Pages

Tuesday, 7 February 2023

'Values exchange'

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Makin berusia ni, makin aku faham, bila kita berkomunikasi dengan orang, kalau bukan kita yang nak something daripada dia, mesti dia yang nak something daripada kita.

kita nak jumpa Marco Reus (😂), mungkin nanti kita lepak dengan dia, nak sembang fasal politik, sembang fasal bola dan bisnes; kita nak apa yang si Marco Reus tu ada, supaya kita pun ikut puas.

bila Marco Reus nak jumpa kita, kemungkinan besar kita ada sesuatu yang Marco Reus nakkan selama ni: nasihat, lawak jenaka, tempat meluah sebab injured lama, tips berniaga, etc. Marco Reus nak jumpa kita, Marco Reus nakkan sesuatu, supaya Marco Reus puas.

mak nak jumpa anak, mungkin sebab nak lepaskan rindu. peniaga nak jumpa mentor business, sebab nak dapatkan nasihat business. kita nak lepak dengan kawan, mungkin kerana kita kesepian.

mungkin aku boleh panggil ini sebagai 'values exchange' - manusia berkomunikasi dua hala, untuk mendapatkan sesuatu daripada pihak yang satu lagi tu.

bila orang cari kau, kau tahu apa yang diorang mahukan daripada kau? nilai yang kau ada supaya dia berasa puas berhubung dengan kau?

(kredit & diubah suai daripada: FB Mag Malaya Ahmad)

p/s lewat BW


46 comments:

  1. ada udang di sebalik batu ke maksudnya tu hehe.

    ReplyDelete
  2. sebaiknya jangan diharap apa2 dari sesiapa

    ReplyDelete
  3. betul sgt! contoh : kwn lama yg tak pnh contact tetiba wasap hati2 sbb ada dua je : 1)nak pinjam duit ataupun kedua 2)nak suruh beli mesin air/beli insurans/beli apa2 lah tp jenis memaksa huhuhuhu

    ReplyDelete
  4. Thanks for sharing.
    I invite you to visit my last post. Have a good week!

    ReplyDelete
  5. Thanks for sharing.
    I invite you to visit my last post. Have a good week!

    ReplyDelete
  6. Nice sharing.. Wah!! Nak buat GA.. tak sabar.. tak sabar..

    ReplyDelete
  7. singgah pagi jalan2 jenguk anies..:)

    ReplyDelete
  8. kita semua ada kepentingan sama ada bersifat komersial atau kebajikan... tanpa ada kepentingan tidak wujud values exchange...betul kan ?

    ReplyDelete
  9. Siempre es genial compartir. Te mando un beso.

    ReplyDelete
  10. Ah me olvidaba Azidahaka es un monstruo de tres cabezas. Te mando un beso.

    ReplyDelete
  11. berjumpa, utk sesuatu.
    bertemu, kita memberikan sesuatu :)

    ReplyDelete
  12. Itulah tidak suka orang lama tidak tegur tiba-tiba tegur.
    Value exchange patut sama-sama dapat.

    ReplyDelete
  13. Ibu plg tak suka org yg dtg menegur tu hanya suka nak tahu cerita hangat pasal kita saja. Iskkkk kepoci. Bila waktu lain diapun menghilang. Hurmmm!

    ReplyDelete
  14. bila baca entri ni terus bertukar perspeksi saya terhadap orang yang berkomunikasi dengan saya...emmm... 😢

    saya senang kalau orang terus be nice to me cause nanti I'll be kind to others too.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sounds good. cuma kdg kena berhati2 dan set limit jg

      Delete
  15. Sebagai seorang introvert, saya tak terlalu suka kalau harus bertemu dan ngobrol dengan orang yang tak terlalu saya kenal baik 😄. Apalagi kalo dah lama tak komunikasi, langsung negative thinking 🤣.

    Tapi anehnya, saya bisa cepat akrab dengan beberapa bloggers yang saya sering cakap di dunia Maya melalui blog. Lalu kami janjian ketemu, dan ternyata memang klik 😄. Kadang orang yang saya kenal secara online jauh lebih baik drpd orang yang dulu pernah saya kenal di dunia nyata 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. suasana sekeliling tu yang main peranan. di alam maya kita tak perlu lihat (judge) muka dan fizikal. jd kita rasa senang berbicara dgn strangers. tapi di alam realiti, kita pakai baju berbeza warna pun orang akan pandang atas bawah sebelum mahu berbicara dgn kita

      Delete
  16. manusia saling membutuhkan satu sama lain, mesti sepi bila tak bisa berkomunikasi dengan orang lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya. ini kerana manusia hidup bermasyarakat. bukan tinggal di hutan😀

      Delete
  17. sekadar nkkan yg baik2 ok. kalau ada maksud atau niat yg tersembunyi tu yg bahaya

    ReplyDelete
  18. Kita saling vergantung anyara satu sama lain

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆