Pages

Friday, 16 December 2022

Singapore: shopaholic abroad - Bugis Street

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Bersambung dari SINI.

kami sangka lepas keluar dari Gardens by the Bay, bas yang kami naiki ni akan berhenti depan restoran.

rupanyaaaaa..... our tour guide bawa kami pergi shopping. katanya, sila habiskan duit siap siap! lepas ni kita nak enjoy sampai ke malam!😂

tapi anies taklah habiskan duit kat sini. beli apa yang rasa patut beli je. coklat dan souvenir antara yang utama. yang lain-lain tu, kalau berkenan baru beli.

Bugis Street ni memang tak asing lagi, baik bagi warga Singapura mahu pun pelancong. kalau nak dapatkan barang murah... hah, di sinilah lubuknya! (murah ke?)

nak kata murah sangat tu... tak ada laa... tapi bila mana boleh dapat coklat Cadbury berharga SGD1, siapa yang tak rambang mata, kan? haippp!!! janganlah convert ke RM. confirm sampai ke sudah tak membeli😁

kami habiskan masa kat sini lebih kurang sejam setengah. yelah... nak membelek itu ini... memang perlukan masa panjang. esp. orang perempuan. ye dok?😂

gambar yang ada pun tak seberapa. bukan sebab cuaca panas tapi sebab angin malas + kebuluran sudah melanda😂

so terimalah...

kami masuk ikut pintu Princess Street. tapi kami keluar ikut pintu Prince Street sebab bas parking kat sini. disebabkan tak snap main entrance, cukuplah ada bukti yang ni... tanda kami dah pernah sampai sini😂

kami tak membeli dalam bangunan dulu sebab merayau-rayau adalah agenda utama😂😂 kami ke main entrance Bugis Street yang mana terdapat banyak gerai buah-buahan kat sini. gerai buah ni dah macam 'signature' kepada Bugis Street. maksud signature ni merujuk kepada pintu utama Bugis Street yang mana, korang akan jumpa dulu gerai buah-buahan terlebih dahulu sebaik saja tiba sini. harga buah-buahan kat sini, ada yang murah, ada yang mahal. tepuk poket tanya wallet: "duit cukup tak?"😂😂😂

sebelah gerai buah-buahan - tempat kami borong coklat (pintu belakang rak). tak tahu apa nama kedainya. sekali tengok macam HIG Langkawi. sorry... tak ada foto dalam kedai ni... sibuk membelek coklat😂😂


SUASANA DALAM BUGIS STREET


rasanya setiap hari ramai je manusia yang datang ke sini...

barang-barang yang dijual hampir sama. maksud anies, kalau kat sini jual phone case, selang dua tiga kedai pun, jual phone case. harga pun sama je.

kadang, benda macam ni bukan tak ada/dijual kat negara sendiri. bila datang negara orang tetap ada rasa nak membeli juga. 😂😂😂... siapa ada perasaan macam tu? baik mengaku!😂

oh ya, ada yang beritahu anies, kalau datang ke sini pastikan beg yang dibawa, diletakkan di 'hadapan' untuk elakkan penyeluk saku

macam anies cakap sebelum ni, pergilah mana-mana ceruk dunia ni, yang nama kedai baju is everywhere...

bila dah beli, tetiba ko jumpa barang lain yang lagi menarik. tengok purse, dah kempis😂😂😂 sudahnya... cuci mata jelah...


okey... tu je perkongsian untuk hari ni. thanks for reading.

daaaa

50 comments:

  1. Yang sebenarnya perasaan dan suasana nak membeli belah di tempat orang tu best.. Hihihi bukan bermakna dkt tempat kita x ada kan?! ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. tu belum kira yg menghasut suruh beli hehehe

      Delete
  2. gambar last sekali tu, bag 3 for $10 tu confirm saya pun borong jugak hehe. Sesuai utk buat souvenir sbb ada imej Singapore.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha mmg ramai yg memborong beg tu selain magnet... siap yg minta tawar lg hahaha

      Delete
  3. BELI JA ANIES MANA YG BERKENAN

    ReplyDelete
  4. kalau kat negara sndri memang x pandang tmpt2 sorvenir ni. kalau tmpt org, situ la duk kerumun kan

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. online shopping is fun. but when we are abroad, there is no other choice haha

      Delete
  6. What a quite a crowded places ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. it's normal... public places are always crowded

      Delete
  7. Sayaaaaaa, selalu pun kayak gitu kak 🤣🤣. Padahal di Jakarta pun banyaaak yg jual aksesoris dan coklat, tapi tetaaaap je tiap ke sing dan Malaysia selalu borong coklat dll 🤣🤣. Tapi memang ada beberapa barang yg saya lebih suka produk luar nya daripada yg dijual di Jakarta . Contohnya Milo. Lebih enak yg punya malaysia 😄.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya faham.... orang perempuan... so tak nak order ke milo dari malaysia? heheh

      Delete
  8. Memang syurga membeli belah ni. Mesti ada je yang terbeli kalau dah datang. At least benda comel comel untuk bagi ole ole ke kan. Nak berhabis duit memang taklah. Kalau duit tak ramai memang risau nak shopping lebih²..hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sgt. tak beli nnt ralat. tak pun asik teringat2 lps tu menyesal sbb x beli. ishhh payah betullah org pompuan ni bila bab membeli belah ni hahaha

      Delete
  9. Sebenarnya lagi elok makan dahulu sebelum shopping. Baru seronok. Semangat membara untuk membelek barang.
    Baru tahu Bugis Street tempat jual barang murah. Saya pula jenis malas sedikit shopping kecuali ada niat hendak beli sesuatu tapi tiadalah borong. Back kata Anies tepuk pada poket.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yap betul tu NA tp ada sebab rupanya kenapa kami disuruh shopping dulu sblm lunch selain suruh habiskan duit. nnt sy share kenapa lps entry ni hehehe

      Delete
  10. Eyh..ingatkan orang kata crime rate kat Singapore rendah. tipu rupanya. Tak jual kain ela ke kat sini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya ke? xtau plak psl tu

      ko jgn sebut2 kain ela eh!😁

      Delete
    2. hahaha. saja bakar line. jom la gi Tokyo cari Japanese cotton. tak jumpa gak kita beli baju sailormoon

      Delete
    3. japanese cotton? cari kat 'Nagoya' je😂😂

      Delete
  11. Dulu2 org kampung buat rombongan ke singapore ..menyoping.
    Mak akak salah seorg .

    ReplyDelete
  12. murah jugak tu coklat rege 1SGD. kalau saya pun borong banyak!
    hahah tapi bak kata akak, awal2 ni jangan perabis duit dulu. kotla next tempat guide bawak tempat shopping yang lebih murah ke kann

    ReplyDelete
    Replies
    1. sbnr nya tu perangkap hehehe betul tu. kot jumpa kt tempat lain yg lg best purse dah kempis

      Delete
  13. What a wonderful shops! Have a nice day.

    ReplyDelete
    Replies
    1. it is one of the cheapest bazaars in Singapore

      Delete
  14. masa bershopping wajib jaga emosi agar tidak teracun

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg jaga sangat... jgn lupa daratannnn hahaha

      Delete
  15. Bom início de semana com muita paz e saúde minha querida amiga.

    ReplyDelete
  16. Tak berani pi Spore
    Duit kita jadi kecik kat sana

    ReplyDelete
  17. Ni dh mcm pasar phillippine kalau pergi ke kota kinabalu ni... hehehe... rambang mata semua brg nk beli nk buat souvenir

    ReplyDelete
    Replies
    1. yep hampir sama... bezanya pasar ni betul2 tgh bandar dikelilingi bangunan tinggi2 belaka ;-)

      Delete
  18. murah tu cadbury sd1.. kalau dh shopping tu mmg tak kisah kat mana pun kalau terasa nak beli, beli juga kan

    ReplyDelete
  19. teringin nak masuk Singapore.. selalu juga baca yg travel by group , masuk sehari jew tak perlu overnight ...dalam my wishlist... tunggu duit RM jadi beso sikit :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya cik tim byk dah travel agensi buat. kita pn x payah penat2 nk drive. tambah pula cas utk kenderaan persendirian dan tiket parking mahalllll

      Delete
  20. ada org bg baju SG pun dh happy.. hahah walaupun tak pernah terjah sini lg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah... tu tandanya suh dtg ke sn nnt😀

      Delete
  21. buah bulat tu mcm laici tp asal warna hijau. ke buah lain tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. yap laici muda... tp sm je harganya dgn yg merah

      Delete
  22. ntah bila nak sampai negara sebelah..padahal ada je saudara mara disitu

    ReplyDelete
  23. i will be here soping soping next year :)
    in shaa Allah.

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆