✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Hari ni Jumaat pertama Ramadan. so apa khabar puasa kalian?
>>::<<
well... nak cakap siap-siap! ni cerita 2 tahun lepas. biasalah... anies dan cerita lapuk & basi memang serasi bersama. kalau korang sudi nak baca, anies ucapkan terima kasih banyak-banyak. kalau tak, korang boleh skip terus ya.
cerita jalan-jalan ni bersambung dari entry INI. jemputlah baca ya.
p/s Ninh Thuận adalah satu daripada wilayah (province) di Vietnam.
>>::<<
dari ladang teh, bas yang kami naiki terus bergerak menuju ke suatu destinasi yang kami sendiri tidak ketahui. sepanjang perjalanan yang memakan masa hampir sejam dengan kelajuan 60KM/jam, kami dihidangkan dengan pelbagai pemandangan desa yang mengasyikkan.
dari gunung-ganang ke sawah padi. dari rumah penduduk kampung hingga ke pekan kecil, kami menyaksikan suatu keadaan yang pastinya tiada di tempat lain.
tengah syok syok layan pemandangan sawah padi, tiba-tiba bas membelok masuk ke lorong kecil. dalam hati cakap, "ceruk mana kitorang nak pergi ni?"
belum habis berfikir, kedengaran enjin bas dimatikan. anies perhatikan di sebelah kanan ada sawah padi manakala ada bangunan seperti sebuah kilang di sebelah kiri.
bila seorang demi seorang turun dari bas, anies pun ikut serta. kami berjalan masuk ke bangunan yang dikatakan kilang tadi. setiba di suatu ruangan luas, masa tu baru kami tahu, rupanya kami sekarang berada di ladang anggur!
dia punya excited tu memang tak boleh bawa bincang. selepas diberi penerangan oleh pihak kilang, kami terus tuju ke belakang bangunan.
speechless! ternganga! terkagum! terkesima! ladang anggur yang sangat besar dan luas manakala anggur-anggur yang sedang ranum terjuntai-juntai dan menunggu masa untuk dituai! jadi gila sekejap bila tengok keadaan tu. tak cukup kamera, handphone pun kami guna untuk selfie dengan anggur. 😂😂😂selain anggur, mereka juga ada menanam buah-buahan lain tapi jumlahnya tak sebanyak anggur.
dah puas jelajah ladang anggur, kami pun masuk semula ke dalam bangunan kilang. pihak kilang ada menyediakan kudap-kudapan yang diperbuat daripada anggur.
lepas makan, kami beli sedikit oleh-oleh. apa lagi kalau bukan anggur! harga sekilo, kalau convert to RM lebih kurang RM8 je. anies tengok, masing-masing (ahli rombongan) macam dah lupa daratan bila beli anggur berkilo-kilo. macam laa tak ada anggur lagi dah kat Malaysia tu! 😂😂😂😂
selesai membeli, kami pun naik bas semula dan bertolak ke destinasi seterusnya. ke mana? nanti anies sambung...
sebelum tu, jom layan gambar-gambar yang sempat anies snap ni. enjoy!
inilah kilangnya (main entrance). depan kilang ni ada sawah padi. gambar ni anies pinjam dari sini (credit photo) sebab hari tu tak sempat nak snap untuk simpanan sendiri
jom turun ke ladang! masa ni tangan gatal je nak petik. tapi tu laa... pihak kilang tak benarkan sebab diorang nak tuai buah ni tak lama lagi. tak bagus laa kan bila jual nanti buah dah 'tak cukup sifat' 😂😂😂
kalau korang datang sini, hati-hati melangkah ya sebab tanah kat sini sedikit berlumpur dan licin. kalau tak nanti boleh jatuh tergelincir.
acu bayangkan anggur-anggur ni ada kat belakang rumah korang😂😂😂
atas kepala je. kalau terhantuk confirm tak benjol😂😂😂
kawasan ni baru lepas tuai anggur...
kawasan anggur hijau...
ni anggur kategori mahal dan ditanam berdekatan kilang. i don't know why ditanam dekat dengan kilang. mungkin senang pantau kot? lazimnya anggur macam ni berbentuk bulat, besar, seedless dan manis.
posing... jangan tak posing. kalau tak ada orang nanti kita rembat anggur bawa masuk beg😂😂😂 korang tengok laa kat belakang anies tu... pokok anggur je semata. nak tawaf ladang ni dalam masa sejam memang tak sempat.
masih belum move on. geram betul dengan anggur-anggur kat sini. eee!!!😂😂😂
di sinilah kami berkumpul sebaik tiba di kilang dan selepas menjelajah kebun anggur. besar betul kawasan ni. tempat proses anggur di belakang anies (ambil gambar). nampak tak ada orang berkumpul kat kaunter tu? kat situlah kaunter jual oleh-oleh.
ahli rombongan tengah rancak berborak sambil jamah kudap-kudapan yang disediakan pihak kilang untuk tetamu mereka. antara kudap-kudapan yang ada adalah asam jeruk anggur, candy anggur dan juga jus anggur.
video kat ladang anggur ❌
video kat luar ladang anggur ✔️
okey, tu jelah perkongsian cerita basi yang tak habis-habis lagi😂😂😂 kalau korang ada soalan fasal ladang anggur ni, drop je kat ruangan komen. nanti anies cuba jawab.
thanks 4 reading
daaa
Kalau belakang umah ada pokok buah anggur terjuntai macam tu, syurga dunia laa.. teringin nak pi vietnam :))
ReplyDeletesiap boleh buat pondok sekali hehehhe
Deleteluasnya ladang anggur sini kat Perelis anggur tanam dalam bangunan
ReplyDeleteyg perlis tu tak pernah smpi lagi kak. soon kot
Deletebasi tapi masih ingat takpe..
ReplyDeletekalau ammi basi, basi terus
cerita jln2 ni umpama nk jawab ujian. boleh igt tak apa yg "dipelajari?" hahaha
DeleteRimbun. Buah pun tidak tinggi. Memang kalau jenis geram terus rembat.
ReplyDeleteHehe macam tidak sesuai ada kilang, belakang pokok anggur. Ingatkan kilang proses padi.
Ya anggur mahal kena letak dekat kilang. Ini mesti ada kejadian anggur mahal kena curi.
dia proses arak kat situ juga NA selain jeruk dan jajan2 lain. sbb tu dipanggil kilang. betul. anggur mahal mmg sasaran pencuri buah
DeleteTu viaje parece muy divertido y esas uvas muy rica. Te mando un beso.
ReplyDeleteesta es mi primera visita al patio de uva. así que estaba muy emocionada y me siento muy afortunada de estar aquí
DeleteWhat a nice post:) thanks for your sharing...
ReplyDeleteyou're welcome ;-)
Deletemeriah tgk anggur berbuah tu..mmg rasa nk petik kan hehe
ReplyDeletetu laa...gerammmm je dibuatnya hehehe
DeleteUntung dapat tengok negara orang..
ReplyDeletecerita lama en fairus hehehe
DeleteBom dia. Desejo um bom final de semana, com muita paz e saúde para você e toda a sua família.
ReplyDeleteobrigado, amigo. por favor, mantenha-se saudável e seguro
DeleteOh so nice place darling
ReplyDeleteGood photos
thanks sakura ;-)
DeleteGeram je tengok buah anggur tu. Rasa macam gatal tangan jugak nak petik. Posing jangan tak posing kan. Bukan senang nak masuk ladang anggur. Kat Malaysia tak ada. Kalau leka dengan posing, mahu terjatuh jugak tu kalau tak hati hati tanah licin.
ReplyDeletenampaknya bukan saya seorang je yg geram tgk anggur2 ni hehehe
DeleteHahaha..kalau depan depan lagilah kannn...
Deleteberdenyut2 je jari ni nak petik hahaaha
DeleteWow serunya di kebun anggur. Serasa pengen comot setangkai.
ReplyDeleteEniwei selamat berpuasa Ramadhan Cik. Semoga selalu sehat dan lancar ya
jangan, mas! itu pencuri namanya! hahahaha
Deletesalam ramadan ke 10 utk mas sekeluarga
Assalammualaikum anis =) Alhamdulillah
ReplyDeleteMasyaAllah buahnyaaaa. yaya tgok anggur ni pun geram..besau molek tuu elok2 je sume tgok tu.tp rasa xtau la cano kan. kalau tgok cantik rasa masam pun jadi xmolek da..huhu
waalaikumussalam
Deletekalau part rasa tu mmg tak boleh elak laa... tp yg kami beli alhamdulillah manis2 belaka
yay..cerita travel! murah tu RM8 sekilo. kat Malaysia tak dapat. baru ku tahu Vietnam ada ladang anggur. ni kalau boleh petik mesti lagi best
ReplyDeleteladang ni otw ke Nahn Trang. tp ko kena masuk ceruk kg sikit baru jumpa
Deletedah tour guide tak bawak, tak merasa lah aku. beli anggur kat giant jela
Deletepegi sekali lg suh dia sggh sini😀
DeleteVery interesting I love what you blog today
ReplyDeleteDress or Leggings | When I wore Hijab | Instagram
thanks Aly😀
DeleteSaujana mata memandang ladang anggurnya..
ReplyDeleteSakan bergambar ye Anies..
ya sha. heaven rasanya. hehehe sesekali je
DeleteOMG Ladang anggurnya, banyak sekali buahnya, lebat, like in heaven OMG
ReplyDeleteSaya belum pernah berkunjung ke ladang anggur, ingin sekali makan anggur2 itu sampai puas hahahha
jangan buk! nanti makan banyak2 sakit perut. keluar masuk toilet hahahaha
DeleteGeram pula kita tengok anggur tu . Tangan gatal ni memang rasa akan nak petik lah bukan main banyak betul haha
ReplyDeletetu laa...sik baik ada cctv kalau tak botak dah ladang anggur ni hehehehe
DeleteMasyaAllah geramnya tengok kemenjadian anggur tu
ReplyDeletekannn...ada peluang nak petik tak bawa masuk beg? hahahaahah
DeleteMama yg tgk.gambar je pun terasa gatal nak petik anggur Tu. Bulat2
ReplyDeletekannn gerammm
Deletedpt selfie dgn anggur pun puas hati dh. hahaha. anggur hitam paling mahal dan sedap sbb tu tanam dekat kilang kot
ReplyDeleteya betul. lg 1 nak jaga kualiti arak. mostly arak mahal diperbuat drpd anggur hitam katanya...
Delete