✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Bersambung dari SINI (part #1) jemput baca ya, kawan-kawan!
ya, anies is back with her cerita jalan-jalan maha sendu😂😂😂
lepas minum kopi luwak, anies bersama Kak Su (ketua rombongan) berlalu meninggalkan 'perusahaan kopi luwak' dan menuju ke 'taman sebelah'.
untuk sampai ke sini, kami cuma menyusuri jejantas yang disediakan. di bawah jejantas, ada ribuan pokok kopi ditanam.
sebaik tiba, staf Me Lind terus minta receipt. ya, tuan-tuan dan puan-puan sekalian. kalau nak masuk taman ni, ada pengeras kena bayar. tapi, andai korang ada beli / minum kopi macam yang anies ceritakan dalam entry sebelum ini, maka korang boleh masuk F.O.C. ya, bener pak. bener ibuk gratis aja.
caranya tunjukkan saja receipt pembelian. 1 receipt = 1 visitor only. ada faham adik manis? bhaiya? master ji?
jom kita explore!
bila dah betul-betul berada dalam kawasan taman ni, barulah anies nampak rahsia tersembunyi. rupanya, kat sinilah kita boleh berposing sakan sampai habis Kodak. memang rugi kalau 'kaki-kaki IG' dah tiba Da Lat tapi tak pergi sini.
dahlah scenery cantik. props (betul ke namanya props?) yang disediakan pun memang 'ngam'lah dengan pemandangan yang superb tu. cuaca pula sejuk-sejuk gituuu...
anies tak tahu nak taip apa lagi. korang layan jelah gambar2 posing mem besar yang dah lupa daratan tu 😆😆😆
main entrance... dekat sini bukan saja boleh minum kopi fresh, malah nak buat indoor events macam majlis hari jadi ke, majlis reunion ke... boleh sangat-sangat sebab di dalam bangunan ni ada ruang besar yang anies rasa boleh menempatkan kira-kira 50 - 100 orang sekali gus. (tapi ada ke orang Malaysia sanggup ke sini semata-mata nak sambut birthday? 😂😂😂)
sebelah kanan main entrance... gambar ni dengan gambar di atas anies snap selepas keluar dari taman ni ya...
benda pertama yang korang akan nampak sebaik melangkah masuk taman ni adalah 'ladang' bunga... tapi anies pula dah nak keluar baru nampak taman ni. kami tak masuk. just ambil gambar je...
maaflah ya... anies tak tahu bunga apa yang ditanam di sini...
sebenarnya bukan kami tak nak masuk tapi disebabkan kami dah terlebih masa. mak cik pak cik pencen yang menunggu kami dalam bas dah bising sebab lambat... ya ampunnn ibukkk...
memang luas ladang bunga ni... 'kaki-kaki IG'... macam mana? bolehlah plan ke sini lepas Covid-19 berakhir...
anies tak pasti bunga-bunga di sini boleh dibeli (floral bouquet) atau sebaliknya...
inilah rahsia di sebalik taman kopi. ada laluan / pelantar khas untuk korang posing sakan kat sini.
then, nampak tak anak panah putih tu? kami lalu di situ dari kedai kopi untuk sampai ke sini. please refer my previous entry ya kalau nak faham apa yang anies maksudkan...
ya betul... atas bumbung bangunan ni pun korang boleh bergambar... nak feeling feeling macam dah sampai Tokyo, kan blogger Salbiah M? 😂😂😂
pastikan korang datang ke sini dalam cuaca yang baik. barulah dapat bergambar dengan jayanya...
ya, pelantar ni sangat tinggi. melepasi pokok-pokok kopi yang ditanam di bawahnya...
nampak macam terik, kan? tapi sebenarnya udara sekeliling sejuk ya. sebab Da Lat ni kan berada atas gunung...
saja snap buah kopi dari atas pelantar. rasa nak petik je...
tak sampai ke heaven dah surrender😆😆😆 apa cer...?? gayat woo... sebab tu terus terduduk kat situ😆😆😆😆 ingatkan tangga ni tak tinggi. adoiii spoil laa mem besar ni...
moh tengok mem besar posing bak model Victoria Secret😆😆😆😆😆😆😆😆😂
ni posing mengamuk terpaksa bangun tidur dan menguak langsir bilik sambil mengomel kena buka pintu sebab ayah tertinggal kunci motor😆😆😆😆😆 (ntah apa-apa punya caption)
kite kasi ⭐⭐ bintang je laa untuk pose ala ala iklan Dunhill 1992 ni😆😆😆
dah tak tahu nak posing apa daa... kite peluk je laa patung Jepun ni dengan harapan Julai nanti dapatlah fly ke Tokyo... eh ehhh😆😆 BTW, pintu gerbang Bali kat bawah tu kami tak pergi. tak larat dah nak tawaf taman ni... tempoh 30 minit kat sini tak cukup. paling tak, kena 3 jam baru puas hati 😂😂😂
thanks for reading...
daaaa
cantik da lat ni.. selalu jgk tgk org pegi da lat, vietnam ni
ReplyDeletemmg cantik sbb dia atas gunung tu yg syoknya..
DeleteAmboi posing siap terbaring tengok langit. Apa yang difikirkan ketika itu?
ReplyDeletefikir bla laa agk nya sy boleh ada ladang kopi cm ni😆
DeletePosing bini keempat tu memang win...ngeh ngeh ngehhhh!
ReplyDeleteakak x nk try ke? hahaha
DeleteWhat a ınteresting places ... thanks for your sharing :)
ReplyDeleteyou're welcome😊
Deletebila dipadukan sama kopi di siang hari cuaca begitu, cocoknya ice coffee.. mantap
ReplyDeleteitu namanya nikmattttt ;-)
DeleteBoa tarde minha querida amiga. As fotos ficaram maravilhosas, parabéns.
ReplyDeleteobrigado meu amigo. espero que gostem ...
DeleteCantiknya semua gambar ni :)
ReplyDeleteterima kasih sahabat😊
DeleteParece un lindo sitio para visitar te mando un beso
ReplyDeletetienes razón, querida. Ojalá pudieras estar allí una vez que el pandamico se haya ido.
DeleteWohh cantik betul ladang kopi ni mmg instagrammable sungguh
ReplyDeletebetul tu larat dgn x je nk bergambar😆
Deletebetul!!!rugi klu kaki kaki IG tak ke sini klu dah sampai area tu kan
ReplyDeletelagi rugi dah dtg x bw powerbank hahaha
DeleteWow... Huhuuuu nak terbang Japan... Ole ole jgn lupa yer🇯🇵🌹🌹
ReplyDeleteangan2 mat jenin je tu😆
DeleteLanjutannya kece kak. Cocok banget tuk anak muda yang ingin membangun konten fotografi sama videografi, bisa bikin foto aestetik dan video cinematik
ReplyDeleteya betul tu mas. tapi pastikan datang pada cuaca yang bagus barulah dapat foto yang👍👍👍
Deleteterima kasih foto-fotonya kak, segar lah mata ini.. walau pun belum bisa berlibur ke mana-mana :-D
ReplyDeletesama2😊 jalan2 online😆
DeleteVery interesting post! Thanks for sharing.
ReplyDeleteInfinitely Posh
you're welcome😊
DeleteYour post reminds me of one of the episodes of Battle Trip when they went to Da Lat.
ReplyDeleteoooo ye ke? nnt sy nk cari😊
DeleteRindunya cuaca sejuk Dalat. Itu stairway ke puncak liga tu yang tak sampai-sampai.bulan julai kita gi jepun ye. Tahun bila x tau. Haha
ReplyDeletewoiiii mn cite dalat koooo... kodak x cuci lg keeeee
DeleteCite dalat aku dh terkubur bersama impian menang liga
Deletetu laa ko leng kali sokonglah Selangor juara piala mesia 33kali👍👍
DeletePhotos are amazing ! Fantastic post!
ReplyDeletethank you elena😊
DeleteSungguh la habis kodak macam ni. hihi..habis bateri sampai sini awak. Cantik tempat tempat pose dia..tak tahu lah nama dia props ke apa..Kalau pergi ramai ramai ni mahu kena beratur.lepas tu posing ala kadar je. Seronok bila tak ramai, senang bergambar posing sakan :)
ReplyDeletelengkali bw laa kodak 36. bw yg 24 mn ckp😆😆😆
DeleteCurtain biliknya cantik!
ReplyDeleteLove your wings!
hahaha... kalaulah dapat sebuah...😆
Deletetak payah nk ke bandung, pulau jerejak dh dpt selfie. hahaha
ReplyDeletebla laa nk g lg pulau tu...😓
Deletenanti kita pi bersama2.. selfie sampai kodak habis. hahahaha
Deletecovid ooo covid... cpt laa berakhirrrrr
DeleteAwal2 dah gelak baca statement ‘berposing sakan sampai habis Kodak’... bila tengok gambar dan caption, memang posing sampai habis kodak hahaha. Paling win gambar isteri papa Megah Holding tu 😂
ReplyDeletetetiba rindu zaman pakai kodak hehehe
DeleteRindu, kan... dulu nak ambil gambar pakai kodak kena pose betul-betul. Sayang oh kalau gambar tak jadi lepas cuci ;)
Deleteplg sadis bagi saya, gmbr dah elok cun, tp mata terpejam waaaaaaaaaaaa
DeleteHahahaha.. Tak pernah tak kelakar caption gambar dia.. ada je idea Anies.. buah kopi tu.. 😋😋😋
ReplyDelete😊😊😊 nak ke buah kopi tu? sy petikkan?
Delete