Pages

Monday, 20 July 2020

Celebrate kejuaraan Liverpool FC + ber'playing tourist' dengan blogger Salbiah M

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Siapa yang dah lama ikuti blog ni, pasti dah sedia maklum both of us adalah penyokong tegar LiverpoolFC. mungkin sebab tulah, kitorang boleh 'bertahan' walaupun bukan selalu jumpa meski sama2 tinggal kat KL🤣🤣🤣

last kitorang dating sebelum lock down / PKP. masa tu sibuk bincang fasal our trip. tup tup Covid-19 muncul, so semua plan terbang ntah ke mana.

dan sehari selepas LiverpoolFC dinobatkan sebagai juara, maka keluarlah kami dari 'kepompong' lalu menuju ke Sungei Wang Plaza di mana terletaknya kiosk Hop On Hop Off (HOHO).

plan nak naik HOHO ni kami buat seminggu sebelum. memandangkan HOHO tengah buat offer (free ride), so takkan kami nak tengok je kan? haruslah grab peluang ni. Covid tak Covid. dating mesti dilaksanakan... haaa gitewww

so, Sabtu (hampir sebulan yang lepas) seperti yang dijanjikan, kami jumpa kat Sungei Wang. plan asal nak naik trip pukul 11.00. tapi disebabkan hari tu Monorel buat hal, maka tersangkutlah anies hampir 1/2 jam kat Stesen Hang Tuah. 😠😠😠😠😠

disebabkan nak kejar masa, nak tak nak, terpaksalah menapak dari situ sampai ke Sungei Wang. habis punah make up haku! 🤣🤣🤣🤣

then, sementara tunggu Sal sampai, anies register nama dan details siap-siap. tak perlu sebarang document berkait. kemudian tunggu je kat situ sampai penumpang dibenarkan naik.

hari tersebut memang ramai memandangkan minggu berikutnya adalah minggu terakhir HOHO buat offer (30 June). so, atas bus penuh dengan 'orang kita' a.k.a local tourist je laa...🤣🤣🤣

dalam pukul 12.07 barulah HOHO bergerak meninggalkan Sungei Wang. kami naik bus 'City Route' yang mana bus akan 'tawaf' kawasan2 tumpuan sekitar pusat bandaraya seperti KLCC, PWTC, National Library etc. setiap route katanya akan ambil masa sejam dan ia takkan berhenti di pit stop tertentu seperti sebelum ni. means, ko akan naik bus semata tanpa turun.

tapi sebaik kami melepasi pit stop Akuaria KLCC, bus HOHO buat hal laa pulak... so kami terpaksa tunggu next bust lebih kurang 20 minit. dah lah perut tengah lapar. sabar je laa... cuaca pula, Alhamdulillah nak kata panas sangat taklah. okey dan mendamaikan.

lepas bus baru sampai, kami terus naik dan dibawa sampai ke Sungei Wang. setiba di Sungei Wang, bus HOHO Garden Route dah menunggu. ingatkan kami nak pergi makan dulu, tapi tak jadi. terus masuk queue dan lepas tu naik bus.

Garden Route pula membawa kami ke kawasan-kawasan hijau dalam KL seperti Taman Tasik Perdana, Bukit Aman, Dataran Merdeka, Istana Negara dan macam-macam lagi. Garden Route ni terasa agak lama memandangkan masa tu jalan agak jammed. dalam pukul 3.00 ++ baru kitorang sampai semula kat Sungei Wang.

sebaik turun bus, kami terus masuk ke Sungei Wang Plaza. perut memang dah tak boleh tahan lagi. malas nak jalan jauh, kami terus masuk Secret Recipe. order, makan sambil borak-borak then merayau sekejap dalam Sungei Wang Plaza.

dalam pukul 4.00++ kami pun balik naik MRT. maka berakhirlah sesi dating kami kali ni. insya allah, ada rezeki boleh dating kat Jepun lagi... hehehe... thank you, Sal...

macam biasa, setiap entry mestilah ada gambar, kan? tapi... maaflah kualiti gambar kurang memuaskan...

p/s Alhamdulillah, 90% blog telah anies 'bayar' hutang-hutang BW. yang mana belum disinggahi, harap sabar ya... sebab bukan senang nak BW 150++ blog dalam masa seminggu dua ni...😢😢😢 
brochure HOHO...

HOHO bus yang bakal kami naiki. sebelum tu haruslah posing dulu hehehe

Alhamdulillah cuaca pada hari tu redup je... 

nampak tak betapa happy nya kedua-dua penyokong LiverpoolFC ini? eh, mestilah! bukan senang nak menang tau! mereput juga laa kitorang tunggu nak dapat piala sebijik dan jangan tanya kenapa tak ada social distancing between us. alaa... tak berjarak pun kitorang demam sama2 juga macam minggu lepas hahahaha

CITY ROUTE

rasanya ni kat Jalan Sultan Ismail. laluan kanan ke Chow Kit manakala sebelah kiri ke Jalan TAR...

bangunan PWTC sebelah kiri (terlindung), so nampak Sunway Putra Mall je...rindu nak ke sini. kalau tak saban tahun tak pernah missed datang sini sebab KLIBF...

Istana Budaya a.k.a The Palace of Culture

Hospital Kuala Lumpur

Pusat Darah Negara / National Blood Centre

Perpustakaan Negara / National Library

Avenue K... shopping mall depan KLCC

gigih mak noks nak berselfie dengan budak kembar tertinggi di dunia ni a.k.a KLCC 

Bursa Malaysia (stock exchange building)

Menara Kuala Lumpur / KL Tower

Taman KLCC / KLCC Park... zaman study dulu kat sinilah tempat lepak, dating dan buang masa 🤣🤣🤣

GARDEN ROUTE


Stesen MRT Bukit Bintang / Bukit Bintang MRT Station. kalau nak merasa naik escalator tertinggi di Malaysia, bolehlah terjah ke sini...

Pudu Sentral a.k.a Puduraya. antara tempat paling nostalgia bagi warga KL dan senagkatan dengannya. senang cerita, siapa tak pernah kena scam maknanya dia tak pernah berasa 'sisi gelap' Puduraya🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣

Menara Maybank / Maybank Tower. once pernah menjadi bangunan tertinggi di Malaysia sebelum diambil alih oleh KLCC

another 'hot spot' masa zaman study dan mula2 kerja dulu. Bangunan Kotaraya yang wajib singgah walaupun tak membeli apa-apa pun 🤣🤣🤣🤣

'Lorong ke 2' Petaling Street. Lorong utama masih ditutup masa ni. sekarang dah buka kot... dulu, masa zaman CD player drama Korea, nilah tempat anies 'memburu' CD-CD Korea / Jepun 🤣🤣🤣

Warisan Merdeka Tower / Merdeka 118, currently under construction. bakal menjadi antara bangunan tertinggi di Malaysia. lokasinya berdekatan Stadium Merdeka...

Stadium Merdeka. jarang digunakan tapi kalau ada konsert, di sinilah tempatnya

Bangunan Dayabumi (kiri) dan Pasar Seni (Central Market - warna biru)... juga antara  tempat lepak lepas balik kerja dulu...

KL Sentral

Muzium Negara / National Museum

Istana Negara / The National Palace

Ibu Pejabat Polis Bukit Aman / Royal Malaysian Police Headquarters

Dataran Merdeka / Merdeka Square. ditutup untuk laluan kenderaan tapi orang ramai boleh masuk sini...

aktiviti mengalas perut. lupa dah apa nama menu ni... Vietnam beef mee kot...

air lemon apa ntah... tapi memang sedap...

men'try' kek baru dari SR. Bandung lychee cake namanya kalau tak silap... sedap...

oh, ya korang boleh baca entry versi blogger Salbiah kat SINI. and follow dia sekali ya!

okey tu je laa yang anies nak share hari ni...
thanks 4 reading...
daaa...

66 comments:

  1. Penyokong Tegar tu..sama le kita

    ReplyDelete
  2. Tidak pernah singgah The Mall yang berwajah baru dan nama sudah jadi Subway Putra Mall.
    Memang nostalgia juga macam Kotaraya dan Puduraya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nnt dtg KL sggh laa... tmpt pun dah lawa. kedai dah byk.. x mcm dulu

      Delete
  3. seronoknya..
    vietnam beef tu macam sedap ja

    ReplyDelete
    Replies
    1. yap mmg sedap. dah byk kali mkn mmg tak jemu. hehehe tp ada 2 jenis tau. nnt sggh tgk menu betul2 tp both sedap

      Delete
  4. Tahniah Liverpool dan semua penyokong!.. wahhh, puas berjalan mcm ni lepas beberapa bulan terkurung kat rumah disebabkan PKP. Best2.. puas hatilah mcm ni!

    ReplyDelete
  5. Wah bus HOHO itu bus tingkat ya mbak Anies. Bandung lychee cake nya enak mbak.😋

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, betul tu mas agus. bus double decker yang diubah suai

      Delete
  6. mula tgok gmbr ingtkan kat lua ngra..sbb naik bas cmtu..haha xpernah nmpak =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. x penah jumpa ke bas ni? selalu ada je berkeliaran sekitar KL tu esp sblm PKP

      Delete
  7. Jiaaah .. terkenang Taman KLCC bersama sang pacar 😆

    Asri tamannya itu, kak 😁

    ReplyDelete
  8. Busnya unik ya
    Wah saya jadi ingin nasik
    Kanan kiri penuh pemandangan yang indah

    ReplyDelete
    Replies
    1. jemputlah datang ke KL lepas tamat covid-19 nanti. saya akan bawa naik HOHO ni

      Delete
  9. Me alegro que te hayas divertido y de los lindos lugares que me has mostrado me he quedado enamorada de todos. Te mando un beso

    ReplyDelete
    Replies
    1. espero que algún día podamos vernos pronto en Kuala Lumpur

      Delete
  10. acah acah tourist di tempat sendiri why not kan. sambil celebrate kemenangan liverpool.eh!
    Teringin nak naik hop on hop off ni. bila entah tak tahu lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. sbb lama nau terkurung dlm rumah hehehe meh laa trn KL jln2 naik HOHO

      Delete
  11. wah berduaan dgn sal ronda2 KL ya mesti seronok tu naik ho ho

    ReplyDelete
  12. Play tourist kat tempat sendiri pun syiokk jugak kan. Tambah2 kalau ada geng satu kepala. Yeahaaaa!

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu benda free harus dimanfaat sebaik mungkin hahaha

      Delete
  13. enak ya kak selebrasi sekalian jalan-jalan

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya sesekali jalan-jalan ambil angin selepas musim corona ;-)

      Delete
  14. What a lovely town!
    Thank you for sharing wonderful photos.

    ReplyDelete
  15. Ala , kita bukan geng la kalau macam ni. Izzati pulak minat Arsenal. 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. no. 8 with 56 points... kabar nya time wenger dulu x penah seteruk mcm ni hehehehe

      Delete
  16. Gambar macam ada kabur sket... ke atau mata ku ini sudah kabur oleh faktor usia... mmmmm....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kamera cap ayam belanda nak buat cm ne hahahaa

      Delete
  17. wow asik sekali, dapat menikmati keindahan kota dengan bus tingkat, disini mulai ada namanya CAFE BUS, jadi kita minum KOPI dan kue di dalam bus yang di design seperti cafe, tempat duduk saling berhadapan dan terdapat meja di tengahnya, berkeliling kota kami ke Candi - candi

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah bagus tu! boleh dijadikan idea business di sini hehe

      Delete
  18. Ternyata fans sejati Liverpool juga ya. Memang Liverpool sekarang adalah puncak kejayaannya. Di Malaysia fans Liverpool banyak juga ya dan ada euforia juga. Di Indonesia adem ayem saja, tidak terlalu heboh. Mall di sana sudah mulai buka ya walau masih sepi pengunjung

    ReplyDelete
    Replies
    1. 30 tahun, mas... bukan 1 tempoh yang sekejap. so no wonder kami perlu celebrate seketika hehehe

      Delete
  19. Wah.. sakan mereka berdua ini berjalan..
    Tak sempat bawa anak-anak Sha naik HOHO ini lagi..
    Tahniah untuk kemenangan Liverpool..

    ReplyDelete
    Replies
    1. lepas geram sha sbb kena kurung kat rumah hehehe

      Delete
  20. hehehe dedua ni memang peminat Liverpool ni..
    seronok leee tu kan hehe..

    ReplyDelete
  21. Teringin rasanya nak naik bas HOHO ni tapi selalu lari bajet 🤣

    ReplyDelete
  22. Wah... Padahal covid masih kemana mana disitu ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ketika kami naik bus ini, keadaan Covid-19 di malaysia masih terkawal. kami masih boleh keluar berjalan-jalan tetapi harus patuhi SOP ditetapkan

      Delete
  23. Oh very nice tour, I hope you enjoyed so much
    xx

    ReplyDelete
  24. Kak Anies, keren-keren sekali foto-fotonya. Sebelumnya, maafkan nid yang tidak pernah bisa membaca dengan baik tulisan kakak. >,<
    Tapi, aku suka bis-nya, keren, di Malang, Indonesia juga ada bis seperti itu. Tapi, aku kapok duduk di tempat teratas, panas sekali, mungkin karena aku naiknya siang-siang sih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. it's okay mbaik einid. yang penting faham melalui gambar2 yang dikongsi di sini

      Delete
  25. Replies
    1. alhamdulillah... tp masih jauh lg... nk capai 10k ;-)

      Delete
  26. rasa mcm duta pelancongan pun ada hahaha

    ReplyDelete
  27. best juga sesekali "jadi pelancong" di tempat sendiri....

    ReplyDelete
    Replies
    1. marilah bersam memertabatkan industri pelancongan negara


      #tiber

      Delete
  28. Teman saya yang fans Liverpool pun senang kak, rasanya gk jadi lemas selama ada Corona..

    ReplyDelete
    Replies
    1. corona is corona. liverpool is liverpool heheheh

      Delete
  29. Very nice post ! Thanks for stopping for my blog ! Have a great week! 🎀🎀🎀

    ReplyDelete
  30. Esta es Kuala Lumpur, la capital de Malasia. yo vivo aqui. solíamos pasar algún tiempo después de que los casos de covid-19 fueran mejor ...

    ReplyDelete
  31. Peminat Liverpool memang comel-comel ye?! ;3

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆