✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Bersambung dari SINI.
Hari ni hari malas sedunia hahaha... so
mem besar turut terkena angin kemalasan walaupun hati meronta2 nak
update.
Jadi, nak update punya pasal kita
layankan jelah. Tapi malas nak taip panjang2. Dan macam biasa, point
by point laa yek.
Kalau tak faham, tanya je kat kotak
komen kat bawah.
💙untuk ke TZ, kami menggunakan Bannan
Line (laluan biru) dan berhenti di Stesen Zhongxiao Fuxing.
💙dari Stesen Zhongxiao Fuxing kami
tukar laluan coklat (Wenwu Line) [platform cuma bersebelahan je] dan
terus ke Stesen MRT Taipei Zoo.
💙sebaik tiba, kami jalan kaki ke
Maokong Gondola (MG). Jaraknya cuma 500 meter je.
💙orang agak ramai tengah beratur nak
beli tiket. Kalau nak cepat, sila guna Easycard. Tapi untuk laluan
pergi ni, kami beratur beli tiket kat kaunter. Balik nanti baru guna
Easycard. Kalau guna Easycard boleh dapat diskaun.
💙lebih kurang 15 – 20 minit menunggu
turn untuk naik gondola sebab orang sangat ramai (cuti Labour
Day)
💙bila dapat turn naik MG, ingatkan
boleh berdua je, rupanya kena share dengan 2 penumpang lain. Nasib
baik perempuan...
💙MG ni ada 3 stesen transit. Dan harga
tiket MG untuk ke setiap stesen transit berbeza.
💙stesen transit MG adalah Taipei Zoo
South Station, Zhinan Temple Station dan Maokong Station.
💙view dari atas MG memang awesome!
Lebih2 lagi view lereng bukit dan gunung ganang. Siapa suka alam
semula jadi, nah! Ni peluangnya!
💙seperkara yang perlu korang tahu,
sebelum ke MG, tolong check website MG. Sebab ada waktu2 tertentu, MG
close for maintenance spot check. Biasanya makan masa lebih seminggu.
Ingat, check website MG sebelum datang!
💙sebaik keluar dari stesen terakhir,
kami pun merayau2 kat sekitar kawasan tu. Banyak peniaga tepi jalan
tapi kebanyakannya menjual makanan dan minuman.
💙nina singgah beli ais krim (green tea
– kalau tak silap) and anies pulak bantai air tebu. Punya sedap air
tebu dia...sampai teringat2 hahahaha
💙hampir sejam merayau2, kami kembali
ke stesen dan berpatah balik dengan MG hingga ke stesen di mana kami
naik tadi.
💙Alhamdulillah... tak sangka datang ke
Taipei dapat naik cable car sampai 2 kali. Thanks nina sebab
kemukakan plan ke MG... err... bila kita nak ke Taiwan lagi ni?
hahahahaha
💙tak ingat ada shoot video ke tak masa kat sini. kalau ada nanti anies update.
dah sampai kat stesen MRT TZ...then ikut je signboard...
stesen ni juga dikenali sebagai Taipei Zoo Station. so, jangan keliru dengan MRT Taipei Zoo ya...
Maokong Gondola Service Information. kat situ juga ada kedai MG souvenir... tapi mahal lor...
as i said, orang ramai giler... tapi kejap je kena beratur tu...
tunggu turn... kalau tak silap kena bayar guna tunai. beli online pun boleh juga. tapi bayar guna Easycard lagi best sebab dapat diskaun 20%
tiket kami...
dah sampai kat platform... tunggu turn nak naik gondola...
yeay...gondola pink kami dah sampai...
ketinggian dan jarak dari satu stesen ke satu stesen lain...
view dari atas MG
bila gondola berhenti di stesen transit...
dah sampai di stesen terakhir... jom merayau!
ada 2 cabang jalan. kami ikut jalan yang ni sampai ke hujung...
sambil jalan snap laa apa2 yang patut...
okey, jom balik...
2 amoi ni satu gondola dengan kami otw balik...
otw pergi tak dapat snap dekat2... dah balik baru dapat...
singgah sekejap kat kedai MG souvenir... tak beli apa2 sebab mahal...
okey tu je perkongsian hari ni... thanks 4 reading..
have a nice weekends!
daaaa
Hebat banyak sekali tempat melihat keindahan dari atas gunung.
ReplyDeletedi taiwan memang banyak cable car
DeleteNama dia pun MRT juga ya..
ReplyDeletex. ni maokong gondola. mrt sm mcm mrt kt sini
DeletePoint point pon ok jew🙂😎😃😃
ReplyDeleteni keje si pemalas😄
DeleteSuka pulak tengok lukisan kat gondola tu.. idea yg menarik sbb boleh hilang stress terutama buat kanak2 dan yg takut pada ketinggian. Patut ada lukisan2 yg mcm tu pada gondola yg ada kat malaysia ni hehe
ReplyDeletecabale car kt langkawi n genting harus tiru kan..
DeletePemandangan dibawahnya indah sekali.
ReplyDeletebetul tu mas
DeleteSUKANYA ANIES DPT NAIK GONDOLA KAT SITU..VIEW PUN CANTIK..ADA BUNGA RAYA JUGA TU
ReplyDeletebetul tu kak
DeleteAdoi.. seram tengok gondola tu.. hahaha tapi pemandangan dan kawasannya cantik..
ReplyDeletebg yg gayat mmg seram😄
Deletebestnya anies dapat naik cablecar, cantik pulak pemandangan kat situ.
ReplyDeleteAkak dulu pergi tak pulak dibawa ke situ... huhu, ni yang rasa macam nak kena pergi lagi sekali
jom kite g sesama😊
Deleteterbaek tempat ni.. mcm nak g genting. hehe
ReplyDeleteyg ni klh genting😊
Deletecantiknye...suka bila view hijau cmtu...
ReplyDeletekannn😊
DeleteTengok kabel car ni teringat pulak time naik cable car kat Langkawi dulu haru-biru betul Mr. A sebab dia sejenis gayat hahahaha... sampai kena bahan dengan anak-anak dia. Sabar yolah
ReplyDeleteoo ye ke😊nmpk nyer xleh ajk naik MG ni
Deleteawesome....love it
ReplyDeletetqvm
DeleteBerapa elevation gain dia?
ReplyDeletealamak, lupa check laa farah ;-)
DeleteUntung la dapat naik gondola Maokong ni. Masa saya ia tutup untuk maintainence huhuhu...
ReplyDeletetu laa sy tingat entry tuan... dah laa kami ms tu x check pun main redah je
DeleteComelnya gondola pink!
ReplyDeletekann😊
DeleteAwat cute sangat gondola MG tu
ReplyDeletetu tarikannya😊
Delete