✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Dah lama teringin nak pergi esp. tiap kali ternampak signboard tentang ekspo kucing. bila tak jumpa/ nampak, terus terlupa. then bila jumpa / nampak balik, event dah tamat. so menyesal sampai ke sudah hahaha...
tapi kali ni memang dah nekad nak pergi walaupun sebelah petang ada appointment dengan doc. tapi bila check kad appointment, rupanya tarikh 7hb. apa lagi... anies terus bersiap dan pecut ke MATRADE.
Alhamdulillah cuaca sangat baik. sampai je kat MATRADE, tengok parking dah penuh. almaklumlah, hari Sabtu kan...
masa tengah cari2 parking tu, tiba2 staf event buka parking baru. alhamdulillah... dekat sangat dengan pintu masuk dewan.
event ni berlangsung selama 3 hari. nak masuk kena bayar RM5 and kanak2 bawah 12 tahun FOC. untuk parking pula, RM5 per entry.
sampai je kat dewan, benda pertama kena buat adalah beli tiket. setiap pembelian akan diberi buku baucer dan tag. baucer2 yang ada boleh redeem kat booth yang ambil bahagian. selain tu, dalam buku baucer ni juga ada form untuk lucky draw. isi dan masukkan dalam kotak yang disediakan. lucky draw kalau tak silap anies diumumkan pada setiap jam.
since ada 2 dewan yang melamgsungkan event ni, anies masuk dewan A dulu. sebaik saja masuk, mata dihidangkan dengan booth2 yang menjual makanan kucing. kalau sebelum ni, kita cuma kenal Royal Canin, Power Cat etc, bila dah masuk sini.. haaa amik kau! macam2 jenama ada!
selain tu, ada juga booth yang menjual syampu kucing, ubat kurap, aksesori kucing dan banyak lagi. bagi yang memelihara kucing, masa nilah diorang tunggu untuk mendapatkan makanan kucing yang murah.
kemudian anies beredar ke ruang legar di mana kucing2 yang bertanding sedang diperiksa dan diadili oleh pakar2 veterinar dari luar negara.
masa ni laa paling best dapat tengok kucing2 yang bukan sahaja gebu2 tapi sihat, cantik, montok dan terjaga. sambil2 tengok tu sempat juga laa anies tanya pemilik2 kucing tu tentang usia kucing, jantinanya dan cara2 diorang menjaga.
selain kucing kat sini juga pengunjung boleh jumpa dan pegang ular sawa, guinea pig, arnab, ayam hutan etc. pendek kata datang ke sini macam dah ke mini zoo laa pulak.
overall, ekspo ni memang best. dalam syok2 layan kucing and haiwan lain, sedar tak sedar masa berlalu pantas...
main stage. pemenang lucky diumumkan di sini...
tag dan voucher book diberi kepada setiap pengunjung...
directory...
sebaik melangkah masuk dewan... pelbagai booth jualan sedia menanti...
selain makanan kucing, aksesori kucing turut dijual... ada yang murah ada yang mahal...
pelbagai ikan laga dijual...
cicak unik - gecko. nak try pegang tapi tak berani... ahahha
ni bukan kuih ya tuan puan... tapi anak2 ular... ya anak ular!! tengoklah harganya tuuuuu...
ruang legar di mana pertandingan kucing sedang dilangsungkan...
juri sedang mengadili kucing2 yang bertanding mengikut kategori...
antara kucing yang ambil bahagian.... eee dari dulu lagi anies memang suka dgn BSH ni....gerammmmm...lebih2 lagi dia sempat pula tu keluarkan tangan dia yang montoks tu...
sebelah main stage... arnab dan ayam hutan yang jinak... geram dibuatnya...
ni ular sawa species paling kecil, kata staf bertugas. niat di hati nak pegang betul2... ye laa seumur hidup memang tak pernah pegang ular... jadi mem besar sentuh sikit je. tu pun dah meremang hahahaha
boleh teka tak ni haiwan apa? Llama? Alpaca? anak kuda? comel sangat tauuu... jinak pulak tu... bulu dia lembuttt sangat...
bukan hamster tapi guinea pig... soooooo cute!!
para pengunjung sedang beratur untuk membeli dan redeem voucher...
peminat2 kucing jangan lupa dapatkan majalah khas tentang haiwan peliharaan iaitu 'Hai Meow'...
masuk dewan B... lebih kurang sama macam dewan A.. dipenuhi booth dan orang ramai...
yeayyy akhirnya jumpa juga arnab bertelinga panjang... kata si penjaga arnab, telinga dia akan tetrus panjang mengikut saiz badan... wow!! ini Pinocchio versi arnab kot? hahahaha
arnab ni sangat2 kiut sebab bawah mulut dia ada gumpalan lemak tebal dan seterusnya menjadikannya sangat2 comelllll tapi takut orang hahaha...
ni burung sangat jinak loh... geram dibuatnya!
antara kucing yang ambil bahagian... sooooo cuteeee!!
baka mainecoon ni sangat2 besar. tengok ekor dia je pun dah macam berat sekilo hahaha
hakim sedang menilai dan menguji kucing sphinx...
yang berhajat nak bela kucing boleh datang ke sini....
di luar dewan... pelbagai jenis food truck disediakan untuk pengunjung mengalas perut...
okey tu je perkongsian hari ni... thanks 4 reading!
p/s tahniah Wany Hasrita!
Pergh.. Macam-macam haiwan ada ye.. Bukan setakat kucing.. Kalau bawa anak-anak Sha nie memang riuhlah bertanya.. kikiki..
ReplyDeleteyap...kalau bw anak2 mmg diorg terlajak excited punyalah
DeleteWah! bestnya mesti asyikkan kalau pergi expo kucing ni.
ReplyDeleteTahun lepas ke dua tahun lepas Mrs. A pergi yang dekat Seremban ni sama jugak ada arnab telinga panjang macam tu hehehe...
comel kan? rs nk tarik2 je telinga pnjg dia tu hahaha
DeleteBestnya pergi Ekspo Kucing! Rindunyaaa nak pegang kucing T^T
ReplyDeletepegang je farah mn2 stray cat yg ada ;-)
Deletejgn ayam tu bersabung dah.. hehehe
ReplyDeletetu bahaya ;-)
Deletesuka kucing ngn rabbit.. comel dan gebu.. yg dlm bekas ingatkan jual makanan kucingm rupenye ade anak ular.. OMG
ReplyDeletetu laa psl sy pn ingatkan org jual kek ke kuih ke
Delete>.< warghh i've to skip lelaju coz ada gambar ular! Beraninya anissss.. nasib ada kucing penyejuk hati hahaha
ReplyDeletenk try pegang jg walaupn seremmm😆
Deleteomg this is heavennnn
ReplyDeleteteramat heaven!
DeleteSeronoknya ekspo ni.. sy pun peminat kucing, tp tak berkesempatan nk ke ekspo ni.. best
ReplyDeletemmg seronok sgt2
Deleteeeee geramnya tgk BSH.. abah bg ada bela sepasang.. comel. awat jauh sgt tak boleh tengok
ReplyDeletenk wat cm ne... kalu bebas habis kn ramas dgn pengunjung😆
Deleterugi pulak tak join expo ni sebab saya suka kucing
ReplyDeletenext time pg tau😊
Deletebahagia je tengok kucing tu tido
ReplyDeletekannn
Deletewow cute betul pet yang ada tu
ReplyDeletesemua kiut n gerammm😀
Delete