Pages

Tuesday, 15 May 2018

Lensa KLIBF 2018

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

'Skrip' yang sama je kan tiap2 tahun kalau up entry fasal KLIBF ni?

so, kali ni anies just tunjuk gambar2 je lah ya... plus caption sikit2.. khas untuk mereka yang tak dapat datang or yang belum pernah ke sini...

poster KLIBF 2018

malas nak merayau? nak terus tuju ke booth kegemaran? haaa... refer je kat sini. siap ada peta lokasi di belakangnya...

antara bayi tercomel di dunia... siapa lagi kalau bukan Dhuhaa Sofea Stumbrys... menjadi penghias muka depan majalah Pa&Ma, di booth Karangkraf

sesi bersama artis di booth Karya Seni, Shah Iskandar dan Mimi Lana yang bakal muncul di TV dalam drama adaptasi novel tak lama lagi... 

sesi di pentas utama bersama tetamu jemputan dari negara jiran, merangkap novelist tersohor, Asma Nadia - 'Syurga Yang Tak Dirindukan' antara karya terkenal beliau...

sesi autograf bersama penulis/ pelukis komik Lawak Kampus - Keith, di booth Gempak Starz

penulis bestseller, Tarbiah Sentap - Adnin Roslan, di booth Tarbiah Sentap

sesi bersama penulis Halian Azurin (I'm A Backpacker: Korea, kiri) dan Khairul Abdullah (I'm A Backpacker: Germany / I'm A Backpacker: Europe, tengah) di booth PTS

penulis buku2 Islamik yang tak asing lagi, Puan Roza Roslan, Prof. Mohd Kamil Ibrahim serta Young Chef, Amirul di booth MustRead

penulis Tari Pasar Perempaun - Fazlina Hishamuddin di booth Roman Buku

Ustazah Fatimah Syarha dan Dr Farhan Hadi - masing2 memprosikan buku terbaharu mereka...

sesi di pentas utama, pengacara, penulis dan personaliti TV, Ahmad Fedtri Yahya dan Bonda Nor berkongsi idea, ilmu dan pengalaman bersama para pengunjung, sorry... gambar blur...

novelis thriller tersohor negara, Ramlee Awang Mursyid atau RAM di sesi autograf di booth Karangkraf. gambar ni member group WA yang share...

negeri Kedah sebagai 'negeri tamu KLIBF 2018'... mempromosikan lokasi2 menarik yang terdapat di seluruh negeri di Jelapang Padi itu...

manakala Indonesia dan Arab Saudi pula sebagai 'negara tamu KLIBF 2018'. kalau nak dapatkan buku2 tersohor dari kedua2 negara ni, terus je ke booth mereka...

menurunkan tandatangan sokongan kepada Kuala Lumpur sebagai calon ibu kota buku ke-20 pada 2020 kelak oleh UNESCO!

sesi membaca di aras 4 PWTC.. bukan sesi meraih undi ya😆

kalau inginkan nama anda diabadikan dalam seni khat menarik, bolehlah singgah di sini... di luar Dewan Merdeka, aras 4...

KLIBF official merchandise boleh didapati di sini.. depan pintu masuk Dewan Mawar (Seri Pasific entrance)

last but not least... hasil 'menjala' di KLIBF tahun ni... cuma Imbasan 1 je yang tak diterbitkan pada 2018... yang lain semuanya terbitan eksklusif sempena KLIBF 2018


Mungkin Hanya Mimpi, Hani Fazuha - Idea Kreatif Sdn Bhd
Membongkar Konspirasi Zion Zionis, N.A. Harith - Hijjaz Records Publishing
Imbauan 1 & 2, Mie - Institut Terjemahan Buku Negara (ITBN)


okey.. tu je perkongsian untuk hari ni... thanks 4 reading... daaa

berlaku hal tak terjangka... maaf banyak2 hadiah top commentator tidak dapat diposkan... tapi anies cuba juga agar ia sampai dalam minggu ini... harap bersabar ya...

50 comments:

  1. alaa..anies xhajak kita. Klau tak blh jumpa shah iskandar..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. cik nor kt nk tido tu yg sy xnk ajak hahaha

      Delete
  2. tak sompek langsung menjenguk klibf tahun ni huhuhu

    ReplyDelete
  3. Meriah juga tahun ni. Saya dah lama tak pergi Book Fair T_T

    ReplyDelete
  4. meriah! Sayangnya aku terlepas pulak. Yang penting kita jumpa di Kiev!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa ko tau nk g kiev je pwtc yg dkt tu xnk g hahaha

      Delete
  5. wah best nya. bak kata Tun M, sekarang rakyat malaysia kena martabatkan kembali buku dan membaca ^_^

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah Indonesia ikut juga dalam event bergengsi ini, semoga membawa kebaikan untuk semua ya
    aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. hampir tiap2 tahun indonesia sertai event ini mbak ummi

      Delete
  7. SERONOKNYA KALAU BERPELUANG KE SINI DPT MEMBORONG BUKU N BERTEMU PENULIS2 YG DIMINATI

    ReplyDelete
  8. Tiap booth mengundang penulis best seller masing masing ya... Disini paling ramai islamic book fair..

    ReplyDelete
  9. Ala jelesnya, saje je kan kasi kita jeles :(

    ReplyDelete
  10. Bestnya dapat pergi KLIBF macam-macam ada.
    Wah! untung dapat jumpa RAM suka baca novel RAM tapi bila adaptasi ke movie macam kureng la pulak.

    ReplyDelete
  11. Ruginya rasa... tahun ni tak berkesempatan nak datang sbb clash date dgn kerja pula. Harap tahun depan dpt hadir.. in shaa Allah.

    ReplyDelete
  12. Terima kasih buat entry nih. Sayalah yang khas tak dapat datang tu.Tak sempat nak curik masa haritu. Sobsob.

    ReplyDelete
  13. Zumal selalu best tengok tapi bila beli tu, jenuh la nak habis baca. Hehehe... Camne pun suka event macam ni dan suka masuk kedai buku...

    ReplyDelete
  14. kin ade beli buku dekat booth indonesia tu..

    ReplyDelete
  15. Bestnya!! T^T Hana paling jeles part booth Tarbiah Sentap tu >_<

    ReplyDelete
  16. sungguh beruntung kalau dapat beli satu atau senaskah

    ReplyDelete
  17. beli tak majalah muka dhuha tu???

    ReplyDelete
  18. syok nya dapat jumpa dengan penulis-penulis yang selama ni saya cuma nampak bukunya..

    ReplyDelete
  19. kite xpenah g karnival gini, jauh sgt di KL nun di sana, hehe..

    ReplyDelete
  20. Tahun ni sedih x dpt langsung pg pbakl sebab jadual over pack. Outstation sana sini :(

    ReplyDelete
  21. Sedih.. tak dapat pergi event nie.. huhuhu..

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆