✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Tetiba tekak terasa nak makan pulut kuning dengan rendang ayam. then mak cik tanya, buat pulut kuning ni sempena apa? anies jawab, sempena ada orang khatan 😆😆
giler ke hapa nak khatan time Ramadan ni... hahaha...
so, alang2 dah buat tu, lets share the recipe! senang je kot nak buat kalau2 dah tak tahu or dah kering idea apa nak dimakan time berbuka nanti!
cekidaut!
Pulut Kuning
bahan2: (anggaran ikut berapa ramai nak makan ya)
beras pulut
serbuk kunyit
pati santan
garam halus
cara membuat:
1. rendam beras pulut bersama serbuk kunyit sampai kembang.
2. buang air kunyit dan basuh sedikit berat pulut.
3. didihkan air dan kukus beras pulut kira2 15 - 20 minit.
4. masukkan sedikit garam halus ke dalam pati santan dan kacau.
5. angkat pulut yang sudah masak dan masukkan ke dalam mangkuk.
6. gaulkan pati santan dengan pulut sedikit demi sedikit.
7. kukus semula pulut kira2 5 minit.
8. sedia dihidangkan.
sori, gambar malap sebab snap dalam kelambu hahahaa
Rendang Ayam
bahan2: (anggaran ikut berapa ramai nak makan ya)
bawang putih*
bawang merah*
bawang besar*
halia*
kunyit hidup*
serai*
asam keping
santan
daun kunyit
minyak
garam
cara membuat:
1. blend semua bahan bertanda *
2. panaskan minyak dan tumis rencah yang telah siap di blend
3. masukkan santan perahan kedua dan asam keping.
4. masukkan ayam dan didihkan
5. apabila sudah mendidih masukkan santan perahan pertama. pastikan api dapur berkeadaan sederhana.
6. apabila sudah mendidih, hiris bawang besar (nipis) dan gaulkan
7. hiris daun kunyit (halus2) dan taburkan ke dalam rendang.
8. masukkan garam dan biarkan rendang menjadi sedikit kering.
9. sedia dimakan bersama pulut kuning.
ni pun snap dalam kelambu juga hahaha
selamat memasak!
::ENTRY AUTO PUBLISHED::
sedapnya
ReplyDeleteanies..plis masak kan utk Cik Nor..hihi
ReplyDeleteKejamlah entry ni.
ReplyDeleteTerliur Mrs. A tau huhuuhu...
Pulut tu nampak sedap kalau makan dengan sambal tumis ikan bilis pun sedap
alaaaaaaaa sedapnya
ReplyDeleteWahh.. saya antara penggemar pulut kuning.. perfect match dgn rendang tu. Best2 :)
ReplyDeleteini ketan gurih kuning ya
ReplyDeletejadi ingin coba resepnya
😊🙏🏻
lama aih tak makan.. terliur
ReplyDeleteMirip nasi kuning khas Kalimantan hehe, mantapp sedap eyyy
ReplyDeleteNak sikit😀😀
ReplyDeleterendang kite suka tapi rendang ayam hehe.. dapnye rendang ayam =D
ReplyDeleteya allah komen apa ya habibi ya maulana ni ? ahahaha..
ReplyDeleteResepnya unik ya, jadi cara menikmati pulut kuning ini dengan rendang ayam
ReplyDeletewah terbayang nikmatnya masakan ini
Suka bangat pulut, klo mau dikasih kuning atau putih sama saja bagiku,, yg penting manis saja
ReplyDeleteYa Allah Ya Tuhanku sedapnya..lamanya tak makan ni..
ReplyDeleteEkeke, khatan time ramadan? haha
ReplyDeleteKan dah rasa nak cari pulut kuning lak petang ni....haiihhhh
ReplyDeletemacam senang je cara nak buat..
ReplyDeleteMemang favorite ni... tapi bulan puasa ni belum buat lagi.
ReplyDeleteTeringat lak pulut kuning yang arwah tok selalu buat, zumal suka makan dengan gulai ayam...
ReplyDeleteFeveret ni.. klu banyak pun silap2 boleh habis makan especially klu ada rendang atau sambal udang haha.. best!
ReplyDeletetime raya tak jumpa pulak pulut ni
ReplyDeleteTetibe teringin nak makan pulutlah pula.. huhuhu
ReplyDelete