Pages

Friday, 27 January 2023

Nha Trang, Vietnam: CCT Hotel

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Alhamdulillah... akhirnya perkongsian jalan-jalan ke Dalat & Nha Trang menemui noktahnya. fuhhh... hampir 3 tahun nak habiskan cerita ni. dah macam buat PhD😂😂😂 padahal penyakit M😂😂😂

so, dipersilakan klik link INI untuk baca perkongsian anies selama 5 hari 4 malam @ negara 'Nguyen' ni yek!

andaikata korang ditakdirkan ke sini suatu hari nanti, mudah-mudahan info yang tak seberapa ni boleh bantu korang untuk lengkapkan itinerary.

okey, berbalik kepada tajuk, CCT Hotel ni sangat strategik lokasinya sebab dikelilingi kedai-kedai, bangunan awam, berdekatan dengan pantai dan paling utama, cuma jalan kaki je untuk ke pasar malam terkenal di Nha Trang.

pun begitu, kami ter missed pergi pasar malam. pada hari kami tiba di Nha Trang, pasar malam dah tutup. kali kedua, pasar malam tak buka. hmm... tak apalah tak ada rezeki kami. dah sampai Nha Trang ni pun, dah cukup syukur. dapat pula menginap kat hotel yang selesa.

anies berkongsi bilik dengan mak cik. paling anies suka dengan hotel ni adalah perabotnya yang berwarna putih. ya, seluruh (bilik) hotel ni menggunakan perabot warna putih. dahlah anies suka perabot warna putih. so, bila melangkah masuk, hati terus berbunga-bunga!

bilik double bed ni sangat luas bagi kami berdua. kelengkapan seperti toiletries, WiFi, room service dan lain-lain semunya ada. tahap kebersihan bilik pun memuaskan.

seandainya korang berpeluang menjejakkan kaki kat Nha Trang ni, bolehlah cuba menginap kat sini. untuk semak harga, macam biasa... terjah website booking.com atau agoda.com untuk dapatkan harga terbaik ya!

dan macam biasa, sebahagian foto yang ada:

ni lah hotelnya...

main entrance. ahli rombongan kami tengah tunggu bas nak pergi sarapan.

lobi hotel. masing-masing tengah check luggage lepas selesai check out.

reception counter.

halaman hotel sebelah main entrance.

suasana depan hotel. ya, agak lengang kenderaan pagi tu... mungkin sebab masih awal pagi...

halaman hotel...

both are super single bed. Alhamdulillah, tilam dan bantal empuk. letak kepala terus💤💤💤

bilik air yang luas. air paip pun laju. anies suka singki lebar macam tu😁

TV, meja, mini chiller, kipas dinding, air cond dan balkoni melengkapkan lagi kemudahan yang ada. kerusi putih tu dipanggil lounge chair, kan?

almari baju. berkenan sangat anies dengan almari ni. kalau dekat, anies beli sebijik🤭

balkoni...

lepas bersarapan @ Restaurant Karim Champa, kami terus ke sini. nak balik 🇲🇾 daa...

flight kami berlepas pada jam 12.05 tengah hari. Alhamdulillah, semua proses kastam & imigration berjalan lancar.

bye bye Nha Trang! ada rezeki kami datang lagi. mudah-mudahan korang yang baca entry ni juga ada rezeki untuk ke sini suatu hari nanti. aminnn...

thanks for reading.
daaa

46 comments:

  1. Ein tolles und sehr komfortables Hotel!
    Ich wünsche dir ein angenehmes Wochenende und schicke dir ganz liebe Grüße
    Christine

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wenn Sie eines Tages die Gelegenheit haben, Nha Trang zu besuchen, dann wählen Sie dieses Hotel! jeden Cent wert!

      Delete
  2. Uishhhh bestnya. Jauh perjalanan luas permandangan. ;)

    ReplyDelete
  3. Tahniah anies!! Bagusnya anies dpt jugak habiskan review jalan2.. kalau sy terus malas nak sambung.. byk gambar tp mls nk taip.. hihihi.. apapun mmg byk info dr blog anies dan sal.. psl turkiye smpai sy bercerita dgn husband psl trip turkiye sal.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih. terpaksa gigih jg buat 😁😁😁amboiii smpi mcm tu skali ya? mcm dah tak lama je lg ke turkiye nmpk nya tu😀

      Delete
  4. Bila lah dapat terbang lagi ni. Passport dah memanggil-manggil

    ReplyDelete
  5. Oo ni visit 3 tahun lepas ke anies? patut la sekejap kat singapore sekejap kat vietnam hehe. penceritaan yang menarik, walaupun dah 3 tahun berlalu. klu sis mmg dah bungkus cerita sbb dah tak igt hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. yap penyakit M punya psl laa ni. terpaksa gigih buat sbb nnt lupa😁

      Delete
  6. What a wonderful place. Have a nice day!

    ReplyDelete
  7. Tahniah!
    3 tahun wow!
    Itulah, saya mahu cepat-cepat tulis entri selepas balik merantau. Sama ada terus siap, atau memakan masa hingga bertahun, atau langsung tak tulis.

    ReplyDelete
  8. that hotel is so simply beautiful. i will stay there if i'll visit Vietnam.

    JULIE ANN LOZADA BLOG
    INSTAGRAM: @julieann_lozada

    ReplyDelete
  9. nampak bersih cantik bilik hotel tu anies

    ReplyDelete
  10. perghh..bagus entry dia..dari zaman sbln covid smpai covid dah habis (covid xkan habis sampai bila2) baru habis entry dia...hehe..anies dah tak main gitar ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe penangan penyakit M mcm tu laa cik nor hahaha

      tak main dah... cari selera baru hahaha

      Delete
  11. Pengalaman yang menarik travelling ke Vietnam. Melihat hotelnya terlihat klasik tapi cukup nyaman

    ReplyDelete
    Replies
    1. berhampiran pantai... itu antara tarikan utama hotel ini😀

      Delete
  12. Sempurna hotel Anies mrnginap. Strategik dan selesa.
    Amin. Semoga ada rezeki walaupun sekarang tiada rasa untuk melancong.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... antara kelebihan g dgn agent tu laa dpt hotel selesa😀

      Delete
  13. ada berpendapat gadis Vietnam cantik...sebab itu nak pergi ke negara ini suatu hari nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy bc kt twitter smlm. ada org luar ckp pompuan vietnam bau bdn mereka semcm😁😁

      Delete
  14. Waah iyaaa, warna putih membuat kamar tampak lebih luas dan bersih. Cantiiiik kamarnya kak 👍. Lobby pun terlihat nyaman. Saya pun suka wastafel lebar macam tuh, Krn air tak terpercik kemana2 😄.

    Pengen sangat balik Vietnam. Nak eksplor kota2 lainnya termasuk Na thrang ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn... nmpk nya kita sehati sejiwa. suka sink besar😁😁 haaa lps blk US ni bolehlah plan ke Vietnam pula😉

      Delete
  15. Ini memang epik. Hampir 3 tahun nak sudahkan cerita ya. Saya kena baca dari mula nampak gayanya ni 🥰

    ReplyDelete
    Replies
    1. 😂😂😂 sy ok lg 3 thn. blogger nina dah 6 thn cerita taiwan

      Delete
  16. By the way, tahniah Anies! Yuri is proud of you hahahah

    ReplyDelete
  17. Aamiin.. Manalah tahu ada rezeki nantikan..
    Suka Sha tengok bilik hotel tu.. Cantik sangat.. Gaungan warna dia tu memikat hati dan mata..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn... bla gn perabot putih tampak tenteram je

      Delete
  18. tq for sharing, Nies.
    aida ni kalu di blog ni, baca satu-satu.
    kumpul maklumat kata nyerrr kan :) ha ha ha ha...
    pergi nyer ntah kan bila.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pe. mana tahu rezeki kan. tgh kumpul info ada org sponsor tix ke sana😀

      Delete
  19. memang cantik hotel ni.. semua cantik2 perabotnya. bunga tu kekwa ke taik ayam. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik 1 hal. kayu tebal tu yg best. berat. sy suka

      bunga kekwa

      Delete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆