Pages

Tuesday, 25 April 2023

Sup ayam hutan

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Bahan-bahan:

bawang putih
bawang merah
halia
bunga lawang
buah pelaga
daun pandan
serbuk sup
garam
kentang
air
bawang goreng


cara memasak:

1. rebus ayam kira-kira sejam bersama bunga lawang, buah pelaga, garam dan daun pandan.

2. masukkan bawang putih, bawang merah dan halia yang siap dikisar ke dalam rebusan ayam. tambah air jika berkurangan dan sambung rebus kira-kira 1/2 jam.

3. bila ayam dah empuk, masukkan kentang dan serbuk sup. jika sup tawar, tambah sedikit garam.

4. hidangkan bersama taburan bawang goreng.

5. jika ayam direbus menggunakan pressure cooker, waktu rebusan boleh dikurangkan.



selamat memasak.

p/s mem besar sambung BW sebelah malam nanti...

42 comments:

  1. Wow.. bestnya.. daging dia beza tak dengan ayam biasa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dari segi rasa, sama. cuma daging ayam hutan sedikit kenyal. mcm ayam pencen. sbb tu kn rebus lama sikit

      Delete
  2. Terliur tengok sup tu. Wah! mana dapat ayam hutan tu?

    ReplyDelete
  3. Thanks for your sharing the recipe:)

    ReplyDelete
  4. Ayam hutannya bener2 ayam hutan yang diambil di hutan mbak? Rasanya bakal sama kayak ayam kampung ga si??

    ReplyDelete
    Replies
    1. ayam yang cjma tinggal di hutan sahaja. mirip ayam kampung tapi saiznya lebih kecil seperti burung

      Delete
  5. Wah, sup ayam hutan.
    Mana dapat ni?

    ReplyDelete
  6. Haritu kat kampung kami makan rendang ayam hutan. Sedap tapi liat sikitt

    ReplyDelete
  7. wow..sedap ni..mtk skit..:)

    ReplyDelete
  8. Mirip ayam kampungkah di sini?..hahaha sayapun sekarang masak ayam kampung dah tak lama"lagi,kan sudah ada pressure cooker baru😁🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam ayam kampung tapi saiznya lebih kecil seperti burung. dagingnya tiada lemak. tapi kena rebus lama sebab dagingnya sedikit liat

      Delete
  9. Ohhh ayam hutan lebih kecil lagi dr ayam kampung? Saya pas di Malaysia dulu, sebenernya agak bingung mau cari makan yg menggunakan ayam kampung kak, karena semua resto yg jual lauk ayam pasti pakai ayam broiler yg besar2 itu. Ntah memang tak ada, atau hanya sedikit restoran yang pakai ayam kampung, apalagi ayam hutan 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul. saiznya lbh kecil dr ayam bandar

      ya memang tak banyak resto ayam kampung. penternak ayam kampung tak seramai ayam bandar. jadi resto yg sediakan masakan ayam kampung pun tak banyak. kalau nak makan better masak sendiri

      Delete
  10. Buh daun pandan dalam sup ayam? Uih, rare resipi ni 🤓

    ReplyDelete
  11. Terus terang bingung juga dengan istilah ayam hutan ini Mbak.
    Tapi dijelaskan diatas mirip ayam kampung tapi kecil dan tiada lemak. Mungkin kalau di daerah jawa barat dikenal dengan "cangehgar", ayam liar yang hidup di hutan. Tapi "cangehgar" itu langka, kakek saya dahulu tahun 70-an masih sekali-sekali menangkapnya.

    Jadi, sup ayam hutan ini satu hidangan yang sangat special.

    Mohon maaf lahir dan batin, Mbak

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul. ayam liar yg hidup di hutan. tapi sekarang ramai orang bela.

      jauh betul namanya dengan nama 'ayam'😀

      Delete
  12. Wanginya daun pandan...mantaaap rasanya....yum...😋😋😋

    ReplyDelete
  13. Ayam hutan, daging dia keras sikit, kan. Ada orang kampung dulu, bagi sekor, dia selalu tahan jerat, hutan tepi rumah je. Makan sup dia panas-panas, slurrppp....

    ReplyDelete
    Replies
    1. yap betul. mcm ayam pencen. sbb tu kena rebus lama

      Delete
  14. Seronok dapat protein jarang jumpa.

    ReplyDelete
  15. mmg guna ayam kampung ke? kalau tak letak kentang mcm tak lengkap sup tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ayam hutan. jiran yg bagi. so msk sup je la plg sng. kentang or carrot wajib. kalu x jd sup hambarudin

      Delete
  16. ayam hutan ni dh la susah nk dpt... fuhh org kata byk khasiat dr ayam pelihara ni

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆