-beda. Bahkan ada yang tidak melakukan karena dianggab dalam Islam sendiri tak ada kewajiban tahlil.
ReplyDeleteTapi kalo di Jawa biasanya tahlil setiap 3 hari pertama, hari ketujuh, hari ke40 dan hari ke1000. 😅. Jawa lebih banyak tradisi memang.
Dan biasanya gift yang dikasih buku Yasin dengan foto almarhum dan doa doa, juga Kata2 tertulis dari anak dan keluarga almarhum.
kalau kenduri arwah lazim selepas pengebumian. kalau kebumi siang maka kendurinya sebelah malam. tiada waktu specific. berapa banyak nak buat tahlil terpulang kepada waris si mati. ada yang cuma berikan wang kepada imam dan imam akan buat tahlil di masjid (tanpa makanan). dalam kes ini mak cik sy meninggal di bulan puasa. since pak cik sy baru pulang dari umrah jadi tahlil dibuat lewat sedikit. utk goodies, up to tuan rumah. no specific goodies utk diberi kepada tetamu.
DeleteAlhamdulillah. Selamat buat tahlil, ye. Comel-comel, durian.
ReplyDeletealhamdulillah. rezeki tetamu dpt mkn durian
DeleteTak terasa ya... sudah sebulankah ?..melihat pelbagai menu siapa yg tak tertarik ..kalau tahlil di sini biasanya jarang makan prasmanan.atau di tempat,.kebiasaan membawa nasi kotak atau besek saat pulang..😀
ReplyDeleteya dah sebulan mak cik meninggal. kalau tahlil makanan dibungkus lazimnya dibuat di masjid. waris si mati beri imam sejumlah wang dan imam akan buat tahlil. waris si mti sediakan makanan yg dibungkus dan diberi kepada jemaah masjid
DeleteIya biasanya sehabis baca tahlilan mereka di sajikan hidangan ringan dan saat acara tahlilan selesai bawa besek atau kotak saat pulang..di masjid atau di rumah pun sama saja di sini
Deletenampaknya budaya kita tiada bezanya
DeleteSemoga arwah mak cik ditempatkan bersama orang yang beriman. Suka goodies tu, lain dari lain
ReplyDeleteWah, meriah betul pilihan makanan yang disediakan! Siap ada pakej durian tu 😍
ReplyDeleteAl-Fatihah buat arwah.
tu laa rezeki tetamu hari tu
DeleteUntung tetamu yg datang dijamu durian.
ReplyDeleterezeki depa
DeleteLo siento mucho espero que la ceremonia haya salido bien. Te mando un beso.
ReplyDeleteEsta bien. esta ceremonia es solo un día de recuerdo para mi difunta tía
DeleteSemoga pahala dari majlis ini mengalir juga kepada arwah isteri pakcik Anies....aamiin
ReplyDeleteterima kasih mudah mudahan.. aminnn
DeleteSemoga ia diterima sisi Allah swt
ReplyDeleteAlhamdulillah, banyak yang dapat rezeki. duriannya enak
aminnn
Deleterezeki tetamu dpt mkn durian
Lauk sedap-sedap.
ReplyDeleteBanyak menunya.
Khas ada durian. Hehe belum pernah pergi kenduri ada jamu durian.
rezeki tetamu mkn dpt pakej durian sekali😀
Deletemeriahnya siap ada goodies.. alfatihah buat semua yg telah meninggalkan kita
ReplyDeletetu laa macam dah trend skrg ni kenduri kecik pun ada goodies😀
Deletemeriah kenduri arwah dgn makanan2 termasuk durian..
ReplyDeletepakej durian rezeki tetamu
Deletesemoga arwah tenang di sana.. aaminn
ReplyDeleteaminnn
DeleteSemoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para solehin.. Aamiin..
ReplyDeleteAnies.. pacelis mangga tu apa?
aminnn terima kasih sha
Deletepacelis mangga = pajeri mangga
tak beda jauh dengan kami di sini ya kak, bedanya biasanya kami tahlil lepas sholat maghrib atau sholat isya
ReplyDeletedi sini pun sama tak kira waktu. cuma yang belum pernah buat sebelum subuh😂selepas subuh kami pernah buat
Delete