Pages

Wednesday, 17 April 2019

Noraniza Idris Sawo Matang Showcase Special @ MATIC

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Pertama sekali, nak minta maaf sebab tak ada gambar  atau video menarik untuk dikongsi. ini kerana para penonton dilarang merakam sepanjang showcase berlangsung. hanya pihak media sahaja dibenarkan untuk ambil gambar / video. kalau ada ni pun gambar diambil secara sembunyi2. 😎😎😎

kedua, terima kasih kepada pihak budiey.com atas dua pass jemputan ke showcase ni. speechless dibuatnya. yalah... anies memang tak pernah menghadiri mana2 showcase Noraniza Idris (a.k.a Kak Ani). jadi bila dapat jemputan ni, rasa nak melompat sampai ke langit ketujuh😆😆

majlis berlangsung di Dewan Tunku Abd. Rahman, MATIC, Jalan Ampang. lokasi sama yang anies hadiri pada sebelah pagi. event sebelah pagi kat MATIC ni anies akan share nanti ya. kiranya pada Ahad lepas anies datang ke MATIC 2 kali! nasib baik ada monorel. kalau tak memang berpeluh ketiak nak meredah jammed kat area KLCC ni.

okey, cerita fasal showcase ni, ia merupakan salah satu program yang dianjurkan oleh pihak Noraniza Idris dengan kerjasama pihak2 lain yang begitu gigih dan bersemangat untuk memartabatkan seni muzik irama Malaysia, bukan sahaja dalam negara tetapi ke seluruh dunia.

showcase ini mungkin akan digerakkan ke negeri2 lain pada masa akan datang. jadi korang tunggu jelah bila Noraniza Idris akan sampai ke tempat korang ya.

sepanjang kira2 2 jam++ persembahan, Kak Ani mempersembahkan hampir semua lagu2 irama Malaysianya yang popular. dan sama seperti persembahan Kak Ani sebelum ini (contoh: Anugerah Juara Lagu) beliau diiringi para penari (of coz jumlah yang ramai). setiap persembahan akan diselangi dengan lakonan pentas ringkas yang pastinya ada kaitan dengan lagu2 yang bakal disampaikan seterusnya.

Kak Ani juga menjemput penyanyi Azizul Hakim sebagai artis jemputan.

dan penutup persembahan, element majlis perkahwinan melayu diketengahkan. kalau tak silap masa ni Kak Ani dan Azizul mempersembahkan lagu Hati Kama.

overall showcase memang menghiburkan dan terasa begitu pantas masa berlalu. tak puas nak enjoy😆😆😆

so sekali lagi terima kasih budiey.com atas jemputan ini dan terima kasih Kak Ani kerana berjaya menghiburkan kami dengan lagu2 dan persembahan mantap.

semoga irama Malaysia akan terus subur dan mewangi dalam industri seni tanah air...

sebahagian gambar 'curi-curi'😆

tiket. terima kasih budiey.com! showcase ni berlangsung selama 3 hari dan anies datang pada hari terakhir...

di hadapan pintu masuk dewan Tunku Abdul Rahman, MATIC. oh ya, 10 penonton terpilih yang hadir dengan memakai pakaian kebangsaan (yang menarik dan unik) akan mendapat hadiah khas daripada Kak Ani...

sebelum majlis bermula, penonton dihiburkan dengan persembahan caklempong. salute kat anak2 muda yang begitu mencintai muzik tradisional...

Kak Ani diringi pasukan kompang ketika mendendangkan lagu Tingting...

persembahan lakonan pentas sebagai acara selingan...

Kak Ani memperkenalkan barisan artis dan volunteer yang menjayakan shocase nya pada kali ini di akhir persembahan...

persembahan penutup. semua yang terlibat berada di pentas bersama2 Kak Ani..

suasana dalam dewan selepas showcase berakhir jam 6.15pm...

okey tu je nak kongsi untuk hari ni... nanti sebelah petang ya anies BW...

thanks 4 reading...
daaa

59 comments:

  1. untung la dah g showcase k.ani..awak kroni budiey eh..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. budiey tu kroni cik nor sbb dia org kelantan hehehe

      Delete
  2. dah lama x dengar dari noraniza idris

    ReplyDelete
    Replies
    1. bla xde album baru mcm tulah..rs nya artis lain pn mcm tu jg

      Delete
  3. keren, wow rupanya teteh ngambil gambarnya secara diam-diam ya, wah, hebat jadi fotografer misterius nih ceritanya,...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha kalau organizer nampak, habislah saya...

      Delete
  4. Selain pertunjukan Musik, ada juga persembahan lakonan pentas. Bikin acara semakin terhibur nih..

    ReplyDelete
  5. Caklempong dan kompang memang aduhai...Malay Music nan sedap di telinga

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. asyik dengar muzik pop sahaja. bingit! haha

      Delete
  6. Wow ..suka dia nyanyi lagu traditional dulu dia duet ngan Abdullah Chick (allahyarham)

    ReplyDelete
  7. best nya, rasa diri dilayan dengan exclusive lah. memang kak ani pandai ambil hati peminat ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah... sesekali dpt peluang mcm ni kaa ;-)

      Delete
  8. wahhhhh dear anis dpt DUA TICKET PASS ek? bestnye dpt tgk Kak Ani perform live!

    ReplyDelete
  9. Wah asyik banget nonton showcasenya.
    Keren banget Kak kalau dilihat dari foto-fotonya. Penontonnya pasti banyak sekali.

    Salam ceria Kak

    ReplyDelete
  10. Tahniah... teman nie tak dek sapa sudi nak jemput... kikikiki...

    ReplyDelete
  11. Larangan perekaman gambar mungkin dengan alasan takut diperjualbelikan tayangan acara konsernya ya, kak ?.

    Tapi ngga apa-apa tak ada gambar gelaran acaranya, kebayang kok gimana meriahmya konser satu ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya mas. penonton tak boleh merakam video atau gambar. yang penting kami enjoy!!! ;-)

      Delete
  12. Wahh menarik.. curi2 pun gambar masih cantik dan nampak kemeriahannya.. best2 :)

    ReplyDelete
  13. Acara pembuka nya juga tak kalah meriah sepertinya dari acara inti apalagi ada persembahan caklempong..
    Iya sayang sekali tak boleh ambil gambar ya di acara inti
    Mbak anies terpilihkah memakai baju kebangsaan

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak terpilih mas. sebab ada yang pakai baju lagi menarik dan wow!! ;-)

      Delete
  14. Persembahan yang ohsem dari Noraniza Idris.. Lama tak tengok persembahan beliau.. Dapat tengok live macam nie memang puas hatilah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah... sbb skrg bkn zaman gah irama malaysia...

      Delete
  15. gambar yang dibuat diatas diambil sembunyi - sembunyi yach, tapi hasil fotonya oke sekali. :)

    # ahhh,,,,baru sekali koment disini, mana mungkin dapat hadiah, seperti Mas Himawan,hahahah....

    ReplyDelete
  16. Lama juga dah tak tengok Noraniza menyanyi kat TV pun dah lama

    ReplyDelete
  17. Panggungnya megah dan hiburannya menarik, jadi senang bisa nonton dari awal hingga akhir. Walaupun tak boleh memotret tapi curi2 masih dapat ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya mas. kalau dibenarkan saya sudah record video😅

      Delete
  18. Sayang juga ya kak kalau nggak boleh foto foto, panitia nya kurang sip tuh hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah.. tak apa.. kita ikut saja arahan pihak panitia😊

      Delete
  19. Kak ani terkenal dengan persembahan tarian yg gah setiap kali dia perform.ada few lagu dia yang kak ana suka.

    ReplyDelete
  20. wahhh untungnya dapat tengok live show penyanyi lagenda ni!

    ReplyDelete
  21. Dah lama dia tak keluar menyanyi kan? Btw anak sedara dia satu sekolah dengan saya dulu, suara pun power macam kak ani jugak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ya ke? yalah mn tumpah kuah kalau x ke langkawi😅😅😅

      Delete
  22. suara noraniza idris mantain jea dari dulu sampai sekarang

    ReplyDelete
  23. iya panitia nya banyak aturan ya kak, jadi nya kita sebagai penonton nggak bisa bebas merekam moment spesial ya ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. lebih baik follow sahaja sebelum dihalau keluar. lagi malu jadinya😅

      Delete
    2. bener juga ya kak, kalau di usir ke luar bikin malu ya dan nggak bisa nonton acara sampai selesai hehehe :D

      Delete
    3. betul. sia2 sahaja dapat ticket free. tapi diusir keluar hahaha

      Delete
  24. Bestnya.. noraniza nyanyi live power kn

    ReplyDelete
    Replies
    1. yap mmg best. tu kelebihan penyanyi legend

      Delete
  25. wah jadi penasaran nih sama kak noraniza idris, sepertinya beliau artis terkenal di negara kakak ya ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya mas..dia ratu irama malaysia. dia mula menyanyi sejak tahun 1985... mas belum lahir kan masa tu? heheheeh

      Delete
  26. aippp.. curi2 pun dpt byk gambar. hahaha

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆