✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Outdoor event pertama untuk Mac 2019 dimulakan dengan 'main-main' hantu 👻👻👻👻hahaha...
sebelum tu, kawan2 yang duduk kat Sabah, Sarawak, WP Labuan, Kelantan, Perlis, Terengganu, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Negri Sembilan, Selangor, KL, Melaka, Johor dan Pahang dan merancang nak join event sebegini sepanjang tahun 2019, silalah klik kat SINI ya. ada berpuluh event disediakan. kalau nak senang lagi, download je aplikasi Jom Run.
pada hari kejadian, seawal 5.30 pagi anies dah kena keluar rumah. sebabnya.. belum collect race kit. Alhamdulillah trafik smooth je. awal pagi kan... kereta mana laa banyak...
setiba kat Dpulze Shopping Center, Cyberjaya solat subuh dulu. kemudian baru cari register counter. dapat je running kit terus salin baju. tengok jam dah pukul 7.00 pagi so better warm up sekejap.
event dimulakan dengan senaman zumba. memang best dapat berzumba pagi2 ni. terasa urat2 yang tegang tu kembali aktif dan mantop hahaha.😂😂😂
oh ya, kepada kawan2 yang tinggal di Precint 9 atau kawasan berhampiran, setiap weekend ada kelas zumba FOC dilangsungkan. kalau tak silap kelas ni dibuat di padang (tak pasti padang apa). info ni anies dapat daripada zumba instructor yang lead senaman sebelum event bermula. pergi tau! bukan senang nak dapat peluang macam ni!
habis berzumba, peserta diarahkan berkumpul di starting point dan tepat jam 8.15, flag off.
event ni tak ada kategori khusus. cuma diorang bahagikan runner kepada peserta, hunter dan pelajar kolej. semua yang join kena lari sejauh 5KM sambil diganggu oleh zombie2 yang menyorok.
bagi yang berdaftar sebagai hunter, mereka perlu membawa water gun. bila jumpa zombie, maka tercetuslah peperangan sengit😆😆kalau dah habis peluru (air), ada staf menunggu untuk isikan peluru hahaha
gambar zombie and hunter anies tak sempat snap. kalau korang nak tengok gelagat diorang, Google je Zombie Run '19. zombie dia taklah seram mana pun tapi cukup buat anak2 kecil meraung😆😆
Alhamdulillah, cuaca okey sepanjang event dan dapat tamatkan larian dalam jangkaan masa yang diharapkan. (insya Allah target 5KM = 1/2 jam tapi entah bila laa dapat capai target ni)
macam biasa, layan gambar ya...
banner Zombie Run '19 @ Dpulze Shopping Center, Cyberjaya. event ni dianjurkan olehh fakulti farmasi, Cyberjaya University College of Medical Sciences.
flag off / finishing line bermula /berakhir di sini. betul2 depan main entrance Dpulze Shopping Center. masa ni dah habis larian baru nak snap gambar...
t-shirt dan bib. nombor bib = lucky draw number. so far belum ada rezeki nak dapat lucky draw. mungkin bila ada hadiah lucky draw berupa tiket penerbangan ke London, baru anies dapat kot? aminnn.... cepat tolong aminkan!!! huhuhu...
ragam ibu bapa sorong stroller tetap ada dalam mana2 event yang anies sertai setakat ni... salute! selain tu ada ibu bapa yang bawa anak berlari bersama. bila anak penat, mereka dukung pula bergilir2. waduhhhh kalau dah besar jadi anak derhaka tak tahulah nak cakap macam mana....
zombie muslimah (baju biru tudung merah... kalau tak silap laa) tengah kacau runners tapi bila kena tembak dengan hunter terus cabut lari😆😆 sebenarnya dia nak elak efek make up diorang cair bila terkena air hahahahahahahahahaha
suasana depan halaman Dpulze Shopping Center selepas semua peserta berjaya tamatkan larian... senang cerita, diorang tengah tunggu pemenang lucky draw diumumkan... hadiah2 lucky draw berupa peralatan kesihatan macam yoga mat, dumbbell, exercise ball etc
last but not least... finisher medal, COP berkedut 1000😆 dan goodies (dalam plastik purple). nak tahu kenapa sijil tu berkedut 1000? sebab diorang masukkan sekali dalam goodies bag. bag tu bukannya besar pun. supposed diorang edarkan bersama goodies bukan sumbat sekali dalam bag tu.. tak fasal2 balik rumah kena iron COP tu😆😆
okey tu je nak kongsi...
thanks 4 reading.. daaaa
Kalau baca kata Zombie.... saya jadi ingat dengan Blog Zombie, heheheh...
ReplyDeleteAcaranya keren,,,bin kerenn....
Ohy... Kalau boleh tahu Mbak Anies ini orang Malayasia yach ?
theme sahaja guna nama zombie...
Deleteya saya orang malaysia...
Kalau tinggalnya di Malaysia, berarti dekat dong dengan rumah IPIN Dan Upin ? 😅😄😃😆 salam yach buat Atuk Dalang. 😅😃😄
Deletejauh. tapi boleh jumpa upin ipin bila2 masa sahaja
Deleteantara tarikan hebat artikel ini ialah stail penulisan yang lawak ...
ReplyDeletemembaca itu menghiburkan..
semoga terus join lagi aktivti seumpama ini pada masa yang akan datang
insya allah
Deletewah..bestnya..nak tgk yg kelantan la..mana thu rajin nak join..tp xde gang la..huhu
ReplyDeletecheck laa byk jg event yg berlangsung kt sn
DeleteHahaha seru nih kayaknya😅 T-Shirtnya keren" tapi ada warna kayak darah gitu😰
ReplyDeletehanya warna darah sahaja bukan darah sebenar hehehe
DeleteHihi tetep gak berani. Tapi merah kan tanda bernai, semangat lari hehe. Aku kayaknya kuat kalo ikutan. Soalnya dh biasa pawai selama di asrama hihi
Deletedari pengalaman saya, baju merah selalu diguna untuk night run. waktu siang selalu guna warna cerah😊
DeleteHehe jdi tetp kelihatan bersemangat😍
Deleteya. tapi event yang lebih besar, lagi besar semangatnya
DeleteNice... Zombie run
ReplyDeletejom run!
DeleteRun di tempat saja deh hihi
Deleteyang penting run bkn sleep😆
DeleteXixixi
Deletebetul, kan?😆
DeleteSeru ni larinya, jadi gak teringat terus sama capek..
ReplyDeletekalau badan fit ngak terasa capeknya
DeleteWow...terbaik lah anies
ReplyDeletemacihh😊
DeleteAmin! Moga-moga dapatlah menang lucky draw tiket ke London satu hari nanti. hehehehe :D
ReplyDeleteaminnnn terima kasih sudi mendoakan ;-)
DeleteWoow!! Bagus warna komunitas Zombienya kuning meronah menjadikan warna cerah dan cocok untuk dipakai siang dan malam..😄😄
ReplyDeletesaya tak snap foto zombie mas
DeleteRasanya kemarin sudah komen hihi
ReplyDeleteya apa apa pun terima kasih mbak kerana komen
Deletemenarik ni.. tapi lagi menarik kalau pelari guna fesyen hantu.. hehehe
ReplyDeletepelari jd hantu tp eveent pelari jd hantu mmg ada nnt
DeleteSereeeeemmmmmmmm ada zombieeeeee.....lariiiiiii.....
ReplyDeleterunning man😊
Deleteaayik juga ya kak bisa jalan dan olah raga santai rame-rame bareng teman, biar tubuh sehat dan happy bisa bercanda sama teman
ReplyDeletemau kurus mas sebelum lebaran😆😆😆
DeleteSemoga sukses buat yang punya blog
ReplyDeleteSelamat pagi
ya utk mbak ummi juga
Deletetahniah krna mengamalkan gaya hidup sihat!
ReplyDeletethank u teacher😊
DeleteAamiin.. Semoga dapatlah lucky draw tiket ke London tu.. 😍😍..
ReplyDeleteAdoi.. part sijil tu sedih.. Jenuh nak sterika bagi cantik balik.. hehehe.. Menarik juga dia buat acara lari macam nie.. hehehe..
aminnn.... lepas iron pun kedut jg hhehehe
DeleteKertas kalau dah renyuk memang susah nak elok balik Anies.. hehehe.. Tapi cuba Anies letak dalam timbunan buku.. Tapi amik masalah.. akan okay sikit walaupun tak secantik yang sepatutnya..
Deleteframe trs sha. mls fikir pnjg😆
DeleteTak pernah lagi join larian dengan anak. Kalau anak dua orang biasa macammana parents ni jaga time lari ye?
ReplyDeletebergantung pd ms daftar. kalu include anak sekali, maka ms lari, jg anak ats budi bicara mak ayah. kalu suami o isteri je yg lari, of coz slh seorg yg kn jg kt rumah, kn?😊
DeleteTumpang seronok tengok anies joint larian begini.. Salute kepada parent yang sanggup bawa anak bersama semasa larian, hebat!
ReplyDeletejom kita lelari bersama😆
DeleteMana gambar Zombiee nyeee...
ReplyDeletemalas nk snap😆
Deletexde zombi tiba2 muncul n kejar kan ? hahaha kot ada sekoq dua tolong hambat peserta lari cepat sikit kekeke..
ReplyDeletetp zombie lari dulu takut mekap cair kn tembak😆
DeleteNasib baik takde zombie lari sekali hehee.. wahh, bnyk larian Anies join tahun ni ye. Moga sentiasa sihat dan ceria :)
ReplyDeleteyap. sbb nk sihat kann😊
Deletesesuai sgt nama tu.. hahaha sebab yg join kadang2 jalan mcm zombie
ReplyDelete