Pages

Wednesday, 5 February 2020

Chào mừng bạn đến Đà Lạt và Nha Trang

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Alhamdulillah... 1st trip of 2020... mungkinkah akan menyusul trip yang lain? jeng jeng jeng... Insya Allah kalau ada rezeki...

trip ni sebenarnya hampir sama dengan trip ke Da Nang dan Hoi An pada Jun 2019 (boleh baca kat SINI). ya, anies ikut rombongan warga pencen sekali lagi dan menggunakan tour guard yang sama. bezanya kali ni seramai 20 orang yang ikut serta. so memang happy laa bila dapat jumpa semula muka2 familiar.

selain anies, mak cik, pak cik dan isteri turut ikut serta. means, anies sekeluarga ada 4 orang. yang lain2 most of them berpasangan.

trip ni berlangsung dari 20 - 24 Januari 2020. 2 hari kat Da Lat dan selebihnya kat Nha Trang. means, kami turun kat Da Lat dan balik ikut Nha Trang (Camn Rahn).

since flight ke Da Lat berlepas pada pukul 11.00 pagi, so sebelah pagi tu tak ada laa rushing sangat. anies dengan mak cik bertolak ke KLIA 2 dengan Grab manakala pak cik & isteri naik ERL dari Putrajaya.

tiba je kat KLIA 2, terus teruja bila nampak acik2 yang dah sedia menunggu. masing2 happy je bila bertemu semula. lepas ketua rombongan sampai yakni Kak Su, kami terus buat check in luggage.

siap semua, barulah kami masuk ke dalam untuk jalani pemeriksaan imigresen dan kastam. pada hari tu, KLIA 2 agak sesak dengan pelancong luar. so kat kaunter foreign passport penuh dengan orang ramai. sebaliknya Malaysian passport lengang giler...

tepat jam 10.30 pagi dah boarding. Alhamdulillah perjalanan selama 2 jam 15 minit tak terasa lama. anies sempat terlelap sekejap. sedar2 je dengar pilot announce untuk mendarat.

proses immigration dan kastam kat Lien Khuong Airport mudah je. dia punya staf mesra alam betul. pak cik anies cakap, mungkin sebab dia nak improved kan English dia. manakala kat kaunter sebelah, staf airport lain muka masam mencuka muncung sedepa hahaha

since airport ni kecil je, jadinya kami keluar terus dah nampak jalan raya. tunggu punya tunggu, our tour guide tak sampai2 lagi. hampir 1/2 jam jugalah melangut kat situ. rupanya dia pergi hantar rombongan lain.

lepas masing2 naik bas, kami terus ke Da Lat yang memakan masa hampir 45 minit. bukan sebab jammed or jalan raya tak rata tapi sebab speed limit kat Vietnam ni cuma 60 km/h je untuk semua transport. adehhh kematu pungkoq cheq...


kalau ko boleh sampai Da Lat guna air liur je, acu try test... kalau lepas, nanti share dengan anies ek 🤣🤣🤣

sehari sebelum berlepas baru terhegeh-hegeh nak pergi money changer. tempat biasa yang selalu anies tuju lain tak bukan adalah Mid Valley. kat sini tak sah kalau tak kena beratur panjang. kalau tak bernasib baik, duit dah sold out...

Alhamdulillah dapat aisle seat meskipun berada di row belakang... okey, bye Malaysia!

Alhamdulillah selamat tiba di Lien Khuong Airport. tu flight yang kami naik... suasana agak lengang kat sini...yang penting cuaca sangat best!

Lien Khuong Airport ni kecil je tapi bersejarah. ia dibina pada tahun 1933 oleh penjajah Perancis. pada 2009 barulah ia diubahsuai dan dinaik taraf oleh kerajaan Vietnam...

tu bukan bas yang kami naiki tapi bentuk dan saiznya sama je. masa ni tengah tunggu tour guide yang tak sampai2...

Alhamdulillah kami dah naik bas dan sedang menuju ke Da Lat yang terletak kira-kira 30KM dari Lien Khuong Airport dan memakan masa lebih kurang 45 minit. anies and the geng conquer kerusi belakang...🤣🤣🤣 yang berdiri pakai baju biru tu, Encik Yunos, our tour guide.

short video suasana kat Lien Khuong Airport...


ke mana destinasi pertama kami kat Da Lat?

to be continuedddd....

hadiah2 top commentators akan dipos dalam minggu ni. maaf sangat2 sebab baru terhegeh2 nak buat 🙏🙏🙏🙏🙏
thanks 4 reading. daaa

74 comments:

  1. Seka tengok suasana mcm ni especially bila sampai ke negara org tapi tak berapa sibuk.. feeling pun rasa mcm tenang je, bertenaga dan bersedia nak jln2 travel :)

    ReplyDelete
  2. Kirain aku salah blog mbak Anies karena kok judulnya pakai bahasa Vietnam, ternyata tentang perjalanan ke Vietnam ya.😄

    ReplyDelete
  3. Setiap mampir ke blog ini, ulasannya Travelling, mantap lancar rezekinya..., Sekarang ke Vietnam. Aman lah ya dari virus Corona. Tapi tetap harus waspada & cek medis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aminnn... selepas balik vietnam baru saya dapat berita tentang virus ini...

      Delete
  4. woiii... senyap jew terbang kat sana heee ;)
    mesti seronok pi by family group kan ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mn ada senyap cik tim? enjin kapal terbang tu bising laa hahahaha

      Delete
  5. teruskan menulis... cikbunga pembaca setia ;)

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. banyakkkkk sgt tp bukan sy laaa warga pencen byk shopping sbb depa byk $$$ hahahahah

      Delete
  7. Awal tahun 2020 sudah ngetrip lagi Kak, seru pula ngetrip rame-rame bareng keluarga.
    Have fun there and I wait for the story as usual.

    ReplyDelete
  8. Asyinya, jalan-jalan terus

    Aku terikat pekerjaan, tak bisa jalan-jalan sering-sering


    Hiks hiks hiks :'(

    ReplyDelete
  9. Seronoknya dapat ahli rombongan yang sama.

    ReplyDelete
  10. fuhhh baru tahu speed limit kat sana 60km/h. Elok naik basikal la kak anies :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. naik basikal tercabut kaki sbb da lat = jalan gunung😆

      Delete
  11. bestnye akak selalu travel. take care !

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah tp x de laa selalu travel sgt hehehe

      Delete
    2. hahahaa yekeee. ray selalu singgah baca post travel akak je hahaha

      Delete
    3. sbb update satu2 tu yg nmpk selalu jln2 pd hal x😆

      Delete
  12. makan angin ajer anies ni.bila la cik nor blh ikut rombongan anies ni jgk..best dapat tour guide cantik ni..hihi

    ReplyDelete
  13. Wow dah fly jauh anies selamat kembara

    ReplyDelete
  14. Woahh, awal tahun sudah travel jauh, Insyaallah, banyak trips berikutnya menyusul :)
    Ditunggu ceritanya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... mudah2an sihat utk next trip

      Delete
  15. senang sekali kak dapat jalan jalan, baca ini bisa dapat tujuan jalan jalan murah.

    ReplyDelete
  16. Walaupun cerita sis anies to be continued, LZ feeling2 dah sampai sana sebab bila baca betul2 menghayati.. My future plan bila pencen nak jadi mcm sis anies, melancong.. Sebelum tu kena kerja keras kumpul duit sebab takde skim pencen..

    ReplyDelete
  17. mantap kak... nulis perjalanan gini asik banget ya.. senang lah bisa jalan2 keluar negri

    ReplyDelete
  18. hampir tertipu, di awal saat baca judul saya kira ni blog di hack, soalnya judulnya bahasa yang membingungkan hehehe

    ReplyDelete
  19. tak pernah gi vietnam, baru tahu semua kenderaan kena patuhi had laju 60km/j aje...mak oi, stress kalo akak duk sana..hahahahah

    ReplyDelete
  20. Waaah, saya ke Vietnam baru ke Hanoi dan Ho Chi Minh saja. Mungkin lain waktu akan main ke Da Lat dan Nha Trang :)

    ReplyDelete
  21. Mbak Anies sering jalan-jalan ya, kemarin ke bukit tinggi Indonesia, sekarang ke Vietnam.😃

    ReplyDelete
  22. Interesting post my dear, thank you for sharing ) 

    ReplyDelete
  23. Vietnam ada Da Lat..

    kampung saya juga bernama Dalat..

    nama yang hampir sama

    ReplyDelete
  24. Baru tahu speed limit Vietnam 60km/j je. And airpot Lien Khuong tu pun same. Good info Anies.

    ReplyDelete
  25. Suerte con el viaje te mando un beso

    ReplyDelete
  26. teringin ku ke sana. tp ntah bila kan berkesempatan...

    ReplyDelete
  27. jenuh juga kalau speed limit 6okm/h. boleh tidur dulu la dalam bas tu..hehe ♕Tiara Sapphire♕

    ReplyDelete
  28. Best kalau pergi rombongan ramai2..

    ReplyDelete
  29. Alahhh... nak ikuuut!! >_< hehe

    ReplyDelete
  30. seram baca tajuk tak faham. Hihi.Selamat bercuti di Da Lat

    ReplyDelete
  31. Mbak itu judul kontenya tolong ditranslate, bikin pusing wkwkwkwk.

    ReplyDelete
  32. Wahh asyik dan menyenangkan perjalanannya apalagi ke Vietnam. Saya juga sudah membuat list ingin ke Da Nang karena pernah tengok tempat Golden Bridge kat blog lain.

    ReplyDelete
  33. Duh nikmatnya hidup seperti Cik, masa yang ada untuk berwisata. Masa kerja keras dah lewat. Barakallah

    ReplyDelete
  34. Waaah nak tunggu destinasi pertama kami kat Da Lat, Mbak Anies

    ReplyDelete
  35. Seronok pergi dengan orang yang dah pernah kenal. Tak kekok.

    ReplyDelete
  36. Asek sekali bisa jalan-jalan
    Saya sesekali diajaklah

    ReplyDelete
  37. Wahhh... seronotnya dapat melancong ramai-ramai dengan family... Kena tunggu next entry series la pulak ye...

    ReplyDelete
  38. Hana tag kak Anies.. kat entri ni

    https://thepolarishana.blogspot.com/2020/02/giveaway-wang-tunai-rm1000-by-mamapipie_10.html

    heehee :D ;) :3

    ReplyDelete
  39. kak anis.. ditunggu update cerita di blog nya lagi!

    ReplyDelete
  40. wow! banyak tempat boleh jalan kat vietnam ni...dulu saya pergi ho chi minh je

    ReplyDelete
  41. taun 2020 ini rencananya saya mau balik lagi ke vietnam, tapi masih galau gara gara munculnya virus corona

    ReplyDelete
  42. Lama tak jalan sini rupanya Anies dah sampai Vietnam ye

    ReplyDelete
  43. wah wah kaaaak da ada trip pembuka tirai 2020 eyyhh..
    kita tahun ni dok diam jap la kot hehe.. habis ongkos =P

    ReplyDelete
  44. Da lat antara tempat yang akak nak pi...x sabar nak baca lagi..cepat update...

    ReplyDelete
  45. seriuslah 60km je dia bagi.. memang kematu punggung.. hehehe

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆