Pages

Friday, 11 January 2019

Kalau ragu-ragu, waswas...

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Pada suatu hari, Imam Syafie keluar dari rumah untuk menuju ke suatu tempat. beliau menunggang unta untuk sampai ke destinasinya itu.

tiba-tiba di pertengahan jalan, beliau ditahan oleh sekumpulan pemuda.

"Wahai, imam! Berhenti sekejap!" arah salah seorang daripada mereka.

Lalu Imam Syafie pun akur.

"Ada apa ni?" tanya Imam Syafie.

"Wahai imam, kami tahu yang tuan ni seorang yang banyak ilmu, warak dan pandai dalam memberikan pendapat dan hujah. Tapi sebelum kami lepaskan tuan, kami nak tuan jawab soalan kami ni," ujar seorang pemuda lain.

"Baiklah, apa soalannya itu?"

Imam Syafie menyangka pastinya mereka akan menyoal soalan berkaitan hukum hakam feqah...

"Soalan kami adalah... berapa jumlah kaki unta yang tuan tunggangi ni?"

Mendengar soalan itu, Imam Syafie tersenyum lalu mengangguk. Para pemuda itu menyangka, Imam Syafie akan terus menjawab soalan mereka namun...

Tanpa diduga, Imam Syafie terus turun dari tunggangannya. Perlakuannya itu menyebabkan para pemuda tersebut tercengang kehairanan dan saling berpandangan.

"Satu... dua... tiga... empat!" Imam Syafie mengira jumlah kaki unta yang ditungganginya.

"Wahai pemuda, jumlah kaki unta ni ada empat!" jawab Imam Syafie penuh yakin.

Lalu berkata salah seorang daripada mereka,

"Tuan, sebenarnya tuan tak perlu turun pun untuk memberikan jawapan yang kami minta. Dari atas tunggangan pun tuan boleh jawab soalan kami yang mudah tu."

Imam Syafie menjawab,

"Aku turun dari tunggangan ni sebab dalam hati aku ada keraguan. Aku tak tahu, masa aku tunggang tadi, kaki unta ni ada yang cacat ke, ada yang hilang ke... jadi untuk hilangkan keraguan dan waswas, lebih baik aku turun dan kira berapa jumlah kaki unta ni."

>>::<<

Begitulah kewarakan seorang imam tersohor. Kesimpulan yang dapat kita peroleh dari kisah ini adalah, dengan ruangan media sosial yang begitu luas ini sesiapa sahaja boleh komen, bagi pendapat, lontar idea tanpa memikirkan terlebih dahulu adalah ia benar atau masih dalam keraguan. Dan kerana keraguan itulah akhirnya menimbulkan salah faham dan bertikam lidah yang sedikit pun tidak membawa sebarang faedah.

wallahu 'alam.

gambar sekadar hiasan. 
(cerita lawatan anies ke Masjid Imam Syafie @ Kaherah, boleh baca kat SINI.)

thanks 4 reading. 
happy weekends!
daaaa

p/s aduhaiiii bilalah nak habis BW niiiiiiiiiii

48 comments:

  1. was was dan ragu ragu memang boleh mendatangkan perkara yang tidak baik..
    Jadinya kalau tak pasti terutama sekali apa yang ada di media sosial, janganlah disebarkan di komen.. takut salah komen boleh jadi fitnah pula..

    ReplyDelete
  2. Setuju sangat dengan kesimpulan cerita ini hihihi 😀👍

    ReplyDelete
  3. Pelajaran yang bisa saya ambil adalah, hal yang sudah bisa dipastikan pun kita harus hati-hati dalam menanggapinya

    ReplyDelete
  4. Subhanallah, begitu berhati-hati Imam Syafie dalam memberi jawapan. Semoga kita juga sedemikian.

    ReplyDelete
  5. Janganlah kita sampai bertikam lidah yang menyebabkan negative effects.

    ReplyDelete
  6. terima ksih anies yang selalu tinggal komen diblog akak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih jg kak sbb selalu bertandang ke blog ni😄

      Delete
  7. kepintaran Imam Syafie amat mengkagumkan..

    soalan yang senang tetapi dijawap dengan penuh teliti..

    terbaik la penulis blog ini hahahaha

    ReplyDelete
  8. Iya betul kadang sudah tahu
    Tapi demi menghilangkan ragu-ragu
    Sebelum jawab pastikan dulu
    Dan was-was cepat berlalu

    ReplyDelete
  9. APAPUN KEBENARANNYA PERLU DIPASTIKAN

    ReplyDelete
  10. ye most of the time memang rasa ragu2 nak share apa yang orang share. huhu...

    ReplyDelete
  11. ketida pastian, kadang membuat was-was dan salah kaprah kadang :'

    ReplyDelete
  12. betul tu.. inilah dinamakan tauladan..

    ReplyDelete
  13. thanks for the share...turun dan lihat sendiri, baru tidak was was kan...

    ReplyDelete
  14. wow,perkongsian
    sangat2 membantu nie
    tq anies

    ReplyDelete
  15. wah pelajaran yang sangat berharga

    ReplyDelete
  16. Bagus perkongsian ni.. pendek kata, klu nak lontarkan sesuatu pendapat sekarang ni selidikilah dan bg pendapat menggunakan akal, bukan guna kepala lutut hehe

    ReplyDelete
  17. Betulla wak..saya nak komen kat twitter semalam pasal #dewiremaja tapi dok fikir takde manfaat pun komen ni. Lagi satu mungkin boleh buat orang kutuk sana sini saya macam kongsi dosa sama2. Jadi kensel komen. Yang positif je kita komen la kan..

    ReplyDelete
  18. Nice sharing Anies.
    Itulah tak pasti jangan kongsi nanti tak fasal-fasal dapat dosa berjemaah.

    ReplyDelete
  19. Yg baik diikuti..yg buruk dijadikan sempadan

    ReplyDelete
  20. sama la mcm nk p kedai makan ragu2 halal ke tak halal.. ermm

    ReplyDelete
  21. Halal tak halal. Halal tak halal. Eh.

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆