Pages

Monday, 30 July 2018

Taipei ➡ Taichung dengan TRA Tze-Chiang

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Bersambung dari SINI.

penat berjimba sana sini, maka tibalah masa untuk meninggalkan Daan Park. dari Da'an Park, kami naik semula MRT dan terus ke TMS. sebaik tiba, kami kembali semula ke hotel (boleh baca kat SINI) untuk collect luggage. selesai semua, kami kembali semula ke TMS dan kemudian turun ke tingkat bawah di mana terletaknya TRA departure hall.

plan asal kami bila dah sampai Taiwan ni, kami memang nak rasa / naik semua public transport yang ada. since kami dapat tahu yang public transport kat Taiwan ni very2 efficient, why not kita cuba semua, kan? dan tanggapan tu walaupun bukan 100% efficient tapi kami berpuas hati walaupun terpaksa berdiri selama 2 jam setengah sebab tak dapat tiket yang ada seat. 2 jam setengah yu ols!! bukan takat kejang je... rasa nak tercabut kepala lutut pun ada. waaaarrrrggghhhh!!!

tulah situasi yang kami hadapi masa naik kereta api TRA ni. kereta api ni macam ETS tapi ETS tak membenarkan penumpang berdiri, kan? tapi TRA ni... anies rasa penumpang dari Taipei sampai Taichung sentiasa penuh setiap kali dia berhenti di stesen2. kalau nak ikutkan, ada je kereta api laju (HSR) dari Taipei ke Taichung tapi ye laa... kos tambang tu kena fikir juga kan...

oh ya, harga tiket kereta api ni NT375 sehala. korang boleh beli on the spot (walk in) or sehari sebelum bertolak pun boleh. nak beli online pun tak de hal tapi kena selalu check website dia laa kalau nak dapatkan seat. kami prefer walk in je (sebab malas nak deal dengan kredit card, password bagai)  dan kami beli sewaktu sampai di Taipei (cerita kat SINI)

Alhamdulillah, tepat pukul 5.30 PM kami sampai di Taichung Railway Station. time tu orang agak ramai. mungkin ada yang baru balik kerja, balik sekolah etc. keluar saja dari perut kereta api, benda pertama yang kami cari adalah tempat duduk.

lenguh beb kena berdiri lama! (masa perhimpunan sekolah dulu pun tak de laa lama macam ni) nasib baik laa kami tak pitam ke, muntah ke tadi... sambil duduk tu sempat juga laa ber'online' sebab wi-fi kat stesen ni laju berdesup... (taklah berdesup mana pun tapi boleh laa)

dah hilang penat, barulah kami tinggalkan stesen.

nak gambar? okey... macam biasa kan... apalah erti taip panjang2 tapi tak ada gambar...

keee... korang memang nak tengok gambar je tanpa baca apa yang anies dah taip ni? hah?? okey, kita putus kawan!!

tiket TRA. dah beli siap2 sehari sebelum ke Taichung. nampak tak perkataan 'NO SEAT' tu? haa... yang lutut tak kuat, parkinson... dinasihatkan beli tiket TRA ni at least 2 minggu sebelum bertolak ya... kalau tak nak naik TRA, HSR ada...

TRA departure hall entrance... kami tak masuk ikut gate tu. tapi just tunjuk tiket kat staf (bertopi hitam) yang ada kat situ...

anies terlupa apa fungsi gambar ni... bukan kedudukan gerabak... bukan juga stesen2 kecil.. dan bukan juga jenis kereta api yang bakal dinaiki.. hmmm apa yek??

ada macam2 jenis kereta api... setiap destinasi lain kereta apinya... jadi pastikan bila korang naik TRA ni, kereta api / platform mesti betul ya. kalau konfius, tanya je orang atau staf TRA yang ada... kami pun silap platform juga. mujur platform cuma sebelah je...

platform... menunggu kereta api eh ehh... dah macam tajuk novel Norhayati Berahim laa pulak haaha korang pernah baca tak? kalau tak pernah, silalah cari kat kedai buku ya!

eh ehh ada pakwe curi2 ambil gambar kitalah hahaha...

macam ni lah keadaan dalam gerabak. macam kami cakap tadi, kami tak ada seat. jadi berdirilah sampai ke sudah... laluan antara kerusi dan ruang depan kerusi agak sempit... terpaksa berhimpit2 kalau tiba di mana2 stesen dan penumpang bertambah...


bila laa nak sampai ni... kaki memang dah lenguh tahap gaban dah niiiiii....

Alhamdulillah, tepat 5.30 petang kami selamat sampai di Taichung.. korang tengok laa suasananya... ramainya oranggggg...

benda pertama sebaik keluar gerabak adalah... cari bangku!!!! dapat je bangku, handphone berbunyi...tu tandanya ada wi-fi free! apa lagi... sempatlah kami berWA sekejap dengan penduduk Malaysia...

kereta api yang kami naiki... Tze-Chiang train... destinasi terakhir train ni adalah Koahsiung...

suasana dalam stesen train Taichung...

kami terus cari Info Counter sebab nak tanya arah jalan ke hotel... walaupun dah print screen map tapi tetap nak tanya juga... nak puaskan hati... sorry gambar gegar...


stesen train yang kami turun tadi... under construction... bangunan lamanya kecil je dan tak dirobohkan pun... mungkin nak jadikan kenangan kot sebab stesen ni dibina sejak zaman penaklukan Jepun...

okey... tu je laa cerita kami... sebelum tu anies minta maaf sebab belum sempat nak berBW... ada pun hari tu sekerat je... nanti anies sambung balik ya... thanks 4 reading... and your birthday wishes as well...

daaaa...

30 comments:

  1. Sekali pandang platform kat gambar tu mcm kat kl sentral pula hihii.. tp sesak2 org kat sana tu tak sesesak kat sini smpi rimas lemas nampaknya kan.

    ReplyDelete
  2. Ya Allah hai. Jenuhlah berdiri 2 jam setengah T_T

    ReplyDelete
  3. PENAT JUGA NAIK TRANSPORT TANPA SEAT NI LAINKALI BAWA KERUSI PLASTIK HEH..HEH..

    ReplyDelete
  4. syoknya dapat jalan2 macam anies..cik nor tgk tulisan pun dah biol..haha

    ReplyDelete
  5. Wah, ada macam2 jenis pengangkutan awam yer... Best jugak, orang awam tak pening cari parking kalau nak ke sana sini...

    ReplyDelete
  6. Ramainya umat manusia.. memang kesesakkan le mata menengoknya.. Jenuh berdiri ye..

    ReplyDelete
  7. tak sangka mampu berdiri 2 jam...dahsyat..

    dulu saya bekerja berdiri selama hampir 12 jam..

    rasa lenguh kat kaki hanya Allah sahaja yang tahu

    ReplyDelete
  8. Adeh. 2 jam setengah berdiri mau longgar skru lutut! Pengsan.

    ReplyDelete
  9. Nampak dalam gambar macam lengang tapi kat luar crowded ye? Tak dapat bayang kalau kat Jepun time peak hour tu pulak macammana. Sampai kena tolong tolak masuk dalam train.

    ReplyDelete
  10. Best gi jenjalan.
    Tapi kalau kena berdiri tu, macam tak berapa sesuai utk acik2 yg sakit lutut ni...camne tu?

    ReplyDelete
  11. Anies, camne ye communicate dgn org kat sana? sana ramai ke org tempatan yg oleh speaking mcm dekat Malaysia?

    ReplyDelete
    Replies
    1. gn BI. ada yg x fhm tp ttp nk bls gn mandarin. kalu tanya yg muda2 lazim diorg fhm BI. xmcm mainland o HK. habuk xreti BI😆

      Delete
  12. macam-macam keretapi ya. Berbeza sikit dengan Malaysia, Kita jarang Ada tiket no seat

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆