Pages

Friday, 20 December 2019

Hội An, Vietnam: Golden River Hotel

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Pertama sekali, minta maaf banyak2. lately banyak benda kena settle termasuklah kerja2 hakiki sampai nak berblog / BW pun... mana yang sempat je. so harap bersabar ya and tunggu anies terjah blog korang nanti...

kepada yang bertanya, terima kasih banyak2. anies tak pergi mana2 pun. dan Alhamdulillah, masih sihat seperti selalu. harap kawan2 di luar sana tu pun sihat dan ceria2 selalu.

since tak ada cerita menarik, anies just kongsikan 'sisa-sisa' cerita kat Da Nang & Hoi An. okey, promise! lepas ni no more entries kat Da Nang or Hoi An. kita cerita fasal London pulak lepas ni. teeeettttt!!!!!

berbalik kepada title, jujur cakap, anies suka sangat dengan hotel ni sebab lokasinya yang tersorok, seolah2 macam berada kat Jonker Street, Melaka😆

hotel ni memang selalu jadi pilihan agent kami sebab kat sekitar Hoi An ni, dari pemerhatian anies, tak ada bangunan2 besar / tinggi didirikan semata2 untuk sebuah hotel. kebanyakkannya adalah rumah tumpangan (Inn) or bilik sewa yang disediakan oleh penduduk tempatan.

sama macam hotel kami kat Da Nang, untuk makan malam menunya dimasak di luar kemudian pihak hotel akan hidangkan. since kami duduk kat sini semalaman je, jadinya kami cuma diberi makan malam sahaja. manakala untuk sarapan, menunya disediakan pihak hotel. so kami cuma makan roti dan kopi je.

dari segi kebersihan, memang tip top. kemudahan seperti wi fi, swimming pool, toiletries etc semuanya ada dan lengkap. pada masa sama juga pihak hotel turut menyediakan perkhidmatan lawatan ke tempat2 tertentu bukan sahaja sekitar Da Nang or Hoi An tetapi juga ke seluruh Vietnam.

kalau korang datang ke Hoi An, anies memang recommend sangat2 hotel ni.

nilah hotelnya (main entrance). anies tak pasti deretan motosikal tu staf hotel punya or motosikal sewa... hotel ni dah diubahsuai tapi masih mengekalkan ciri2 lama / tradisi Hoi An...

beranda hotel (sebelah kiri) lepak petang2 kat sini memang syok... walaupun depannya ada lorong tapi sunyi (menghadap kediaman penduduk). anies suka sangat suasana macam ni...

lorong depan hotel menuju ke jalan besar... nampak bersih, kan?

depan hotel ada service sewa basikal / motorsikal. murah je... kalau tak silap, 30 000 Dong (per basikal) dan mesti kembalikan sebelum 8pm.

pool kecil dalam hotel. tapi dalam wooo... pak cik anies cakap, 2.5 meter. so budak2 memang tak digalakkan mandi kat sini...

dining hall... kami dinner dan breakfast kat sini...

reception counter di sebelah kanan manakala dapur hotel di sebelah kiri.

hotel ni tak ada lif sebab cuma tiga tingkat je. kalau sakit lutut, boleh minta tolong orang dukungkan hahaha...

ni bilik kami di tingkat dua...

pada pendapat anies, bila dia letak kerusi dan meja ni, otomatik bilik jadi sempit...

Acik Na yang duduk sebilik dengan anies kat Da Nang dan Hoi An. Acik Na ni pesara kerajaan. anak2 dah kahwin. so masa lapang dia apa lagi.... travel seluruh dunia laa... syok woo... merata dah dia berjalan. lepas trip Da Nang ni, dia ke Alaska ko...i is jealous!

bilik air dia luas yak mat. boleh letak katil sebijik. serius! tapi yang penting, bersih dan air paip lajuuuu....

masa kat sini barulah kami berpeluang tengok rancangan2 menarik kat Vietnam ni. antara yang sempat kami layan adalah dokumentari Raja Dadah - Pablo Escobar. don't worry... ada English translation...



thanks 4 reading👍
daaa

63 comments:

  1. Thanks for your sharing 😊 have a nice day...

    ReplyDelete
  2. Wah 3 tingkat dan tak pakai lift. Rasa macam huhu jugak lah kalau sakit lutut 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalu gitu make sure dpt kn blk tgkt bwh ;-)

      Delete
  3. Pernah sampai Ho Chi Minh je..x pernah sampai sini lagi..rasa nak pi sini plak la nanti

    ReplyDelete
  4. wah syoknya jln2 tgk negara org
    boleh mkn2 hihihi

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah... Yeaaa anies rindu sama kamu🌹🌹

    ReplyDelete
  6. Syok baca dan tgk kawan kawan travel

    ReplyDelete
  7. Hujung tahun nie... Keje manyak 🤭🤭

    ReplyDelete
  8. berjalan-jalan meluaskan pemandangan =)

    ReplyDelete
  9. I would love to visit Vietnam! It is amazing place, thanks for sharing the post:)

    http://redamancyy.blogspot.com/

    ReplyDelete
  10. acik Na yg pesara kerajaan tu balu kah? janda kah? atau sowmi x ikot kah? sorry wak tanye jeer., hewheww

    ReplyDelete
  11. Wuuu pasni nak pegi London pulak ya... ^^ hahah tak sabar nak dengar cerita ;)

    ReplyDelete
  12. Great post! I like your blog! 

    ReplyDelete
  13. Cantik hotel siap balkoni lagi. Boleh hai hai bye bye kat luar tu

    ReplyDelete
  14. Hotelnya nyaman.
    Alhadulillah, semoga sehat saja ya.

    ReplyDelete
  15. Teringat sahabatku di Vietnam

    Ingin kesana dan ke hotel itu
    Pasti seruuuu

    ReplyDelete
  16. Bisa sewa sepeda motor, enak juga. Jadi gak kepikiran nunggu angkutan umum.

    ReplyDelete
  17. Wah hotelnya hommie banget ya mba :D.
    Bersih lagi :D.

    ReplyDelete
  18. Menarik tengok hotel ni.. nampak simple tapi ada ciri2 eksklusif juga. Kawasan persekitaran pun bersih dan tenang. Fresh rasa klu stay kat sini nampaknya kan.

    ReplyDelete
  19. Nice review. Ini hotel bintang 2 atau 3 ya. Apa termasuk low cost. Tapi fasilitas lumayan ok

    ReplyDelete
  20. Ke Alaska tu. Kerlasss sangat. Kita nak ke US pun tak jejak lagi hehe.
    Swimming pool comel je. Tapi kalau dah dalam takut juga nak terjun.

    ReplyDelete
  21. nampak serene je hoi an ni. tak macam hanoi, keluar hotel terus kereta motor lalu depan mata T_T

    ReplyDelete
  22. bila nk bawakkan? haha.. suka tgk jalan2 bersih betul

    ReplyDelete
  23. Hai anies.. Cikbunga dtg melawat😄😄

    ReplyDelete
  24. That place looks very nice and comfy darling
    xx

    ReplyDelete
  25. Big, convenient and comfy. Those are the factors that I will look for in accommodations and this hotel is perfect.
    Bestnya jadi Acik Na. Tak ikut skali ke Alaska? hehe

    ReplyDelete
  26. bestnya...alamak 2.5 meter...dlm tu....

    ReplyDelete
  27. Pool kecik tapi airnya dalam, 2.5 meter tu fuhhh..seram pulak cheq tengok gambaq tu 😅

    ReplyDelete
  28. Nampak bersih dan kemas. Siap ada kolam tuh..
    .
    Selamat Tahun Baru Anies..

    ReplyDelete
  29. Seronoknya tengok anies jalan-jalan. Selamat tahun baru 2020, Anies. =)

    ReplyDelete
  30. besarlah bilik air dia.
    nampak cosy je hotel dia. kalau bersih tu yang suka.

    ReplyDelete
  31. adanya kolam renang jadi daya tarik sendiri hotel kecil ini...had a plan to visit Vietnam last year but cancelled since vietjet never really landed in Jakarta, only in Bali.

    ReplyDelete
  32. gift yang anis kirim baru sampai saya akan post di blog sebentar

    ReplyDelete
  33. Best best.. Nak sangat ke sana sbb belum sampai walaupun duduk Vietnam 10 tahun dulu tapi dulu tak ada apa mcm sekarang sbb byk dah develop & lagi cantik2

    ReplyDelete
  34. cantik dan bersih hotel nya. teringin nak ke vietnam lagi

    ReplyDelete
  35. Assalamu alaikum Cik.. gimana kabarnya di awal tahun ini? Maaf baru sempat berkunjung lagi :D

    Saya terpaku kolam renang kecil tapi dalam sampe 2.5 m. Bahaya buat anak2 sama yang gak bisa berenang tuh

    ReplyDelete
  36. Hotel kelihatan bersih dan cantik. Bolehlh tue. Janji selesa utk ddk n ada air. Dpt hotel xde air sngt menyedihkan..

    ReplyDelete
  37. Lepas ni nak pi travel london pulak eh wak? Seronoknya..

    ReplyDelete
  38. hotel kalo kemas n dekat dengan area yang ok kite on je..
    xmo yang tersorok pelik2 haha..

    ReplyDelete
  39. Cantik betul hotelnya.. Puas hati bilik bersih, bilik air bersih..

    ReplyDelete
  40. Kawasan kolam tu lawa tapi dalam ye..

    ReplyDelete
  41. Mak aii dlmnya pool Tu mama pun takut nk Mandi klaau MCM tu

    ReplyDelete
  42. ditunggu updte kebaahagiaanya lagi kak anies! semoga sehat selalu

    ReplyDelete
  43. Wah, senang nak ronda2 ada basikal sewa depan hotel je.

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆