Pages

Tuesday, 18 May 2021

Aidilfitri 1442 Hijrah ~ random photo

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Bila 2 kali beraya dalam mood PKP, entahlah...tak tahu nak describe macam mana perasaan tu. but 1 thing yang anies boleh simpulkan, raya tahun ni lebih relaks.

tak kalut sangat nak beli baju baru... tak nervous pun bila order kuih raya last minute... tak kisah pun kalau beraya kat dapur... yang penting... kita dapat celebrate dengan aman tenteram.

yalah... dengan suasana dunia yang kacau bilau. ditambah pula konflik di Palestin, sedikit sebanyak kita mesti bersyukur dengan Syawal yang dilalui.

so, untuk Syawal ke-6 hari ni anies kongsikan beberapa keping gambar tak semenggah sebelum, ketika dan selepas 1 Syawal 1442. manalah tahu kan... kalau #throwback gambar-gambar ni pada tahun 2050 nanti, ada jugalah kenangan beraya 'di perantauan'... haaa gituuu...😂😂😂

kita mulakan dengan gambar pucuk kelapa yang dah siap dilurut lidinya. alkisah... anies tanya kat blogger Salbiah M, mana nak dapat daun ketupat? dia cakap, mak dia ada order kat someone. so, dengan muka tak malu anies minta selit order sekali😂😂 so, pada Selasa 2 hari sebelum raya, anies pun pergilah collect daun ketupat kat rumah Sal. bila tanya dia, berapa RM? Sal cakap, ambil je. dia bagi. Alhamdulillah... terima kasih Sal... moga sentiasa dimurahkan rezeki. balik dari rumah Sal, (sehari sebelum PKP) terus lurut lidi dan anyam ketupat. dalam sejam dah selesai menganyam 23 biji ketupat. #happy nyerrr

last day of Ramadan... pagi pagi lagi dah siap isi beras. macam biasa, beras tu anies dah siap bersihkan dan tos selepas berbuka puasa sehari sebelum. bila beras dah kering, lagi senang nak isi. #yeahhh #tazabar

isi beras is done😄😄 get ready nak hantar ketupat ni ke rumah mak cik. mak cik anies akan tolong rebuskan since kat rumah ni tak ada periuk besar😅😅 sebelum rebus mak cik tolong check sukatan beras. dia memang expect kalau bab bab menyukat beras ketupat ni. confirm ketupat tak keras! #rasaexcited

Maghrib... menandakan masuknya 1 Syawal... beginilah keadaan 'kampung tak berapa nak baru' @ KL pada malam raya... 😅😅 lampu lip lap lip lap pengganti pelita punjut... sorry laa korang kalau gambar tak jelas... #apakandayakameracapayam

antara part paling best di malam raya... of coz main bunga api... walaupun tak beli bunga api tapi dapat tengok suasana keliling berdentam dentum kebabom...terubat jugalah sedih tak dapat beraya kat kampung... aduhaiii rindunya nak dengar / tengok jiran belakang rumah kat kampung bakar meriam buluh malam raya... dia punya kebabom tu, Zionis pun kecut😅😅😅 #Hasbunallahuwanikmalwakil

walaupun tak beraya sangat dan tak dapat ziarah mana-mana, sampul raya dan tukar duit raya adalah satu kemestian. i'm so lucky sebab office sebelah bank. once bank tampal notis tentang pertukaran duit raya, apa lagi... time rehat masing-masing pergi serbu bank. oh ya... sampul raya tahun ni diberi oleh KGS (sampul hijau LK), Agro Bank (sampul putih) dan Texas Restaurant (sampul batik) #dahtuatakbolehdapatduitraya

ketupat pulut/ketupat daun palas... anies tak tahu kat mana pak cik beli. sedap! makan dengan rendang daging di bawah👇👇👇 #sedapnya

rendang crispy daging hasil air tangan mak cu.sedap. sampai raya kelima masih tahan lagi. anies makan dengan nasi putih... #wallaaa

ketupat dah siap rebus. macam yang anies katakan, mak cik memang pakar. so ketupat ni jadi lembut sangat... makan sebiji memang tak cukup! belum habis raya pertama, dah licin. yalah, buat sikit je. tak apa. ada rezeki nanti boleh buat lagi. oh ya... yang kuning tu rendang ayam. mak cik masak. #rasanakrepeatlagi

dodol a.k.a dodol in the cup. saja beli untuk beri kawan-kawan office yang bertungkus lumus siapkan kerja kita di kala kita tengah syok cuti raya😅😅 #meriahkanraya

pergi beraya naik LRT ke? eh...taklah... ni keluar sekejap beli barang-barang (padahal tekak teringin nak minum Tealive) sambil-sambil tu cuci mata... don't worry... SOP tetap terjaga... #patuhSOP

sempat survey PC... insya Allah ada rezeki nanti nak angkat sebiji. tapi bukan yang ni. ya... memang cantik. sayangnya... storage dia kecil je... #nakmerasapakaiMac 

last but not least... selfie kat rumah kawan baik... satu-satunya rumah yang anies datang beraya sebanyak 2 kali 😂😂😂 #kohado jangan risau... tak langgar SOP pun sebab rumah dia sepelaung je😂😂😂 oh ya... tema raya tahun ni pink + dark shade of  grey... arghh belasah jelah! janji ada baju raya #tiber

okey... tu jelah bebelan untuk hari ni... thanks 4 reading...
Salam Aidilfitri kawan-kawan!

49 comments:

  1. Betul, tahun ni lebih relaks persiapan raya. tak kalut dan apa yang ada je sebab ziarah pun tak boleh. Haritu mencari jugak daun nak buat ketupat. tak jumpa sebab last minit semua orang dah booked. Rezeki jugak tu sal belanja daun kelapa buat ketupat.Raya KL meriah dengan lampu rumah sebab masing masing tak balik kampung. Sedap sedap hidangan pagi raya, semua hidangan raya ada. ketupat, rendang, dodol pun ada :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn... nampaknya nnt kena booking awal laa fiza... kalau x booking dgn blogger salbiah hahaha... mcm duduk dkt pulak

      hehehe beraya cara org bandar... thn lps mcm kekok thn ni dah expert hahaha

      Delete
    2. haha.itulah pasalnya. macam duduk dekat pulak kan...tahun ni dah boleh adapt dah raya kat bandar :)

      Delete
    3. kannn😆😆😆😆 tu laa... bla fikir blk bkn kite seorg je raya kt bandar... so bergembiralah cara 'bdk bandar'😆😆😆

      Delete
  2. 2 tahun dah beraya seperti tidak beraya. Semoga covid-19 ni segera nyah dari muka bumi ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa... lagi sedih kalau raya haji pun x dpt balik waaaaaaaaaaaaaa

      Delete
  3. selamat har raya..
    tahun ni tak buat apa pun, beli pun x banyak.. sbb tak expect orang nk mai rumah

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam 8 syawal...

      betul tu... sendiri beli sendiri yg mkn nnt esp kuih raya hehee

      Delete
  4. Kak Anies buat kulit ketupat sendiri kah? pandainye, saya tak bisa buat kulit ketupat sendiri.. Hahaha.. tampak sedap makanan tersaji tuh.. Masya Allah..

    Semoga Allah kuatkan saudara2 kita di Palestina.. Aamiin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, mbak naia...tak apa...kalau tak tahu boleh tonton di youtube. boleh belajar di sana ;-)

      aminnnn

      Delete
  5. Tengok Anies beraya di KL pun rasa meriah. Penting Hari Raya Aidil Fitri kena gembira.

    ReplyDelete
  6. pandai anyam ketupat..dodol in the cup menarik tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih...


      boleh cari dodol tu kat aeon... tak mahal. dlm RM8 je ;-)

      Delete
  7. Alhamdulillah dapat beraya di kampung tengah2 KL

    ReplyDelete
  8. Terima kasih kerana berkongsi, Malaysia adalah negara yang saya ingin tahu tetapi jaraknya jauh dari Turki. :)

    ReplyDelete
  9. Thank you for an interesting and informative story!

    ReplyDelete
  10. sebelumnyaa mohon maaf lahir batin mba Anies, maaf jika ada kesalahan kata selama blogging, ketupatnya gede-gede mba Anies, mantap, ternyata di sana juga banyak orang yang suka main kembang api ya, sama dengan di tempat kami, he-he

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih mas...

      ya, pada malam raya, ada kala berlumba-lumba bunga api siapa paling kuat, paling banyak dan macam-macam lagi... sekali kedengaran seperti di medan perang hehehehe

      Delete
  11. Pandai anies anyamketupat cantik kejadiannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa je kak... org lain buat lg cun heheeh

      Delete
  12. Uy que linda estas y me dio muchas ganas de comer esa carne crujiente . Te mando un beso

    ReplyDelete
  13. Semua menu wajib dipagi raya🌹🌹

    ReplyDelete
  14. selamat hari raya.
    kami rebus ketupat segera je.
    Raya ke4 rezeki kwn bg lemang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam 9 syawal buat han sekeluarga...alhamdulillah dpt mkn lemang jg ya ;-)

      Delete
  15. Dear friend! Foods you shared in this post looks mouth watering. Your cuisine looks very rich and healthy. Have a wonderful day.

    ReplyDelete
  16. Dodol tu nampak macam sedap sangat...berkilau warnanya! Eh... tahun ni beraya tanpa dodol ler...heheheee.

    ReplyDelete
  17. Boa tarde minha querida amiga. Deu vontade de provar essas delicias. Parabéns pelo seu excelente trabalho.

    ReplyDelete
  18. so great post:) and lots of detalis about your lifestyle:)

    ReplyDelete
  19. Yummy spread! Eid Mubarak!

    ReplyDelete
  20. Pergh!! Terorlah Anies anyam ketupat.. Sha tak berjaya pun.. hahaha.. jadi mende lain..
    Comel gambar selfie.. hehehe..

    Owh ya.. Sha tag Anies di sini
    http://kasihkuamani.blogspot.com/2021/05/giveaway-raya-2021-duit-raya-by-bola.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha ada2 je sha ni...x pe nnt belajar dgn Youtube ya sure pandai nnt ;-)

      ok tqvm nnt sy join ya

      Delete
  21. wak dulu pon penah pakai mac juvak.. pakai iphone gak.. tapi tulahh

    sbb mhal n byk software xleh pakai kot tu yg serik nk pakai jenama epal.. 😅

    ReplyDelete
  22. Replies
    1. salam 10 syawal buat tarmizi sekeluarga👍

      Delete
  23. Meh joinnn

    https://ciksukataip.blogspot.com/2021/05/giveaway-raya-2021-duit-raya-by-bola.html?m=1

    ReplyDelete
  24. Selfie kt rumah kwn baik tu siapa? Hehehe. Paling sedih tak boleh makan semua juadah raya. Apa pun selamat hari raya aidilfitri

    ReplyDelete
    Replies
    1. umah jiran sepelaung😆😆😆 xpe thn dpn boleh belasah😆

      Delete
  25. You look so stunning, Anies!

    ReplyDelete
  26. Bagi shida kan...part isi duit raya plg best heheee ^_^

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆