✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Majlis kenduri kahwin sepupu anies ni adalah kenduri paling penat pernah kami alami. sebabnya? kami tak guna khidmat katering / buat majlis kat dewan. so, dari A sampai Z... semuanya handle sendiri. but once majlis selesai, rasa lega tu tak terkata!
salah seorang mak cik anies cakap, cukuplah! ni kenduri kahwin terakhir yang buat kat rumah. lepas ni no more rewang rewang. bukan kami nak lupakan budaya rewang tapi kudrat yang ada tak mampu lagi nak buat itu ini.
kata mak cik anies lagi, orang sekarang tak macam orang dulu. boleh settle macam-macam hal. kenduri kahwin 10 anak pun, boleh relaks je tanpa guna khidmat katering. tapi sekarang... tak mampu dah. penatnya masih terasa sampai hari ni. rasa nak pergi spa atau cari tukang urut sekarang! 😂😂
well, disebabkan macam-macam kerja kena buat, jadinya gambar yang ada pun so so jelah. apa-apa pun barakallahulakuma buat sepupuku, Solehah. semoga kekal berbahagia hingga ke syurga... aminnn...
sehari sebelum kenduri - majlis nikah dilangsungkan di masjid lepas solat Jumaat.
malam sebelum kenduri - adalah suatu kebiasaan bagi kami kalau tetamu hadir sebelum kenduri sebenar. sebab masing-masing kan ada urusan...
malam sebelum kenduri - rewang: potong daging. selalunya orang lelakilah yang buat selain kerja-kerja kupas bawang. dah lama tak tengok 'scene' macam ni, kan?
pagi sebelum kenduri - tukang masak sibuk memasak juadah bersama-sama pembantunya.
hari kenduri - menu yang disediakan:
daging masak asam
ayam masak black pepper
nangka masak lemak campur perut lembu
lontong + sambal
pacelis mangga
ikan masin goreng
sambal belacan
sambal mangga
sambal tempoyak
jambu + nanas + mangga potong
minuman: oren Sunquick sejuk
fuhhh... berderet punya menu. tapi... menu yang best semuanya 'licin' sebelum pukul 1.00 pm! nasib laa... siapa datang lambat dapat tray kosong😂😂
hari kenduri - masa ni belum kemuncaknya lagi. sekitar jam 11.45 pagi ke 1.00 tengah hari... area sini memang padat dengan tetamu!
mak cik anies cakap, dia jemput sekitar 500 orang je. tapi kami rasa, yang datang lebih 500 orang!
hari kenduri - keadaan dah reda sikit tapi masih ada lagi tetamu yang bertandang.
hantaran daripada Solehah. hantaran daripada Munib terlupa nak snap 😂😂😂
pelamin pilihan Solehah. punyalah sibuk, nak bergambar dengan pengantin atas pelamin pun tak sempat.
majlis bertandang ke rumah Munib, hari berikutnya - antara 'lauk pengantin' yang disediakan untuk keluarga anies yang hadir. gambar-gambar masa majlis bertandang tak sempat nak snap sebab rushing. ada hal lain kena settle lepas tu.
okey, tu jelah perkongsian untuk hari ini.
thanks for reading & comment.
daaa...
p/s ada kejadian tak diingini berlaku pada pagi kenduri... nanti anies share. stay tuned!
lain merewang dulu ngan sekarang...sekarang byk yg datang leka main henpon, borak. tangan tak bergerak.
ReplyDeletetu laa nk marah, anak org... krg mak dia menjeling, habislah kita
Deletefuhhh penat kalau rewang. huhu.. nasib baik last. haha. apa pun tahniah dan selamat pengantin baru. tunggu kenduri anies pulak. haha
ReplyDeletekenduri sy kat bulan😂
Deletemahalnya kos nk pi. hahaha
Deleteg melalui mimpi je. FOC😂
Deletecantik juga pelamin tu tp tak boleh duduk ramai2 la. tak psl tak nampak pelamin
ReplyDeletekazen sy yg plg kecik, tanya mak dia knape kerusi pelamin mcm tu? (tak ada penyandar)😂
Deleteyelah mmg tak boleh sandar.. tak pasal runtuh pelamin. haha
Deletedia xpenah tgk laa tu kerusi mcm tu. nasib dia x terlentang ke blkg😂
Deletehahaha.. mungkin tak semua pelamin ada mcm tu
Deleteyap betul. kerusi pelamin pun mcm2 dah skrg
DeleteSemoga kedua mempelai kekal bahagia ke Jannah...Yang pasti kawin itu best dan tanggungjawab juga berat hehehe
ReplyDeletedi sebalik 'best' terselit tanggungjawab bsr
Deleteaku syak masak lemak nangka tu habis paling cepat kan?
ReplyDeletenope. ketiga2 sambal yg laku keras😁 kedua br msk lemak
DeleteAla, ingat jawapan tepat boleh dapat bunga telor
Deletebunga ada, telur mahal😂
Deletewow so many people!
ReplyDeleteour wedding ceremony always like that😀
Deletebestnya kerjasama uruskan wedding. zaty teringin nak merasa. hehehe. tahniahh buat mereka. semoga bahagia hingga ke anak cucu. <3
ReplyDeleteok suh calon tu cpt2 msk meminang nnt bleh ajak kami rewang🤭
DeleteAda lagi rewang. Masa jecil-kecil pernah rasa. Siap masa itu lauk berhidang bukan buffet. Hehe penat itu.
ReplyDeletesy merasa jg yg berhidang tu. ni gn bufet. kalau berhidang double penat kot😁
Deletewahh sonoknyer kawen., aminn
ReplyDeleteseronok hadir dgn tanggungjawab wak😀
DeleteFelicidades
ReplyDeletegracias😀
Deletecantiknya deko pelamin selamat pengantin baru solehah n suami berbhgia tiasa
ReplyDeleteaminnnn
DeleteBoa noite minha querida amiga. São pessoas de todo mundo que passaram no The Maze. Quando eu fui tinha uma francesa e uma belga.
ReplyDeletesoa bem! Espero um dia ter a chance de visitar o Labirinto.
Deleteselamat untuk pengantin baru...
ReplyDeletepa kabar mbak Anies??
alhamdulillah sy sihat, mas😀
DeleteFuh... memang penat kerja-kerja rewang ni. Kebaikannya jimat sikit compare bayar catering, boleh mengeratkan hubungan ahli keluarga sbb sama2 bergotong-royong menyiapkan majlis. Tapi sebaliknya pulak banyak tenaga digunapakai dan ahli keluarga tak sempat sangat pun nak bergambar dengan pengantin sebab sibuk dengan tugas masing-masing.
ReplyDeleteSedap2 lauk kenduri tu, ni yg teringin nak pegi kenduri kawen ni :P
bergotong royong mmg bgs tp tu laa byk tenaga tua je yg buat keje. anak muda dok main hp je😁
Deleteso much jummy food!
ReplyDeleteour wedding ceremony means full of food as well🤭😀
DeleteUish!! Lama tak tengok aktiviti rewang.. selalu kenduri sekarang amik catering je.. Rewang ini walaupun penat dapat rapatkan ukhwah.. Memang terbaiklah.. Menu pun mengancam..
ReplyDeleterapatkan ukhwah tu pasti. tp penat tu double pasti😁
DeleteSyoknya suasana rewang! Meriah dapat berkumpul ramai-ramai, lepas tu dapat hidu pelbagai aroma masakan yang sedap-sedap!
ReplyDeleteBanyak betul menunya!
mmg meriah kak. part lauk tu biasalah. yg planning dgn tukang masak, 4 jenis. tp yg dihidang atas meja sampai 8 jenis😁
DeleteA very good post. Regards.
ReplyDeletethanks dear👍
DeleteSelamat pengantin baru buat kedua mempelai..
ReplyDeleteterima kasih (bg pihak pengantin)
Delete
ReplyDeleteSelamat pengantin baru buat Solehah + Munib
terima kasih (bg pihak pengantin)
DeleteFuhh..dapat bayangkan penat dia macamana. Sebab tu sekarang orang memilih untuk order katering je. Lama tak nampak suasana rewang macam tu. Meriah! Cepat betul lauk habis tu. Menu lauk pun sedap sedap. Selamat pengantin baru untuk sepupu Anies yang paling rapat :) Semoga berbahagia sampai syurga. Aaamiin...
ReplyDeleteya fiza. bla penat mcm ni mmg nk cari katering je. kudrat kita x mcm org dulu
Deletekami pn x jangka lauk tu cpt habis. yalah... lauk biasa je kan... rupanya ramai peminatnya
aminnn terima kasih on behalf pengantin