✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Lama weiiiiii tak dapat kad raya since teknologi semakin maju yang mana kad raya sekarang diganti dengan e-card. canggih tu... memanglah canggih. tapi yang nama nostalgia ni, mana nak beli, kan?
kalau dulu zaman kanak-kanak, even dengan kawan meja sebelah (kat sekolah) pun boleh dapat kad raya. siap letak bawah meja. then, di akhir kata-kata mesti ada pantun 2 kerat:
"pecah kaca pecah gelas,
sudah baca harap balas."
tak pun... dengan pantun ni:
"pecah kaca pecah tong,
lepas baca harap gantung."
😂😂😂😂
yang paling best adalah, dapat kad raya ada lagu/bunyi. tapi bukan semua boleh dapat. yang ada boyfriend/girlfriend pun belum tentu dapat. hahaha...
bila dah dapat, beberapa hri sebelum raya maka bermulalah sesi menggantung/menghias kad raya di ruang tamu. macam-macam cara, macam-macam design. paling malas, letak kad raya bawah alas meja. hahaha...
kalau rajin, siap cari ranting dan masukkan dalam pasu. then gantung kad raya macam pokok krismas hahaha... see... nostalgia, kan? zaman sekarang ada buat lagi ke?
btw, terima kasih banyak2 kepada shida kerana mengembalikan nostalgia tu. harap2 ada rezeki anies kelak untuk hantar kad raya buat semua. bila tu? entahlah...
oh ya... mungkin ada yang tertanya-tanya (ya ke?) macam mana boleh dapat kad raya ni? sebenarnya anies ada join GA anjuran shida tempoh hari. dan para peserta GA tersebut akan memperoleh kad raya. haa jangan tak tahu... shida ni ambil tempahan untuk buat kad raya, tau!
so, macam biasa untuk korang yang nak berkenalan dengan blogger dari Perak ni, sila klik kat SINI ya. haa... tunggu apa lagi? pergi follow cepat!
okey tu jelah perkongsian untuk hari ni. BW tak habis lagi... kerja banyak lor... almaklumlah lepas ni nak cuti panjang hehehe...
thanks 4 reading...
daaaa
kad raya saya dari kak shida tak sampai lagi ni.. aahhhhh lamanya tak dapat kad raya
ReplyDeleteskrg dah dpt kan? ;-)
DeleteSungguh nostalgia..
ReplyDeletekan... skrg semua ucapan gn hp je...sedih
DeleteDapat kad raya dari kak shida ni betul betul menggamit kenangan kannn! Zaman sekolah banyak gila dapat kad raya, buat sendiri je pakai A4 paper hehehe. Pantu tu wajib! Memang selalu gunapakai dalam kad raya hahaha
ReplyDeletewahhh rajinnya buat kad raya sendiri ;-)
DeleteLucu kak pantunnya, saya suka!
ReplyDeletepantun paling popular dari zaman sekolah ;-)
Deletememberi dan menerima kad raya sangat nostalgia..
ReplyDeletedulu saya cuma memberi jer kad hari raya sebab belum convert.
bila dah convert masa pun sudah berlalu
thn dpn bolehlah kirim kad raya kat saya hahaha
DeleteBest tu dapat kad raya. Nostalgia sungguh kan. Pantun tu tak boleh tinggal. Paling syok dapat kad raya bunyi. Lagi lagi yang special punya tu.
ReplyDeleteTahniah dapat kad raya dari Shida :)
terima kasih fiza hehehe... pemes pantun ni kan? kalau x tau maknanya x penah g sekolah hahahaha
DeleteOo saya tidak gantung, sayang nak rosakkan kad raya dengan buat lubang. Simpan elok-elok dalam bekas tin coklat. Hehe betul pantun itu pantun pecah gelas itu mesti ada.
ReplyDeleteada lg x NA kad raya yg simpan tu? ;-)
DeleteHahahaaaa... sukanya saya dua rangkap pantun tu! Nostalgia sungguh.
ReplyDeletedalam surat cinta pun sama juga kan kak? hahaha
DeleteAlhamdulillah
ReplyDeleteDapat kad raya
senyum smpi telinga ;-)
DeleteBoa tarde minha querida amiga. Parabéns pelo seu trabalho e matéria.
ReplyDeletesukanya dpt kad raya terimbau memori dulu2
ReplyDeletetu laa... suka sgt menggamit memori ;-)
DeleteLindo regalo y animo ojala pronto tengas vacaciones. Te mando un beso
ReplyDeletesolo espero que nuestro mensajero nacional abra su servicio pronto... me siento incómodo mientras no pueda entregarle mi paquete...
Deleteskrg leh modify pantun camni:
ReplyDeletelepas baca harap gantung
pergi ke melaka membeli lengkong., hahaha
lengkong habis hahahahahah
DeleteWah... Kak Anies join GA dan dapet kartu, nostalgia banget ya Kak? Jadi keinget, dulu aku suka koleksi perangko karena punya banyak teman pena. Jadi, aku dulu suka berkirim surat.
ReplyDeleteya mbak einid... kad ini memanggil memori lama... yalah, sekarang semua ucapan sudah bertukar ucapan digital ;-)
DeleteSenangnya, kak Anies..
ReplyDeleteSebelum pandemi saya masih sering mengirim kartu lebaran kepada teman-teman, tetapi tidak berbalas.. Hahaha.. Takpe, saya rasa senang ketika berburu kartu lebaran.. Tapi semenjak pandemi saya belum lagi berani pergi keluar rumah untuk membeli kartu lebaran.. tahun ini sudah tak sempat pula karena sudah mendekati idul fitri..
wahhh rajinnya diaaaa hantar kad raya ;-)
DeleteMemang nostalgia bila dapat kad raya nie.. Paling ohsem kalau dapat yang ada lagu.. hehehe.. power kot sapa yang dapat tu dulu.. hehehe
ReplyDeleteVVIP pun belum tentu dpt kad berlagu ni sha hahaha
Deletebetul! letak bawah meja! hahahahaha sbb nak surprise hahaha
ReplyDeleteesp kalau kad tu drpd boyfriend/girlfriend hahaha
Delete....
ReplyDelete;-)
DeleteTahun depan aku nak kad raya. Hehe
ReplyDeleteboleh2...doploh sen
DeleteNak jugakkk
Deletesyibukkk je😆😆😆
DeleteGreat post dear, so nice and interesting, love it!
ReplyDeletei wish i can send you our card raya soon ;-)
DeletePantun raya paling pemes tu. Semua benda nak dipecahkan.
ReplyDeletetu lah...kaya benor nk pecahkan semua benda hahahaa
DeleteSeronok kan dapat kad raya. :)
ReplyDeleteHahahah pantun pecah kaca tu memang menggamit memori betul.
kan... hehehe... bdk sekarang tahu ke pantun2 mcm ni? hahaha
DeleteSuch a beautiful gift. Your post sent me to childhood. Thanks for sharing. Have a wonderful new week.
ReplyDeletereally? 😊😊😊 you're welcome👍
DeleteCantikkk 🌹🌹
ReplyDeletekannn ;-)
DeleteDpt kad raya sekeping pun jd lah hahaha. Cantik kad raya shida
ReplyDeletetggu thn 2035 ya😆😆😆
DeleteKartu nya cantik !
ReplyDeletePantun yang menawan!
AKhirnya tiba kad raya, kad raya je yg boleh dtg ziarah dan beraya dlm rumah anies hehehe :) Salam Syawal ANies :)
ReplyDelete