✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Kerja... kerja juga. tapi mana boleh terlepas moment moment best Olimpik yang sedang berlangsung kat Tokyo sekarang ni, kan...😉😉
antara acara sukan yang anies ikuti adalah memanah. dan semestinya pasukan memanah Korea Selatan menjadi tumpuan.
setakat kejohanan berlangsung, Korea Selatan dah pun bolot ketiga-tiga pingat emas untuk kategori berkumpulan.
tapi untuk entry hari ni, anies bukan nak cerita fasal team archery Korea sebaliknya nak membongkar apa kaitan memanah dengan bangsa Korea. adakah ia sekadar sukan saja? atau lebih daripada tu?
Ayman Rashdan Wong ada buat bebenang kat Twitter beliau fasal hal ni dan anies kongsikan kat sini untuk bacaan korang.
team archery Korea Selatan yang menggondol pingat emas recently. credit photo
Bab memanah ni orang Korea memang power namati.
Tiap Olimpik hampir sapu bersih pingat emas kategori memanah.
Team wanita dia tak pernah kalah sejak 1988. Dapat emas 9 kali berturut-turut termasuk kali ini.
Ini ada kaitan dengan sejarah orang Korea sebagai bangsa pemanah.
Disebabkan geografi Korea yang bergunung-ganang, orang Korea tak dapat nak cucuk tanam macam orang China yang hidup di tanah rata. Jadi orang Korea kena menguasai busur dan anak panah untuk memburu binatang.
Pengasas kerajaan Goguryeo (salah sebuah kerajaan pada zaman Samguk / Tiga Kerajaan), Jumong juga terkenal sebagai seorang pemanah yang handal.
Sebuah lagi kerajaan iaitu Silla juga mempunyai pasukan pahlawan elit bernama Hwarang yang mahir memanah sambil menunggang kuda.
Dan sebagai negara yang tersepit antara dua kuasa besar (China dan Jepun), busur dan anak panah dilihat sebagai senjata yang paling efisien dan "cost-effective" untuk tujuan melawan tentera China dan Jepun yang lebih ramai dan canggih.
Menurut lagenda, Yang Manchun menyelamatkan Goguryeo daripada serangan China dengan menembak anak panah tepat ke mata maharaja China, Li Shimin yang mengetuai tentera China.
Raja Gongmin pada zaman Goryeo dikatakan pernah bunuh 70 askar Jepun dengan memanah. Gila badass.
Walaupun cerita-cerita ni bersifat lagenda, tapi ia menunjukkan kepentingan memanah dalam budaya dan identiti Korea.
Di zaman moden, walaupun anak panah tidak lagi relevan untuk berperang, kerajaan sejak 1980an tetap promote ia sebagai sukan kebangsaan yang harus dipelajari.
Sebab tu kita tengok selebriti diorang rilek je memanah. Itu baru amateur. Kalau profesional, memang tak ada can lah negara lain.
Bangsa yang hebat, diorang memahami kekuatan sendiri berdasarkan sejarah, dan kemudian mengharumi nama negara dengannya.
eh ehh... macam kenal je😉😉 credit
haaa... sekarang korang dah tau kan kenapa team memanah Korea Selatan ni hebat dan sukar ditandingi di peringkat antarabangsa?
apa pandangan korang? jom share di ruangan komen.👇👇
thanks 4 reading
daaa
p/s masih lagi BW satu persatu
best jugak tengok sukan olimpik acara memanah ni , fokus je tengok
ReplyDeletekannn.... kite nnpk mcm sng je tp diorg punya nk pulun tuuu fuhhh
DeleteTengok juga masa final berkumpulan wanita tu. perghhh dasyat sungguh. 9 kali berturut olympic ya tak penah kalau. paduu
ReplyDeletebetul. dr olimpik 1988. xpenah tewas lg
DeleteOhhh patutlah hebat tak nak kalah. Eh eh jungkook panah hati siapa tu :p
ReplyDeletehati aiiii😆
DeletePehh mmg gula badass haha... Hrbat betul diorg
ReplyDeletebetul tu. team pompuan x penah tewas. dasat!
DeleteJemput join giveaway mama
ReplyDeleteinsya allah terima kasih sudi jemput sy join😊
DeleteBaru tahu. Ada persoalan juga mengapa mereka sangat sukar dikalahkan. Mesti ada petua mereka selalu panah tepat.
ReplyDeletememanah tu dah mcm dna diorg😆
DeleteWah... Baru tahu ni. Hebat orang Korea. Aku tak tengok sangat memanah ni, takut Oppa terpanah tepat ke hati. Eh
ReplyDeleteoppa ke... opah upin ipin?😆
DeleteArchery is a great sport :)
ReplyDeleteyou're right😊
Deletehebat anies smua knal..cik nor knal pandalela jer..hihi
ReplyDeletex kenal pn. tau pn sbb baca😊
DeleteGreat post dear, so nice and interesting, love it!
ReplyDeletethanks elena👍
Deletethis event is full of emotions:)
ReplyDeleteabsolutely😊
DeleteBaruuu tahuuu, patutlah ada sesetengah drama yang tunjuk scene memanah. Dan artis artis korea nampak rileks je memanah.
ReplyDeletesbb memanah tu ibarat 'sukan rakyat' n semua org tahu n penah mainkannya😊
DeleteWAH HEBAT KOREA TAPI ORANG ISLAM JUGA DIANJURKAN MENGUASAI KEMAHIRAN MEMANAH, BERKUDA N RENANG..KAT SEKOLAH TAHFIZ NAMPAK SUKAN2 NI DITEKANKAN
ReplyDeletebetul kak. penah tgk kt YT ada pasentren kt Indo dedahkan sukan ni pd pelajarnya
DeleteUy que bueno por Corea te mando un beso
ReplyDeleteEllas son demasiado buenas para derrotar ;-)
Deletepaling mencabar nak memanah hati jodoh hehehehe
ReplyDeletetry sukan lain.😆
DeleteInsyaallah.. Di Malaysia ramai juga yang hebat memanah, cuma tak masuk pertandingan saja.
ReplyDeletekena mula dr umur rendah.. itu yg kite perlukan utk lahirkan pemanah bertaraf olimpik
DeleteLarr, mmg wujud yer hwarang tu, ku sangkakan drama korea semata2..drama fav hwarang tu, hehe
ReplyDeleteya betul. drama tu menambah penyedap rasa je..
DeleteTerima kasih infonya, kak.. Hahaha sebab saya hanya faham drama korea sahaja, tak kuase rebutan TV dengan anak2 untuk menonton acara olimpik seperti dulu.
ReplyDelete😆😆 sy faham
DeletePatutlah semua dia sebat🥇🥇
ReplyDeletetu laa pasal😆
DeleteAduh.. Tak pernah kalah tu.. memang dasyatlah..
ReplyDeletemmg dasatttt
DeleteKorea not bad jugak. Mata tajam mkn carrot banyak tu. Hahaha
ReplyDelete