Pages

Wednesday, 16 June 2021

Happy wedding anniversary!

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Dear sayang,

diam tak diam rupanya dah setahun kita hidup bersama. diri ini berasakan seperti baru semalam mendengar suaramu melafazkan kalimat indah di hadapan ayahanda dan keluarga.

kekanda... benarlah kata orang, bila dah duduk sebumbung, tidur sebantal, barulah kita kenal siapa pasangan kita. daku juga seperti yang lain, mengimpikan yang indah-indah belaka sebelum diijabkabulkan. tapi, selepas kita bersatu, rupanya semua itu hanyalah mimpi di siang hari.

my darling... tempoh setahun ini banyak mengajarku erti hidup bekerjasama. walaupun ada yang mengatakan muka seiras tu jodohnya kuat. tapi yalah... tu cuma kata-kata sahaja. bila dah laluinya, terdetik juga di hati, benarkah dia ini jodohku?

imamku... daku tahu syurgaku di tanganmu. jadi jangan pernah lelah membimbing dan mengajarku. tegurlah diri ini jika ada salah dan silap. jika ada yang tidak memuaskan hatimu, usah pendam. khabarkan padaku meski pun pahit.

abang... di kesempatan ini, izinkan daku memohon ampun dan maaf sekiranya sepanjang kita hidup bersama ini kerap menyakiti hatimu atau membuatmu marah dan terasa. diri ini hanya insan daif dan sentiasa perlukan teguran dan nasihat membina. 

jadi genggamlah tanganku dan bawalah daku mengharungi suka duka kehidupan kita untuk tahun-tahun mendatang.

i love you, suamiku...

p/s ini sekadar ucapan je tau. tiada kena mengena dengan pemilik blog. tapi kalau korang nak copy paste teks ini, dipersilakan... 😂😂😂😂😂😂







hubungi anies: 👇👇👇


32 comments:

  1. Saya tengah bosan. Saya baca setiap patah ucapan di atas tu sepenuh perasaan depan si Yuri hahahah

    ReplyDelete
  2. By the way, cantiklah lampu ni kalau dapat sebijik. Sesuai sangat hadiah untuk kanda-kanda dan dinda-dinda hehehe

    ReplyDelete
  3. amboi sweet pulak ucapan nya, haha! kita pulak baca terharu..

    ReplyDelete
  4. Ye ke copy and paste.. betul kan.. hihi

    ReplyDelete
  5. Amboi-amboi. Ingat anniversary setahun Liverpool menang liga tadi

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg tu x leh show off nnt ada yg baca berdarah hidung😆

      Delete
    2. Hahaha. Tak jeles pun. Nanti aku buat wish send dekat Klopp

      Delete
  6. alhamdulillah, selamat bercinta hingga ke jannah

    ReplyDelete
  7. Feliz aniversario, te mando un beso

    ReplyDelete
  8. kawen tak hajak pun...hihi

    ReplyDelete
  9. Isshhh...issshhh ingatkan betul-betul. Cepat-cepat terjun tingkap bawa ucapan, sampai sini bawa balik semula ucapan yang disusun sepanjang jalan hihihiiiii.

    ReplyDelete
  10. Hahahaha.. Confuse sekejap.. Ingatkan..
    Adoilah Anies nie.. Sabar jelah.. Gimik rupanya..
    Apa lagi.. Anies dah promo tu.. Rugi korang tak grab.. Sha dah grab dah tapi masa tak da sale.. Namun sangat berbaloi guys..

    ReplyDelete
  11. Happy wedding anniversary Kak Anies

    Sehidup Sesyurga, Aamiin

    ReplyDelete
  12. tak kira,nak cakap juga happy anniversary =)

    ReplyDelete
  13. wow..wow..baca ucapan tu anies hahahaaa..Inshaa Allah moga impian jd kenyataan :)

    ReplyDelete
  14. Happy anniversary anies.. semoga sentiasa murah rezeki suami isteri

    ReplyDelete
  15. waahhh.. Tahniah atas aniversary bersama sang suami, kak Anies! :))

    ReplyDelete
  16. Laahh ingatkan betul betul. Cubaan rupanya. Perkongsian ucapan berguna untuk pasangan yang tengah cari idea untuk ucapan wedding anniversary.

    ReplyDelete
  17. Sekali lagi datang sini dan baca entri dengan penuh perasaaan. Hahahah tak ada kerja saya ni.

    ReplyDelete
  18. Ayat tuu memang sweet laa.. tapi sy xpena lagi guna ayat ni untuk laki sy..nty dia kata sy xsehat pulak.haha

    ReplyDelete
  19. Huhuhu....akak hampir terpedaya!🤭 Hahaha...

    ReplyDelete
  20. Hahahaa... pandai Anies buat suspen ya

    ReplyDelete
  21. Sayangku jauh di mata dekat di hati 😍🌹🌹🌹

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆