Pages

Tuesday, 28 August 2018

Nantou, Taiwan: Sun Moon Lake - free n easy a.k.a merayau-rayau

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Bila hampir seminggu tak update, maka angin2 kemalasan mulalah melanda diri. ish... tak boleh dibiarkan! nanti melarat memang payah nak 'sembuh'. jadi, suka ke tak, payah ke tak... kena juga update!

so, marilah kita mulakan dengan cerita Taiwan yang masih tak habis2 lagi ni. cerita Aidiladha tak ada. sebabnya gambar pun 2 - 3 ketul je. lepas tu, mama pulak kena strok haba...

raya kali ni memang betul2 panas! kipas kat rumah tu, 24 jam berputar. air cond apatah lagi.

back to the title... cerita kami kat Taiwan ni bersambung dari SINI. yang ketinggalan kereta api, silalah skodeng ya...

well, rasanya bolehlah kot anies claim yang Sun Moon Lake (SML) ni adalah highlight trip kami.

salah satu tarikan or a must-see place kalau dah sampai Taiwan adalah SML. sebenarnya banyakkkkkk nature spot yang boleh dilawati di sekeliling pulau Taiwan dan SML berada di kedudukan paling atas. so, make sure kalau korang ada plan nak ke Taiwan nanti, singgahlah di SML. setengah hari memang tak cukup. paling kurang 2D 1N.

kami stay kat sini 3D 2N. perjalanan kami dari Chingjing Farm berhenti di Puli Bus Station. dan dari Puli ke SML mengambil masa kira2 30 minit saja. sepanjang perjalanan, kami dapat menikmati suasana kampung dan alam sekitar yang menghijau. terasa macam balik kampung laa pulak hahaha...

dari dalam bas, bila dah sampai... nampak je tasik SML hati dah melonjak gembira. akhirnya impian kami tercapai jua...

rasanya anies pernah beritahu dalam entry sebelum ni, trip kami ke Taiwan ni lebih kepada 'nature's trip'. kami cuma nak tengok kehijauan dan alam semula jadi sahaja. penat laa asyik2 tengok bangunan dan hutan batu. sesekali layan nature, apa salahnya, kan?

kami sampai di Shuishe Visitor Center (SVC) kira-kira pukul 3.00 petang. lepas turun bas, terus cari hotel. entah macam mana, walaupun dah print screen map hotel tu pun, kami boleh tersesat. aduyaii... sorry nina... kepala biol masa tu hahaha...

dengan bantuan seorang len chai tua (hahaha) yang begitu peramah dan sedia membantu, akhirnya kami jumpa hotel. memang dekat pun dengan SVC tapi kami meraban entah ke mana...

usai urusan check in, kami pun keluar merayau kawasan berdekatan... Alhamdulillah, cuaca hari itu sangat2 baik sampai ke malam.

tiket bas dari Chingjing Farm ke Puli Bus Station. harganya NT125 sehala. dan perjalanannya memakan masa hampir sejam.

kami turun di Puli Bus Station. kecil je bangunannya. anies tercari2 jugalah signboard station ni tapi tak jumpa / tak ada (mungkin ada tapi dalam bahasa Mandarin). cuma yang anies perasan, station ni bersebelahan dengan restoran KFC. so, 'landmark station ni adalah KFC...

kaunter tiket. day pass Chingjing / SML boleh dibeli kat sini.

bas untuk ke SML. tapi bukan bas yang ni kami naiki. 

ada cerita 'bakau darah' berlaku kat sini. masa sebuah bas tiba, kami pun tanya kat seorang pak cik ni. dia ni kira macam supervisor bus laa kat situ. anies tanya sambil tunjuk tiket, "bas ni ke SML ke?" (dalam BI ) dia mengangguk (tanpa sebarang ekspresi). jadi kami pun cepat2 simpan luggage dan naik. tapi masa nak serahkan tiket, driver bus cakap, bas tersebut bukan nak ke SML. nina  pula dah menonong cari tempat duduk. anies terus panggil dia (menjerit dan penumpang lain tengok je kitorang) dan kami pun turun. masa tu punyalah menyirap darah dibuatnya!! geram dan nak maki marah je kat pak cik tu. jadi, kami pun 'pasang dendam' kat pak cik tu dengan snap gambar dia dari jauh. tapi tak dapat. esoknya, kami jumpa pak cik tu kat SML. cepat2 kami snap gambar dia. habislah kau pak cik. dah kena viral dengan kitorang hahahaaha... nanti ek kitorang share gambar pak cik tu...
(ni sekadar selingan je... tak de laa sampai berdendam bagai... kitorang okey je. no hurt feeling pun hahaha)

tiket bas dari Puli Bus Station ke SML. harganya NT58 sehala... perjalanannya memakan masa kira-kira 30 minit je...

suasana dalam bas... alhamdulillah... masa ni memang happy sebab itinerary kami dah berjaya walaupun baru separuh jalan... haa tepuk!

Alhamdulillah... kami dah sampai SML!! bas kami berhenti kat sini, Shuishe Visitor Center (SVC). dari info yang anies dapat, kebanyakan bas sama ada dari Taichung, Taipei, Alishan etc akan berhenti di sini untuk ambil dan turunkan penumpang. kiranya, nilah 'terminal bas SML'... 

turun je bas, kami terus cari hotel. tapi entah macam mana... boleh tersesatlah pula... waduh... ya ampun mbak nina... yang ni pula, laluan menuju ke hotel yakni belakang bangunan SVC...

check in hotel agak lewat yakni pukul 5.00. jadi, kami letak beg dulu dan lepas tu keluar merayau2... dan tentulah tempat pertama yang kami tuju SML pier atau Shuishe Pier... kelihatan bot2 penumpang yang digunakan untuk menerokai SML...

boleh baca tak? 

lokasi kami berada ni kira macam tebing SML tapi sangat tinggi. so nak turun ke bawah, kenalah cari tangga dulu...

dah sampai tepi tasik... laluan 'berkayu' ni terdapat di sekeliling tasik (sangat panjang okey!). ramai pengunjung menggunakannya sebagai trek berjogging atau berbasikal... dan kami menyusuri trek ni sampai ke tempat orang ramai...

cuaca redup je masa ni...

berdekatan port mengambil dan menurunkan penumpang bot... baru separuh jalan mem besar dah sakit pinggang hahahaha

nina - bila dah tak ada kerja.... dok menghabiskan kodak hahahah

penat berjalan, kami singgah Starbuck. sebenarnya nina nak cari entah apa Sakura... tapi dah tak ada lagi minuman tu... sambil makan, macam biasa laa... kitorang membawang hahaha... pada masa yang sama, menanti sunset...

tak nampak sunset pun hahaha... tau2 je dah malam... masih lagi kat Starbuck...

dari Starbuck, kitorang menapak ke kedai2 yang terdapat di sepanjang jalan SML. suasana tak begitu sibuk tapi meriah...

dari satu kedai ke satu kedai... ada macam2 kedai dan restoran. kami cuma tuju kedai2 souvenir je. tujuannya nak buat perbandingan harga. kalau mahal, kami beli kat Taipei je....

okey, tu je lah cerita untuk hari ni... anies belum mula BW... harap bersabar ya...

thanks 4 reading... daaaa

26 comments:

  1. kalaulah cik nor ikut anies..confirm anies jadi pemandu pelancong cik nor..haha

    ReplyDelete
  2. Tak nampak sangat gunung dekat belakang tu. Sebab kabus ke?

    ReplyDelete
  3. SESEKALI TERKENA JUGA YA ANIES..CNTIK VIEW LAUT SML BOT2YA BESAR

    ReplyDelete
  4. part merayau-rayau tu best. hahaha.. teringat si ulat tiket tu

    ReplyDelete
  5. cantik view nya..
    pakcik tu tak faham lah gamaknya you.. sian dia. jgn viral ye.. hehehe

    ReplyDelete
  6. Cantiknya pemandangan kat SML tu. Moga malam ni boleh pergi dalam mimpi...

    ReplyDelete
  7. Menarik.. tempat ni nampak bnyk suasana semulajadi dan unik walaupun dlm kawasan urban.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kerajaan taiwan mmg jg sgt2 SML ni sbb tu keindahannya masih terpelihara

      Delete
  8. Nice photo. Suka pulak tengok pemandangan tasik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg boleh ralit tp sbb dah ptg kami xberlama lamaan kt situ

      Delete
  9. obersea lagi.. bestnye tgk2 tempat orang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu fiza tgk org tmpt org suasana asing etc

      Delete
  10. Nice sharing.nice photo..terasa mcm nak g sana.tq for sharing.

    https://www.celikvitamin.com/blog/pengedar-youth-skincare-shaklee-seluruh-malaysia-sabah-sarawak/

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya allah ada rezeki pasti nad akn smpi sn

      Delete
  11. Nampak macam tak sibuk tapi suasana malam tiba2 orang jadi ramai pulak..ada pasar malam ye? :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. xde psr mlm tp org ramai serbu kafe, pub, resto😊

      Delete
  12. Pakcik tu conform tak faham apa anies cakap.. kikiki.. takpe.. pengalaman kan Anies.. lawa gambar pemandangan kat tasik tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kami tunjuk tiket, bkn tanya je.. ee geram kalu igt blk😆

      Delete
  13. menarik btul SML smpi kena duk berhari kat sana bru puas ye..hehe

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆