Pages

Tuesday, 3 January 2023

Tapak Warisan Kota St John, Bukit Senjuang Melaka

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Sebelum tu, rasanya belum terlambat untuk anies ucapkan selamat tahun baru 2023 untuk semua rakan blogger yang dihormati, tak kira di mana saja korang berada, semoga sihat dan ceria di hari ketiga di tahun baru ni.

soalan cliché... apa azam tahun baru?😂😂 ke... tak ada azam langsung? atau pun sambung azam tahun lepas? 😂😂

tak kiralah sama ada korang punya azam atau sebaliknya, anies doakan semoga segala impian, usaha dan kerja keras korang membuahkan hasil atau dalam kata lain, tercapai dengan izin-Nya. amin...

okeylah... sebagai 'entry mukadimah' 2023, anies mulakan dengan cerita 'playing tourist'😁sebenarnya tak ada niat pun nak singgah sini pada mulanya. tapi alang-alang dah sampai, why not kita jenguk sekejap? lagipun tak ramai orang. masa anies sampai cuma ada seorang je kat sini. tu pun dia baru je selesai jogging.

apa yang menarik kat sini? nak kata menarik sangat tu, tak adalah. tapi kalau korang yang jenis sukakan sejarah mungkin berulang, budaya dan kesenian, apa kata singgah sini sekejap? boleh dapat ilmu baru tau!

ni... asyik asyik datang Melaka, pergi Kota A'Famosa. asyik asyik pergi Bangunan Merah (Stadthuys). asyik asyik pergi Jonker Walk. tu jelah kerjanya😂😂😂 sesekali meh ler singgah sini.

lagipun lokasi Tapak Warisan Kota St John ni bukannya jauh dari Banda Hilir. lebih kurang dalam 2-3KM je. plus, free entrance!

nak cerita panjang fasal tapak warisan ni, anies memang zero. jadi, korang tengok jelah gambar-gambar yang sempat anies snap ni ya!
 
ni betul-betul depan simpang dari Banda Hilir (kanan) nak ke Ujong Pasir (kiri). kalau guna Google Map / Waze, confirm tak sesatlah.

dah sampai...

laluan ke Tapak Warisan Kota St John. kena mendaki sikit. tapi jangan risau. laluannya landai je. kat sini juga lokasi favourite kaki kaki jogging terutama waktu pagi dan petang.

laluan sama tapi dari atas bukit...

sikit je lagi nak sampai. kalau tak ramai yang jogging, mereka akan park kereta kat atas ni. kalau tak, mereka park kat depan signboard kota warisan kat bawah...

lepas daki bukit, kena naik tangga. don't worry... tangga tak curam pun...


PAPAN-PAPAN TANDA MAKLUMAT YANG ADA DI SINI.

Pembinaan Kota Pertahanan

Gereja Katolik Di Zaman Portugis

Serangan Orang Aceh Di Bukit Senjuang

Bahan Dan Rekabentuk Kota


BAHAGIAN DALAM KOTA ST JOHN.


deretan meriam. sebagai kipas susah mati Arsenal, blogger Salbiah M tentu suka kalau dapat bergambar dengan meriam kat sini.🤭🤭🤭

bahagian belakang Kota St John. tak ada apa-apa kecuali ada sebuah meriam.

pondok lepaskan lelah (kiri gambar) dan pintu masuk Kota St John (kanan gambar)

scenery dari pintu masuk Kota St John. kat sini banyak monyet. jadi, jangan bawa makanan ya kalau datang ke sini.

kawasan ni memang dijaga dengan baik. ia dikelilingi pokok-pokok manakala di sebelahnya ada tangki air (tiada dalam gambar)

Kota St John dari bawah...

okey tu jelah cerita playing tourist kami😂😂😂

p/s lambat blogwalking...


thanks for reading
daaa....

30 comments:

  1. Baru ku tahu kota ini wujud. Saya minat team sejarah aje walaupun kena lauk dengan Brentford. macam best lak jogging sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. leng kali sokonglah tim setan🏃🏃🏃🏃🏃🏃🏃🏃🏃🏃🏃🏃🏃

      Delete
  2. Hehe betullah sayapun belum pergi.
    Ingatkan St John dekat dengan Kota A' Famosa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg tu Bkt St John atau nama baru dia Bukit Melaka😀

      Delete
  3. Wah!! Cantik berjaga kawasannya.. Seronok jalan-jalan camnie.. orang tak de.. relaks je..

    ReplyDelete
  4. Waaaa... rajin jenjalan... tak abis lagi jalan2 di Melaka...kak n abg ipaq ramai dok sana tu.. hiihihi...

    ReplyDelete
  5. Nampak sunyi je tu.. anies pegi time bila ni?

    ReplyDelete
  6. Que lindos paisajes, te mando un beso.

    ReplyDelete
    Replies
    1. una de las atracciones históricas de mi ciudad natal😀

      Delete
  7. Wow... Dah sampaiii ehhh... Tahniah 👍👍... Depan sikit boleh makan kuih station yang femes tue😘😘

    ReplyDelete
  8. Kat bawah ade kedai kuih station 👍👍

    ReplyDelete
  9. Sayaaaa sukaa sangat tempat macam nih kak ❤️❤️. Krn memang hobi jogging, dan rutin, jadi kalo nampak tempat yg sejuk, ada track jogging rapi , bawaannya tuh nak lari saja 😄.

    Boleh lah tempat nih JD bucket list saya kalo nanti ke Melaka yaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti dtg melaka cari hotel dekat dgn kota st john ni. boleh jogging pagi2 kat sini😀

      Delete
  10. cantik menarik juga tempat ni, sambil2 tu boleh membakar kalori juga

    ReplyDelete
  11. tak pernah sampai sini lg.. memang bersih dan terpelihara. sampah pun tak ada.. suka tgk suasana hijau

    ReplyDelete
    Replies
    1. sbnr nya org luar jrg ke sini melainkn dtg dgn org tempatan. kaw ni krg pemes berbanding yg lain2

      Delete
  12. aida lalu aje. tak pernah seumur hidup naik atas tau :) ha ha ah ha...
    tq la Nies sebab kasik view ni. org melaka baru tgk ni.

    few months ago baru ajak anak-anak ronda banda hilir.
    berjalan menyusuri sungai melaka tu.
    diorang walaupun anak melaka, lom abis cover negeri sendiri sejak lahir, Nies.

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆