Pages

Thursday, 12 January 2023

Vaseline Sensitive Skin Rescue

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Orang cakap, benda baik kena kongsi. so, anies ada barang 'baikkkk punya' khas untuk mereka yang ada masalah kulit.

anies tak pasti sama ada produk ni dah lama di pasaran atau sebaliknya. tapi... kalau ia bermanfaat untuk semua, why not kita hebah-hebahkan, rite?

fragrance free therapy cream ni anies guna masa ke Mesir tempoh hari. perubahan cuaca plus udara sekitar yang kotor; tak dinafikan boleh menyumbang kepada kegatalan dan kekeringan kulit.

anies kena both; kulit gatal dan kering. lepas tukar baju, tak sah kalau tak menggaru. bila sapu krim ni, Alhamdulillah... kurang sikit menggaru dan rasa tak selesa tu.

kat Mesir, debu padang pasir ni boleh menyebabkan kulit (mudah) jadi gatal. almaklumlah, kita tak biasa, kan? jadi kalau tak dibersihkan betul-betul, hmm 'kerok'lah jawabnya.

since bulan 11 adalah musim sejuk di Mesir, secara tak langsung kelembapan kulit turut berubah. anies ada try guna minyak baby Johnson, tapi tu laa... terlalu berminyak. tapi dengan krim ni, insya Allah kulit korang takkan rasa berminyak atau merengsa.

bila balik sini, masalah kegatalan dan kulit kering tak terjadi tapi benda lain pula yang berlaku. bila kena gigit nyamuk atau serangga, anies terus sapu krim ni. alhamdulillah... tak ada laa melarat-larat kegatalan tu.

korang boleh dapatkan krim ni di farmasi terpilih dengan harga RM10++ untuk isian 100ml. kalau tak silap ada isian 250ml dan harganya antara RM13-RM18 untuk 1 tiub.

oh ya, krim ni sapu kat badan je tau! jangan gatal tangan pergi sapu kat muka! karang lain pula jadinya!😂

rasa berbaloi beli krim ni untuk simpanan di rumah. so far dah nak masuk 3 bulan anies guna and masih ada lagi isiannya.

boleh baca tak?

tak berminyak dan cepat meresap. i like!

okey, tu jelah perkongsian untuk hari ni. entry ni bukan paid review ya. sebab tu ayat tunggang-langgang. 😂
thanks for reading. 
daa...

41 comments:

  1. Terima kasih sebab kongsi produk ni, Anies. Nanti nak carilah. Sekarang kulit saya mula mengada-ngada. Tak boleh salah sikit 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama sama. tu tanda wajib ada 1 tiub kat rumah ;-)

      Delete
    2. Ada 2 dah sekarang. Satu buat pakai kat rumah, satu dalam handbag 😉

      Delete
  2. Kalau saya pun suka krim yang jenis cepat meresap di kulit. Xsuka kalau berminyak ke apa. Kurang selesa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan... kalau payah meresap tu kita rasa mcm dia melekat kat kaju hehehe

      Delete
  3. vaseline ni mmg bagus sbb mengandungi petroleum jelly, untuk protect kulit dari suhu terlampau sejuk. bagus la skrg dh ada dalam bentuk krim senang nak sapu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kelebihan vaseline tu laa terbukti dah dari dulu keberkesanannya

      Delete
  4. eh ammi punya yg kat rumah tu brand ini ke brand Rosken ntah..tp lebih kurang ginilah packagingnya. memang terasa moist kulit tu bila pakai...nak-nak kulit ammi makin mngering bila dah berusia ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. semakin usia meningkat kelembapan kulit kita semakin berkurangan

      Delete
  5. kalo aku lebih ke vaseline yang orange kak, tapi gk tau ya , skrag kemasanya baru semua keknya ya kak

    ReplyDelete
  6. kalo aku lebih ke vaseline yang orange kak, tapi gk tau ya , skrag kemasanya baru semua keknya ya kak

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. ya kak. boleh apply kat tumit yg merekah. pakai sblm tidur👍👍

      Delete
  8. Wow ... Sampai di Mesirkah melancongnya?

    ReplyDelete
  9. Ibu skrg cari krim utk lembabkan kulit tapak kaki ibu. Dia dah keras x selesa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh guna krim ni. pakai sblm tidur. insya allah pulih

      Delete
  10. NIce sharing!! Boleh lah try ni nnt... sy pun ada mslh kulit kering... garu² sedap... hahaha.. x senonoh... nasib kena kt kaki org x nmpk

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila sila mmg bagus utk gatal2 jg

      Delete
    2. Semlm ke guardian lupa pulak.. sbb tu lah sy prefer watson mcm lg byk brg dia ada

      Delete
    3. betul. watson byk skit pilihan😀

      Delete
  11. kalau kulit sensitif memang bagus cari yang takde fragrance macam ni

    ReplyDelete
  12. Vaseline jenama yang boleh dipercayai

    ReplyDelete
  13. walaupun bukan paid review...bisa juga memberi manfaat kepada orang lain...ada pahala..

    ReplyDelete
  14. Terima kasih kongsi info losyen untuk kulit kering. Hehe kalau melancong luar negara waktu musim sejuk bolehlah bawa losyen ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yep wajib bw sbb kulit cpt kering then gatal2

      Delete
  15. yaya pakai jugak ni. memula dapat free tp lepas tu cam best je pakai. plus sbb kulit yaya mmg jnis kering..pakai ni teraso jgk la lombabnyo..ehehe

    ReplyDelete
  16. kalau dh guna dan sesuai utk kulit elok lah diteruskan/amalkan.. tambah skrg duduk malaysia pun kulit gatal2 kalau kena debu, air kotor

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. esp kalu kn air paip kotor cpt je gatalnya

      Delete
  17. Jenis Vaseline ini tak ada rasanya di Indonesia kak... Dah cari, belum ketemu. Tapi saya suka juga dengan brand Vaseline. Tapi jujurnya hanya saya pakai saat ke Luar negeri yang mana suhu winternya memang lebih membuat kulit kering. Kalo di Jakarta, saya tak terlalu suka pakai Vaseline, Krn agak lengket. Mungkin disebabkan humidity di sini lebih tinggi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin belum masuk market di sana lagi...takndinafikan vaseline antara produk penjagaan kulit terbaik

      Delete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆