✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Bersambung dari SINI.
😂😂😂😂😂😂😂😂... punyalah panjang ceritanya... tak habis-habis lagi ya kisah kat Vietnam ni?
ya betul. cerita jalan-jalan kat Vietnam ni tak habis lagi sebenarnya. kalau congak, rasanya ada dalam 10 entry lagi kot baru habis. warghhh... larat ke tuuu...
tak apalah. anies kayuh slow slow sampai habis. bosan pun bosanlah. korang boleh skip terus. macam yang pernah anies beritahu sebelum ni, blog ni kalau tak ada cerita basi, bukan blog aniesandyou.blogspot.com namanya. kannn...
.
.
.
well, berbalik kepada tajuk. perjalanan kami dari masjid di Kampung Cham ke restoran ni memakan masa hampir 2 jam. masa kami bertolak, jam menunjukkan hampir 6.00 petang.
sepanjang perjalanan, suasana di selubungi warna suram sebab hari nak senja. beberapa kali jugalah kami tersengguk, tertidur... tapi destinasi yang dituju masih jauh. perut pula sudah beri isyarat kelaparan.
mata terus terjaga bila terdengar enjin bas dimatikan. anies terus perhatikan kawasan sekeliling. sunyi dan sedikit gelap. tapi bila terlihat deretan rumah teres dua tingkat, dalam hati mengagak, kami mungkin dah sampai hotel.
tapi rupanya... bas berhenti di hadapan restoran! tanpa berlengah kami terus masuk dan cari tempat duduk. lauk-pauk telah dihidangkan. bila semua peserta rombongan dah duduk, pelayan restoran mula mencedok nasi.
anies memang tak tunggu lama. basuh je tangan, terus capai lauk dan ngap! serius! betul-betul kelaparan!
FYI, sepanjang kami berada di Nha Trang, di sinilah kami bersarapan, makan tengah hari dan makan malam. kata our tour guide, restoran ni kepunyaan seorang mualaf. beliau memeluk Islam ketika di usia 16 tahun.
beliau mendapat biasiswa daripada kerajaan Vietnam untuk sambung pengajian di sebuah pasentren di Indonesia selama 3 tahun. sekembali ke Vietnam, pelbagai kerja dilakukannya termasuklah menjadi imam masjid. kemudian, dengan sedikit modal yang ada, dia buka restoran ini. dan namanya (Islamnya) ialah Karim.
so, kalau ada rezeki korang ke Nha Trang, singgahlah ke sini. kata our tour guide lagi, Karim berhasrat nak hantar lebih ramai lagi mualaf ke Indonesia atau Malaysia untuk belajar agama hasil daripada bisnes restoran ni.
untuk itu, kami doakan semoga usaha Karim diberkati dan perniagaannya terus maju dan cita-citanya tercapai.
sebahagian gambar yang ada...
main entrance. masa ni kami datang untuk makan malam.
kebanyakan lauk-pauk yang ada sama macam kat Malaysia. yang nama telur dadar tu, memang wajib ada. 3 hari makan kat sini, 3 hari jugalah kami jamah telur dadar.
suasana restoran pada waktu siang. restoran ni boleh memuatkan 40++ pengunjung dalam satu masa.
kat sini juga korang boleh dapatkan tudung, baju muslimah, makanan kering halal dan lain-lain. secara tak langsung bila membeli, kita bantu Karim. oh ya. surau dan tandas pun ada.
Karim, yang pakai kopiah putih, tengah bersembang dengan tour guide kami (pakai cap hitam)
gelap pula gambar. kalau tak silap, ni lunch terakhir kami di Nha Trang.
okey tu jelah cerita basi yang anies sempat share untuk hari ni. thanks for reading anf comment.
daaa
p/s lambat BW🙏🙏
Interesting meals , thanks for your sharing...
ReplyDeleteyou're welcome👍
DeleteSedap lauk pauk nya.. Semoga tercapailah impian Karim.. Aamiin!
ReplyDeletememang sedap tp cuma x pedas mcm lauk kita😀
DeleteBoa noite minha querida amiga. Passando para desejar um bom final de semana.
ReplyDeleteobrigado pelo seu desejo
DeleteParece un buen restaurante. Te mando un beso.
ReplyDeleteAsí es. lo cocinó un chef local
DeleteBestnya dapat jjcm ke vietnam
ReplyDeletecerita lama wak🤭
DeleteHarap hasrat murni Encik Karim dipermudahkan.
ReplyDeleteLauk nampak ringkas.
aminnn... ya ringkas dan x pedas
DeleteCool place :D
ReplyDelete😀👍
DeleteTerpikat dgn menu vietnam ..sihat dan menyelerakan.
ReplyDeletetp kurang pedas heheh
Deletesedap nampak masakannya sesuai selera anies ya
ReplyDeleteya kak sama mcm kita kat sini. cuma kurang pedas je
DeleteJanji ada cerita nak disampaikan Anies.. Syok je baca pengalaman travel orang..
ReplyDeleteSemoga bisnes Karim tu semaki maju untuk beliau tunaikan hasratnya..
kena gigih sha lps 'rehat' panjang hehehe
DeleteCik, pada foto pertama nampak seperti ikan bakar ya. Sungguh menggoda
ReplyDeletetu ikan bawal masak stim, mas
Deleteaku dah malas nak sambung cerita Vietnam. Cerita Turki pun tergantung macam Parlimen Malaysia. haha
ReplyDeletesian dia...gantung tak bertali ke mcm mn ni? hehehe
DeleteWoW this restaurant looks interesting. I loved the foods table. Looks very colorful and tasty. Greetings.
ReplyDeleteit's Champa's cuisine. quite simple and not too spicy
Deletesampai sekarang belum lagi terbuka hati nak berjalan2 ke vietnam. harap satu hari nanti terbukalah hati ni nak ke sana hehe. menu kat sana nampak simple je ye.
ReplyDeletepergilah. tp bkn ho chih minh city😁
DeleteLama juga nak sampai ke sini ambil masa 2 jam. Lauk pauk ala Malaysia berselera makan. Kena slow slow habiskan entry travel. Takut lupa :p
ReplyDeletelama sbb speed limit kt sn 60 km/j je. tu yg tiba lmbt
DeleteOhh patutlah pun. Kematu bontot duduk lama².huhu...
Deletelauknya macam kat rumah kita kan
ReplyDeleteya sm cuma x pedas
Deleteteringat makanan vietnam.. alahai rindunya nk mkn biji teratai. hehe. semoga usaha karim tu allah permudahkan. Aamin
ReplyDeletebkn ke mkn biji teratai kt cambodia?
Deletehahahah.. lupa pulak kt cambodia
Deletehaaa
Deletejangan jd mcm nina entri taiwan, tak muncul2. astaga
ReplyDeletemana laa peginya yek😁
Deleteada dlm pendrive. mls nk edit gambar. ya ampun
Deletex yah edit. sumbat je
Deletetgk nama ingatkan sejeni mamak hihi.. sedap2 lauk dia tu
ReplyDeletesimple je tp tu laa x pedas sgt
DeleteSayang sangat waktu saya ke Vietnam hanya main di HCMC, tak sempat jelajah kota2 yg lain. Padahal teringin sangat. Kuliner nya nampak sedap kak Anies 👍. Ini cendrung Melayu Yaa sepertinya. Saat dulu ke ho chi Minh, saya puas-puasin makan beef pho. Tapi kalo teringin makanan yg lain, Indian resto lah larinya 😄
ReplyDeletenanti ada rezeki mbak fanny boleh ke Nha Trang, Dalat, Danang etc. ya kuliner nya cenderung melayu champa. cuma tak pedas je. sebab tu ramai bawa sambal dari rumah hehehe
Deletewarrghh sedapnya beef pho! fav saya tu!