✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
tapi minggu pertama Ramadan, para pengunjung masih belum ramai dan sesak kalau nak dibandingkan pada minggu terakhir Ramadan. tambah pula, jalan ni dah dibuka semula kepada kenderaan awam (ditutup pada awal April)
so last Saturday, kami berkesempatan ke sini. bukan nak shopping sakan tapi just nak cari tudung je. sambil2 tu, nak tengok jugalah apa trend tudung terkini. biasalah tu... orang perempuan kan... 😁😁😁
turun dari LRT Stesen Bandaraya, tempat pertama kami tuju adalah SOGO. kalau dah ke Jalan TAR, memang tak lengkap kalau tak singgah SOGO.
dan sama macam tahun2 lepas, SOGO memang selalu buat offer raya. tapi kami tak membeli pun kat sini. just cuci2 mata and tengok gelagat para pengunjung.
dari SOGO, terus ke kedai Aidijuma (AJ). sebagai peminat tudung AJ, kedai ni memang wajib singgah bagi anies. cuma tulah... agak sedih tengok keadaan AJ sekarang. tak meriah macam dulu. rindu sangat nak bersesak2 depan kedai AJ semata2 nak grab koleksi terbaru. entahlah... tak tahu nak cakap macam mana...just harap AJ akan kembali bangkit macam dulu...
sebelum ke AJ, sempat jugalah kami memerhati kawasan sekitar Jalan TAR ni sambil menahan telinga akibat bunyi bingit dari speaker yang dipasang di kedai2 tertentu. Alhamdulillah, cuaca tak panas dan kadang kala redup. memang sesuai sangat bagi mereka yang bershopping kat Jalan TAR ni.
keluar dari AJ, kami pun melintas jalan menuju ke laluan di mana bangunan Semua House ditempatkan. kat sini agak busy dengan para penjual makanan (food truck) yang sibuk menyediakan juadah sebelum dijual.
sebaik melewati Semua House, tergerak hati jugalah nak masuk tapi rasanya nanti tak cukup masalah pula. so kami teruskan jalan ke Lulu Hypermarket (LH) yang terletak bersebelahan Jakel Mall.
jarak dari Jalan TAR ke LH ni tak jauh pun. tapi terpaksa menyeberang jalan yang agak sibuk (kat sini tak ada jejantas).
kenapa kami singgah LH ni? sebabnya kami tak pernah sampai sini lagi. asyik tengok iklan kat TV je. lepas tu, ramai yang cakap, LH ni bagus esp. barangan basah. so kami nak try lah dan alami sendiri... betul ke apa orang cakap...
since masa tak mengizinkan, kami just beli barang kat tingkat bawah je yang mana menempatkan barangan keperluan harian, makanan basah, sayur-sayuran, daging, ayam, ikan etc.
menariknya kat bahagian ni, ada kiosk menjual pelbagai jenis kekacang. kalau korang nak rasa pistachio pedas, haa... silalah datang ke sini...
oh ya... barangan mentah macam ikan, sayur dan sotong memang fresh. geram je bila tengok sotong2 segar dan besar2 yang dijual di sini.
selesai membeli, kami kembali semula ke stesen LRT Bandaraya dan terus pulang ke rumah.
insya allah, ada rezeki nanti nak turun ke Jalan TAR. so, siapa nak ikut? angkat tangan!
ruang tengah SOGO. beberapa tahun lepas anies pernah berhimpit sakan kat sini semata2 nak rebut kasut berjenama yang dijual hanya RM39.90 hahaha... masa tu, SOGO buat offer raya macam ni juga...
depan SOGO. tak sah kalau tak ada kumpulan buskers buat persembahan kat sini...
see? cuaca redup kan? memang best shopping macam ni. tak lencun.
sekadar papan tanda, kalau tak ada tindakan... tak guna juga...
kedai mana nak singgah ni ya? tak fasal2 ada yang tersinggah Restoran Insaf hahahaha
flagship Aidijuma store cawangan Jalan TAR...rasanya ni je satu2 flagship AJ kat KL. yang kat The Curve tu, anies tak pasti, ada lagi ke tak... soooo sad....
dalam kedai AJ...tak banyak pilihan... corak tudung pun tak ada yang menarik. banyak jual online sahaja... kesian mereka2 yang tak tahu nak guna Internet. mereka cuma boleh harap kedai macam ni jelah....
trafik kat Jalan TAR yang memang sentiasa sibuk. masih ada yang berdegil parking kereta tepi jalan. hah... jam tu jugalah polis DBKL keluarkan saman.
kalau minggu terakhir Ramadan, kat lorong ni memang sesak gila!
Semua House - bangunan oren
bulan puasa, tengok orang jual kacang pun terasa sedap hahaha
Lulu Hypermarket & Departmental Store... here we come!
terjah rak coklat dulu... menariknya coklat yang selalu jumpa kat Cold Storage turut dijual di sini...
deretan kek dan pastri yang memikat hati... oh ya, manisan Arab macam kunafa tu pun ada jual kat sini tau...
okey, tu jelah anies nak share hari ni.... anies minta maaf tak dapat nak BW hari ni... badan lemau yo sebab tak sempat bersahur tadi... so sad...
thanks 4 reading... dah...
Berapa harga pistachios pedas disana kak?
ReplyDeletealamak, tak perasan pula saya. rasanya 100gram dalam RM10++
DeleteKesan ramadhan pertama sepertinya mirip dengan kota saya ya mbak, masih terasa sepi. Tapi kalau uda menuju akhir ramadhan, cukup padat. Bikin kendaraan susah lewat..
ReplyDeleterasanya seluruh dunia suasananya begitu tu
DeleteHehehe, bisa jadi..
Deletesetahun sekali mas...bila lagi kita dapat lihat suasana begini melainkan ketika ramadan dan hampiri syawal
Deletedengan lambakan jenama2 tudung yang baru, memang boleh tenggelam kalau tak berusaha bangkit semula dengan design2 yang lebih trendy...
ReplyDeletebetul supposed jagalah jenama sedia ada tu baik2... syg kalau biarkan mcm tu je
DeleteBanyak kali masuk Aidijuma sebelum ni sebab jual bawal kan, tapi tiap kali masuk mesti balik tangan kosong. Kenapa ye rasa corak dan warna dia macam xmenarik, tak kena dengan taste kot..
ReplyDeletetu laa makin lama makin hambar...kesian sy
DeleteDULU2 TAHUN 80-AN 90-AN KALAU TURUN KL MESTISHOPING KAT SINI...LA NI NK LALU PUN XLEPAS SIBUK SGT JLNNYA
ReplyDeletejln tar dgn batu road
Deletewah sangat meriah ya kakak, di bulan ramadhan yang penuh berkah ini pasti sangat ramai di hypermat banyak orang belanja untuk kebutuhan puasa dan lebaran ya ;)
ReplyDeletememang meriah... umpama esoknya akan sambut lebaran hahahaa
Deletewaduh lebaran hari raya idul fitri masih setengah bulan lagi kak :D
Deletemungkin bisa persiapan beli barang-barang atau makanan buat persediaan lebaran ya karena biasanya kalau pas hari lebaran banyak toko yang tutup ya ;)
yang akan pulang ke kampung lazimnya akan membeli belah lebih awal... di hujung ramadan biasanya warga kota yang memenuhi kawasan ini
DeleteSaya angkat tangan nih nak ikut, tapi jauh lah...;(
ReplyDeletemn ada jauh...sebelah rumah je kan? ;-)
Deleteyang sebelah rumah mana??
DeleteTakde lah, semak ilalang je..=D
aduhhh... salah rumahlah pula😆😆
DeleteTak pernah pergi lagi jalan TAR ni time nak raya....mesti meriahkan
ReplyDeletemeriah n sesak tp tulah kelebihannya bln lain xjumpa mcm tu
DeleteAwal bulan mei dah terjah situ...huhu pra ramadan katanya.
ReplyDeleteooo dia lagi advance😆
Deletejln tar kalo bln ramadhan mmg meriah...pegi juga tp slalunya malam sbb siang tk brp larat la ngan org ramai nk2 puasa kan..dahaga hehe..kalo mlm penat bole minum tp br2 ni ada tgk kwn update yg tmpt slalu crowded utk beli belah dh pindah kt area dataran merdeka yg lebih selesa
ReplyDeletetp kt dataran x berapa nk happening mcm jln TAR...
Deletekemain awal shopping raya..baju raya untuk cik nor tak bli skali ke?haha
ReplyDeletex shopping cik nor just cari tudung je...
DeleteTak pernah singgah Lulu Hypermarket & Departmental Store. Kalau ada coklat2 bagai pilihan tu memang nak kena singgah la..heaven!
ReplyDeletennt dah smpi sini singgah tau
DeleteDah lama tak jejak ke Jalan TAR...Lulu tu pun tak pernah jejak...dah tak larat nak menapak kat sana...
ReplyDeletebla nk trn lg?
Deleteray selalu lalu je kt ctu sbb ramai sgt org
ReplyDeletesini mana penah sunyi hehe
Deletekan. meriah je setiap masa. hi ray singgah lg hehe. klik klik ads lg mmuah
Deletems ni la kita bleh tgk ramai org kita. bkn pati😆😆
Deletetqvm ray👍👌
DeletePada satu ketika dahulu pernah jugs turun sogo....haaaa merasalah juga lalu jalan TAr...masa tue sampai pon dah petang...hunting karpet jerk wakk...kat sogo just cuci mata jer...sebab baru balik dari Perak dan memang penat yaa amattt
ReplyDeletebdan penat mmg x syok nk berjimba jimbi ;-)
DeleteDulu minat jugak ngan AJ....laa.ni pakai bawal ngan shawl balik...AJ pon pakai jugak kadang kadang pi koje🌹🌹
ReplyDeleteskrg dah byk tudung bawal menyerupai aj...
DeleteNostalgia sangat tempat ni buat Mrs. A huhuuu...
ReplyDeleteTernampak kelibat Menara Multi Purpose tu ha Anies tempat Mrs. A kerja-kerja 11 tahun lampau hahhahaaa...
oh ya ke... ni mesti time rehat mkn kt insaf atau bilal kn? 😅
DeleteWaaaaah, make me want to shop everythngg
ReplyDeletedone follow back ya sister :)
Thank youu
come n lets go! haha
Deleteramai banget ya teh tempat berbelanjanya,..kalau disini sepertinya banyak nih teh jualan tudung atau hijab untuk wanita maupun kopiah untuk pria,..keren tempatnya,..bersih banget
ReplyDeleteya memang ramai sebab ini kawasan tumpuan ketika ramadan dan menjelang syawal
DeleteFotonya keren-keren kak, jadi pengen main.
ReplyDeleteya ke? terima kasih ;-)
Deletepernah menjejaki di sini suatu ketika dulu..
ReplyDeletezaman masih muda dan bujang lagi
rasanya rakyat malaysia pasti pernah jejak sini wpn sekali
DeleteRindunya jalan dekat jalan tar.. memang bestlah cuci mata.. lama tak pergi..
ReplyDeletekalu tgh bulan mmg syok cuci mata kt sini haha
Deleteya Allah tiba2 rindu jalan TAR... tahun lepas beberapa kali juga ke sana... tahunni belum lagi... entah kenapa macam kena pergi sana juga kalau nak raya... entah hapa2kan....
ReplyDeletebla nk trn lagi? jomlah!
DeleteAwal2 bulan Ramadhan masih belum begitu ramai, nanti kalau sudah mau Idul Fitri banyak yg berbelanja kebutuhan
ReplyDeletememang betul!
Deletebebudak opis angah selalu talk about pasaraya lulu, macam teringin nak pi weekend ni...tambahan dah tengok gambor gambor anies ni..
ReplyDeletepegilah angah mmg best mcm2 ada
DeleteMeriah orang :)
ReplyDeletesemestinya
DeleteCeklattt....bulan posa ni cheq tak terasa nak makan ceklat, tekak lebih memilih nak makan bubur kanji dan makaroni goreng 😆
ReplyDeleteamboiii selera mat saleh naa😆
Deletesekarang lagi nak cari baju untuk berlebaran di negeri orang rasa rindu sangat dengan negeri melayu Indonesia dan Malaysia
ReplyDeletedatanglah ke sini banyak baju raya murah2 😊
DeleteMeriah tempat2 ni. Tunggulah nanti dah dekat2 hujung Ramadan, pasti nak jalan kaki pun sesak nanti ni hehee
ReplyDeletetu lah peluang sethn sekali😆
Delete2 tempat ni tak pernah yg tak sesak.. AJ dh takda design lawa2 kan
ReplyDeletenama pn tempat tumpuan kan..
Deleteselalunya TAR jd pilihan
Deleteyap x de tmpt lain hehe
Deletemakin meriah dan ramai ya kak menjelang detik-detik hari raya idul fitri, pasar semakin ramai tapi sayang masjid semakin sepi :D
ReplyDeletesemakin dekat lebaran semakin takut nak datang. ramaiiiiiiii orang. jammed!!
Deleteasyik kak rame-rame ke pasar beli baju lebaran dan jajan lebaran, tak lupa beli oleh oleh untuk sanak family di rumah, cocok bagi anak perantauan kak :D
Deletebiasalah tu, mas... ketika ramadan inilah waktu yang ada sedemikian
Deleteshopping raya tahun ni tak pi pun sogo..bangunan sebelahnya iaitu bagunan Mara adalah pi..sebab nak ambil baju tempah
ReplyDeletejauh tmph bj nohh
Delete