Pages

Thursday 27 December 2018

Selamat pengantin baru Afiq + Ekin vol. 1

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Hari yang ditunggu2 akhirnya tiba...

Jumaat petang lepas Asar 21hb, kami pun bertolak ke Senggarang, Johor. lama betul anies tak jejak Senggarang ni. seingat anies last time anies datang masa darjah 3 kot. fuhhh...

kami tiba kat Masjid Raudhatul Jannah lima minit lagi pukul 8.00 malam. terus ambil wuduk dan solat. then rehat sekejap sebelum Isyak berjemaah.

selesai solat barulah kami bertolak ke homestay. jarak dari homestay ke masjid cuma 1/2 KM je. sampai homestay, benda pertama kena buat dulu adalah makan!! lapar beb! bila jalan jauh ni bukan petrol je kena isi, perut pun kena isi juga.

Sabtu, 22hb...

seawal 5.00 pagi masing2 dah bangun. ni kerana majlis nikah akan berlangsung pukul 8.00 pagi. eh, kenapa awal sangat? sebab hari tu tok imam akan nikahkan 3 pengantin di lokasi berlainan. jadi turn Ekin dengan Afiq ni terpaksalah mengalah ambil sesi pagi. jadi sebab tulah kami terpaksa menginap homestay. kalau nikah pukul 11.00, no problem sebab jarak dari kampung ke Senggarang ni cuma 2 1/2 jam je.

majlis nikah berlangsung kat masjid yang kami singgah pada malam sebelumnya. tetamu  yang datang cuma ahli keluarga terdekat je. Alhamdulillah, majlis berjalan lancar. kira-kira pukul 9.00 pagi semuanya dah selesai.

dari masjid kami ke dewan untuk bersarapan pagi. memandangkan majlis bersanding pukul 2.00 petang, jadinya kami balik ke homestay dulu, lepak2, tidur2 dan sebelum Zohor, kami kembali semula ke masjid untuk berjemaah.

then, kami bertolak ke dewan Senggarang untuk majlis bersanding. majlis berlangsung macam biasa tapi 'highlight' majlis ni adalah........... dia punya hidangan... ya Rabbi... punyalah sedappppppppp namatey!

seingat anies, dah lama betul tak pekena nasi minyak sedap. selain nasi minyak, lauk pauknya terdiri daripada ayam masak merah, daging masak kicap, dalca dan pecelis nenas. anies cuma makan nasi minyak dengan daging masak kicap je. dia punya sedap tu, sampai bertambah 3 kali! siyes! memang sedap.

anies ingat tekak anies seorang je yang rasa macam tu. anies tengok cousin anies yang umur 8 tahun (makan semeja) siap bertambah 4 kali!! dia cuma makan nasi minyak dengan ayam masak merah je. lepas tu adik dia, umur 6 tahun makan daging masak kicap dengan nasi minyak, siap bertambah 5 kali! kitorang dah habis makan dia masih tambah nasi lagi. sampaikan pelayan majlis tu beberapa kali datang ke meja kitorang nak tambahkan nasi hahahaha... kalau ikutkan muka tak malu nak je cakap kat Ekin, mintak tapau nasi dengan lauk! hahaha... BTW terima kasih Aziq Catering kerana jamu kami dengan hidangan yang sedap ni...

then lepas makan, bergambar dengan pengantin, kami pun bertolak balik. Alhamdulillah... segalanya berjalan lancar seperti yang dirancang. insya Allah, hujung bulan depan, majlis di pihak kami pula...

last but not least, selamat pengantin baru kepada Afiq dan Ekin. mudah2an rumah tangga yang dibina ini akan dilimpahi sakinah, mawaddah dan rahmah. aminn....

kek untuk hantaran... anies tolong tempahkan kat cikgu...  butter cream / victoria sandwich. gambar hantaran lain tak snap dengan hp. malas😆😆

practice lafaz nikah. dahlah panjang, tak ada skrip pulak tu. bertabahlah wahai lelaki kalau kahwin dengan orang Johor ni😆

"aku terima nikah..." lafaz kedua baru lancar... sebab afiq memang gugup masa tu😊

selesai akad, tok imam minta mempelai baca lafaz taat setia (betul ke lafaz taat setia?) dua2 kena baca. tulisan jawi lafaz tu. yang tak reti baca jawi get ready ya...😆😆

nak sign borang pengesahan nikah rasanya...

yang baju biru tu wali Ekin... tak silap adik kepada ayah Ekin...

update: baru dapat gambar ni kat WA... masa ni belum sarung gelang lagi... see... budak yang baju biru kat belakang tu😆😆😆

kebetulan ada beca milik orang masjid yang turut hadir. pengantin pinjam kejap untuk posing lepas majlis...

yeay... my new cousin. welcome to our family... dari masjid terus ke dewan untuk bersarapan... sila abaikan mem besar yang tak ready lagi tu...

ni je gambar yang ada masa bersanding. tinggi yakmat punya pelamin. gambar2 lain semua dalam kamera. malas nak transfer... 


okey tu je untuk hari ni... thanks 4 reading...

daaa.....

46 comments:

  1. Alhamdulillah.. semoga pasangan pengantin bahagia hingga akhir hayat.

    ReplyDelete
  2. Comel tngk pengantin di beca 😍

    ReplyDelete
  3. Selamat pengantin baru Afiq dan Ekin. Moga perkahwinan kalian diberkati Allah dan panjang jodohnya sampai ke syurga. InsyaAllah, Amin.

    Kalau dah makanan sedap. Memang confirm makan bertambah-tambah kan Anies... 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. rs nk bw blk tukang msk skali😆

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  4. Selamat pengantin baru buat sepupu Anies

    ReplyDelete
  5. Cantik pelamin dia.. semoga penganti diberkahi Allah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi tggi sbb ats stage😂. pastu pelamin siap bertangga😆

      Delete
  6. selamat pengantin baru! semoga berbahagia hingga ke syurga

    ReplyDelete
  7. SELAMAT PENGANTIN BARU PASANGAN MEMPELAI CANTIK SEPADAN

    ReplyDelete
  8. weiii mana pic makanan sedap tu...nak tgk jugak...nak jugak terliur samaaaaa

    ReplyDelete
  9. Selamat pengantin baru Afiq dan Ekin....Awet sampai kakek nenek..!!!
    Saya mau juga makan nasi minyak dan ayam kicap...yummy...

    ReplyDelete
  10. selamat pengantin baru!! sedap sgt lauk tu. hahaha

    ReplyDelete
  11. baru tau nama tempat kt joho. hahaha patut tak pernah dengar

    ReplyDelete
    Replies
    1. sik baik org utara. jiran johor pn lom tentu tau😆

      Delete
  12. Acaranya sederhana tapi penuh hikmat. Jadi iri nih, kapan saya bisa kawani ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mas udah nyanyi lagu wali band 'cari jodoh?' 😆

      Delete
  13. Alhamdulillah.. tahniah buat pasangan mempelai. Semoga berbahagia dan diberkati hingga ke syurga.. aamiin :)

    ReplyDelete
  14. Comelnya pasangan mempelai posing naik beca! Selamat pengantin baru!

    ReplyDelete
  15. Selamat pengantin baru utk sepupu Anies...lamanya tak makan nasi kenduri..laparrrr
    Nota: masa bw ni.. Akak blm makan lagi ok.

    ReplyDelete
  16. Selamat pengantin baru buat kedua mempelai.
    Bagai pinang dibelah dua.

    ReplyDelete
  17. Perggh... lepas akad nikah terus naik beca... terbaik la...

    ReplyDelete
  18. siap dpt pinjam beca tu hehehe

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆