Pages

Monday, 14 September 2020

Jalinkanlah silaturahim...

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

  • Ketika ada kesempatan, pergilah bertemu teman-teman lama. Berkumpul, bukan sekadar makan, minum dan bersembang. Ingatlah, waktu hidup kita semakin singkat. Maka dari itu, bangunkanlah persaudaraan.
  • Mungkin lain waktu kita tidak akan bertemu dengan mereka lagi. Mungkin lain waktu kita semakin sukar untuk berjalan.
  • Menghabiskan sebahagian waktu dengan teman atau sahabat akan membuatkan hidup lebih sihat secara fizikal dan mental.
  • Umur itu seperti ice. Sama ada ia digunakan atau tidak, ia akan tetap mencair.
  • Begitu juga dengan umur kita. Digunakan atau tidak, ia akan tetap berkurangan dan akhirnya kembali kepada Penciptanya.
  • Tersenyumlah dan berfikirlah secara positif. Air yang mengalir tidak akan bertukar arah. Kita tidak mungkin akan kembali menjadi muda belia. Kita akan jadi tua, sakit dan meninggal. Oleh itu, jalanilah hidup ini dengan ceria, sabar dan santai.
  • Jangan rasa diri sentiasa menang sementara orang lain salah.
  • Terimalah persaudaraan. Jangan mengeluh atau membenci.
  • Hidup ini terlalu singkat untuk selalu pentingkan diri sendiri.
  • Jangan buang sahabat hanya disebabkan tidak sepakat.
  • Satu keburukan teman, bukan bererti hilang sembilan kebaikannya.
  • Perbanyaklah waktu untuk berkumpul dengan teman dan saudara mara. Siapa tahu mereka nanti akan jadi penolong kita di akhirat kelak. Buanglah jauh-jauh sifat egois dan iri hati.
  • Terimalah kekurangan dan kelebihan sahabat.
  • Bertemanlah dengan seadanya, bukan kerana tujuan tertentu.
  • Nikmati semua waktu, senda dan tawa. Hargai semua perbezaan. Percayakan kemampuan mereka.
  • Jaga perasaannya, tutupi aibnya. Bantu ketika dia jatuh, Sediakan bahu ketika dia bersedih.
  • Tepuk tangan dan gembira ketika dia berjaya. Sebut namanya dalam setiap doa kita.
  • Bertemanlah dengan hati yang baik dan tulus. Ketika hatimu baik dan tulus, percayalah Allah juga akan selalu bersamamu. Teruskan bersahabat sampai Allah menjemput kita pulang.
gambar sekadar hiasan...

p/s diubah suai daripada perkongsian di group WA.

thanks 4 reading...
daaa

49 comments:

  1. Terima kasih atas perkongsian 👍👍🌹🌹

    ReplyDelete
  2. Berteman dengan baik hati dan tulus
    Jangan ada maunya saja jika berteman

    ReplyDelete
  3. kan..kadang masing masing sibuk dengan dunia sendiri..kawan terabai..

    ReplyDelete
  4. Memang diakui kadang-kadang kurang jumpa rakan sebab kekangan masa.

    ReplyDelete
  5. Boa noite. Parabéns pela postagem.

    ReplyDelete
  6. Lovely words of wisdom sis, kalau dpt diamalkan, hidup pasti akan jadi lebih tenang & bahagia.

    ReplyDelete
  7. Hermosa reflexión la amistades son un tesoro. Te mando un beso y te deseo una buena semana

    ReplyDelete
  8. Org yg menjaga silatulrahim balasan surga utknya.

    ReplyDelete
  9. taak dapat lah nak berjumpa sangat sekaarang sebaab covid-19. Lagipun kawan sekolah dekat sabah :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pe tak dpt jumpa selalu... sering bertanya khabar dlm grup WA pun dah memadai ;-)

      Delete
  10. Hai kawan~ 🤓👋🏻🤝🏻✨

    ReplyDelete
  11. Terima kasih atas perkongsian dan peringatan ni Anies. InshaAllah akan memanfaatkannya.

    ReplyDelete
  12. Love your review as always ))

    ReplyDelete
  13. menyentap jiwa perkongsian Anies ini.. Tapi tu lah.. Bukan mudah merendahkan hati demi sebuah ikatan persaudaraan bila diri sering dipijak-pijak dan dipergunakan.. huhuhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2... betul... mrk yg dah lalui tahu dan faham betapa peritnya situasi tu... biarlah masa yg mengubatinya...

      Delete
    2. Semoga masa akan mengubatinya seiring usia bertambah.. InsyaAllah..

      Delete
  14. Wahh pasti sronok berkumpul dengan sesama anggota
    Semoga selalu terjalin silaturahmi sampai tua

    ReplyDelete
  15. Selalu bersyukur atas kehidupan yang sangat berharga ini, harus bisa dimanfaatkan dengan baik dan sebaik-baiknya... Terima kasih

    ReplyDelete
  16. Betul tu, yang penting ikhlas dalam menjaga hubungan sesama manusia.

    ReplyDelete
  17. Peringatan yang sangat bagus kak. kadang kita boleh lost dalam kehidupan sebab macam2x perkara berlaku, tapi bila baca perkara positif seperti akak post sebenarnya dapat memberikan kita semangat baru dan positif mengenai sisi kehidupan kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu mudah2an bermanfaat #spreadpositivevibes

      Delete
  18. Setujuuuu sangat!! Nice sharing kak Anies pretty ;)

    ReplyDelete
  19. Walaupun rindu nak jumpa member lama tapi semua duduk jejauh..kalaula boleh jumpa, memang bising macam pasar la jadinya..

    ReplyDelete
  20. Perkongsian yang menarik... ALhamdulillah, ada juga yang memberi peringatan...

    ReplyDelete
  21. Nice sharing. Zumal pun sejak 2 bulan ni jumpa kawan lama pastu sekarang jadi housemate dia pulak

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆