Pages

Monday, 24 May 2021

Boleh percaya ke... bila mulut kata, malas nak memasak?

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Masalah orang perempuan ni kan...😆😆😆 kalau bersungguh dia cakap malas nak masak dan lepas tu tak buat apa-apa... maknanya memang betul dia malas nak masak.

tapi....!

kalau dia cakap, malas nak masak then tiba-tiba dia Google resepi... maka... wahai lelaki especially suami... sila take note!

kata-kata itu hanyalah sekadar untuk menyedapkan hatinya sahaja. dalam tempoh sejam dua, anda akan lihat terhidangnya 1 atau 2 makanan di atas meja. manakala mukanya akan kelihatan berseri-seri selepas itu😆😆😆😆


gambar di atas adalah bukti bahawa perempuan yang tulis entry ini pernah mengatakan bahawa beliau sangat malas nak masak. tup tup tak lama kemudian... dari jauh dah kedengaran beras sedang dibasuh. then 2 hours later... muncullah makanan/gambar di atas😆😆😆😆

see? tahu tahu je dah siap seperiuk bubur nasi. bubur ni tak ada resepi. campak je apa yang ada. kiub ikan bilis, garam, serbuk lada sulah, serbuk lada hitam dan butir jagung. siap😆😆😆 makan dengan serunding daging... (psstt... siap bertambah ko!) maka dengan itu lenyaplah segala kemalasan beliau tadi😆😆😆😆

korang jangan ikut perangai ni... tapi... bukan semua perempuan macam tu. ada je yang rajin macam mem besar 

sekian. bebelan entah hapa hapa di hari Isnin yang blues...

daaa...

37 comments:

  1. Masak ni kadang-kadang terapi. Tapi memang selalu malas. Hahaha!

    ReplyDelete
  2. Mulut yang kata malas, tangan dan anggota lain tak... Tapi bila siap dah siap, memang mulut ler yang dapat😆😆

    ReplyDelete
  3. hehehe.. Sha kalau cakap malas memang malas betul.. Hahaha..
    tapi mco ini, malas pun kena gagah juga masak.. Sudahnya masak terus breakfast, lunch dan makan malam sekali gus.. senang.. hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannnn sekali harung gitu sng keja kenang hati heheeh

      Delete
    2. hahahaha.. sekali harung pun kadang petang dah habis anies.. Kena juga masak untuk malam.. bebudak tengah membesarkan.. hehehe

      Delete
    3. selera tgh naik tu... x pe time ni laa kite tunjuk skill memasak kan hehehe

      Delete
  4. Tiba tiba siap kan! Mulut je cakap malas, tapi tetap memasak jugak nanti walaupun menu simple je hehehe

    ReplyDelete
  5. Bubur kayangan ni siap ada serunding daging. Perempuan ni cepat berubah. Memang sukar difahami gitu. Kejap kata nak order, tiba tiba eh masak pulak kat dapur. Hahaha

    ReplyDelete
  6. Jangan kata malas nak masak, kata je tak masak hari ni.

    ReplyDelete
  7. Bubur pun sodap! Walau masak campak-campak, bubuh serunding lagilah enak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn😆😆bg kat org demam mkn trs sihat😆😆

      Delete
  8. wow I have never eaten this since I remember :)

    ReplyDelete
  9. ada ja idea nk masak kan anies

    ReplyDelete
  10. Ten un genial lunes y si cocinar a veces da pereza. Te mando un beso

    ReplyDelete
  11. betoi, bubur kosong gitu pun sedap aih, rajin sikit buat sambai kicap plus ikan bilis goreng, yumsss..

    ReplyDelete
  12. mulut je kata malas nak masak last last masak jugak hehe

    ReplyDelete
  13. Ok apa ikut perangai Anies. Kata malas tapi beri kesan jadi rajin.

    ReplyDelete
  14. Malas masak boleh caya, tapi kalau malas makan tu tipu

    ReplyDelete
  15. selalunya yang campak-campak ni lah yang sedap =)

    ReplyDelete
  16. Great post dear, so nice and interesting, love it! 

    ReplyDelete
  17. Very interested article! Have a great evening! 😘😘😘

    ReplyDelete
  18. ah sedapnye.. terbayang2 pun.. Hehehehe

    ReplyDelete
  19. Cheq kalau kata malas masak, memang tak tipu punya. Either order FoodPanda atau tuang air panas ke dalam Maggi cup ja 😂

    ReplyDelete
  20. Saya pula kalau malas, memang malas sungguh la

    ReplyDelete
  21. samalah dgn shida..kate malas buat juga, xmsk xmkn la jawabnyee ^_^

    ReplyDelete
  22. 🙋🏻‍♀️ Saya mmg malas! Suka bubur McD... hihihi

    ReplyDelete
  23. Siapa yang rajin bebenor ni? Kata malas masak, tup tup siap bubur seperiuk? :D

    ReplyDelete
  24. Datang sini tiba-tiba rasa nak makan serunding.... :)

    ReplyDelete
  25. bubur pun sedap.. hmmm.. saya termasuk orang yang suka makan.. :-D

    Saya pun suka bilang sedang malas memasak, tapi begitu sore mesti saya ke dapur dan mengolah makanan / cemilan untuk anak-anak.. Hehehe..

    ReplyDelete
  26. Biasa menu malas..ni sedap sedap hahaha ^_^

    ReplyDelete
  27. Mrs. A kalau cakap dengan husband malas nak masak hari ni memang tak masaklah. Biar husband yang masak

    ReplyDelete
  28. iyo la. mcm akak le. malas! tapi kang masuk dapur, siap 1 lauk.
    kesian kan anak-anak, anies. kita ni boleh la tahan lapar, diorang?
    terutama si kecik Ijat tu. lapar manjang...
    kebetulan semlm kami dinner bubur nasi.

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆