Pages

Monday, 3 December 2018

Malaysia vs Thailand, SF 1st leg AFF Suzuki Cup 2018 @ SNBJ

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Lepas berjaya menghalang Myanmar tempoh hari, of coz penyokong dan peminat HM tak sabar nak tunggu game seterusnya menentang penyandang juara.

sebelum game, ramai menjangkakan pertembungan HM dengan Gajah Perang ni bukan suatu yang mudah. kalau dapat 1 gol, dah kira hebat. kalau dapat 3 gol, memang boleh tarik nafas lega.

tapi Thailand takkan beri laluan mudah. sama juga macam kitorang (eh ehh tetiba) yang 'bertungkus lumus' cari tiket. hari Khamis terjah SNBJ, bila sampai sana... dia punya Q.. ya rabbi... panjang giler!

fikir punya fikir, cari alternatif lain. dalam kepala dah set, insya Allah ada rezeki pasti dapat.

then terjumpa tweet seorang runner yang sudi belikan tiket. Alhamdulillah, deal dengan dia pun smooth je. then... SNBJ... here we come!!!

anies pergi dengan blogger SalbiahM. biasalah.. geng bola kena pergi dengan geng  Menyu bola. takkan nak pergi dengan geng ballet pulak kennnsss...

kami naik tren dari LRT Ampang dan sampai SNBJ dalam 6.30. suasana dah meriah walaupun belum masuk stadium.

kami ke surau dulu untuk berwuduk then barulah masuk stadium. mencabar betul bila berselisih dengan lelaki. dah lah ramai... hehehe... (boleh je berwuduk kat dalam stadium tapi faham2 jelah Q dia macam mana...)

masuk je stadium, ada bahagian seat dah penuh. since Sal okey je nak duduk kat tier 3, kami terus naik. Alhamdulillah dapat seat and view pun okey walaupun jauh. janji dapat seat dari kena duduk atas tangga.

cakap fasal game, jujur cakap bila Thai 'parking bus' Malaysia seharusnya segera tukar tektik menyerang. Mat Yo tak bolehlah nak berlagak macam menyerang Laos tempoh hari. pemain seharusnya berani buat sepakan terus ke gawang bila dah masuk kawasan gol. bukan teracah2 cari pemain dan akhirnya pemain Thai berjaya clear kan bola.

yap, Thai tak main and tunjukkan 'taring' sebenar. mereka memang simpan untuk 5hb nanti. bagi mereka, 0-0 sangat positif dengan hanya 1 gol di Rajamangala sebelum melangkah ke final.

apa2 pun anies harap HM berjaya buat sesuatu. HM boleh buat lebih baik dan Insya Allah pastinya ada rezeki, kita jumpa lagi kat SNBJ final nanti! ayuh HM!

tiket yang menjadi rebutan. dengar cerita ulat tiket mark up kaw kaw... perghhh tu yang tiket laris bak pisang goreng panas!

runner yang bagus👍👍👍👍. nama dia Nasrul. dia ada di sekitar Gombak, Setapak dan kawasan berhampiran. kalau korang nak dapatkan khidmat Nasrul, contact je nombor ni: 017-5480983 kalau nak tau, dia cas untuk belikan tiket kitorang cuma RM5 je padahal dia juga beratur bersesak kat SNBJ tempoh hari. 

The Scouser and Jordan Henderson The Reds Wolves. tapi hari tu kami jadi 'ekoq' HM ekekeke. pe hal amik gambar depan orang jual air ni? hahaha credit gambar: blogger Sal 

sekejapan je dah penuh...

sebelum game... dianggarkan penonton yang hadir seramai 87 000++ orang!! wow! kalau masuk final? fuhhhh lagi sesak! tetiba  teringat game WC Qualified 2014 vs Singapore. masa tu SNBJ belum renovate. lagi ramai giler!

player baru masuk padang

seperti biasa...ekor HM (Ultras Malaya) sentiasa ada dan jarang menghampakan

jangan lupa saksikan semi final 2nd leg pada 5 Disember nanti. insya Allah, kita doakan HM kembali dengan kejayaan dan seterusnya mencipta sejarah melangkah ke final sekali lagi.


p/s kalau tak kerana game hari Rabu, dah lama join ekor2 HM ke Bangkok esok 😭😭😭

23 comments:

  1. amboi..ke bangkok yer..untungla..gud luck HM..:)

    ReplyDelete
  2. Wah.. Bestnya.. Seronok bila tengok ramai-ramai macam ni..

    ReplyDelete
  3. Tu diaaa... peminat bola kemahen posing...
    Mrs. A nonton TV kat rumah jer...
    Kat Stadium Raja Manggala nanti Air-Asia bagi tiket free betui ka?

    ReplyDelete
  4. Entah mengapa tiga perenggan pertama tu saya baca macam gaya pengulas sukan pencen heheheh

    ReplyDelete
  5. wah semangat gitew ... Bangkok tengok bola!!!! ... CB tak mampu kot... tgk kat umah je laaa ..
    HM semoga Berjaya melangkah ke final okew ;)

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah HM dah dapat ke final

    ReplyDelete
  7. Semalam masuk padang tak Anies? Malaysia menang kan..alhamdulillah..

    ReplyDelete
  8. kemain harimau 2 org ni.. hahaha.. tahniah HM

    ReplyDelete
  9. Tahniah HM.. semoga terus mara dan berjaya!

    ReplyDelete
  10. Ambik cas RM5 je? Murahnyaa.
    Dah boleh simpan utk next game, hehe.

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆